Saturday, February 24, 2018

Sogok Dedak: Bersatu dedah identiti pengadu, suspek

Sogok Dedak: Bersatu dedah identiti pengadu, suspek dan notis 7 hari SPRM perlu jawab
DALIA ISMAIL  -  February 23, 2018 5:47 pm
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah memajukan Notis Pemberitahuan akhir kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkembangan tangkapan, siasatan atau dakwaan terhadap suspek dalam Operasi Banteras Dedak parti itu.

Peguam yang mewakili Bersatu Mohd Haniff Khatri Abdulla menjelaskan, notis akhir tempoh tujuh hari itu dihantar kerana kegagalan SPRM memberikan sebarang kenyataan dari masa ke semasa secara rasmi berhubung operasi dedak pada 5 Februari lalu dan kegagalan melakukan perkara sama setelah diberi tempoh 48 jam kepada SPRM pada 8 Februari.

Katanya, Notis Akhir yang berkuat kuasa hari ini sehingga 2 Mac depan untuk SPRM memberikan maklum balas secara rasmi kepada Bersatu mengenai sebarang hasil siasatan, dakwaan,reman yang pernah diambil tindakan terhadap suspek yang dipercayai wanita di dalam kes ini.

“Kami beri tempoh tujuh hari kepada SPRM untuk beri maklum balas kepada pengadu dan orang awam tentang kedudukan kes.

“Jika mereka gagal maka segala tindakan yang dibenarkan di sisi undang-undang akan diambil oleh pengadu dan/atau PPBM termasuk tidak terhad kepada salah laku jawatan terhadap semua pegawai dan anggota SPRM yang terlibat dalam kes ini.

“Saya harap Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Zulkifli Ahmad perlu mengambil serius perkara ini.

“Saya rasa bukan sahaja PPBM bahkan orang awam sudah jemu dengan omongan kosong isu rasuah oleh pihak berkuasa,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan di Ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Beliau turut mendedahkan identiti pengadu iaitu ahli biasa seumur hidup parti yang dilantik sebagai Ketua Penaja Srikandi Perlis  dipercayai telah cuba disuap oleh suspek untuk hadir dalam demontrasi yang diadakan pada 5 Februari lalu di ibu pejabat Ros di Putrajaya.

“Pengadu diminta hadir pada sidang media di hadapan bangunan RoS. Jadi apakah pada sidang akhbar diadakan oleh dua individu itu, juga  menerima suapan?.

“Katanya, suspek wanita itu pernah menjadi ahli PPBM dan memegang jawatan sebagai penolong setiausaha srikandi pusat tetapi pada 30 Mei 2017 telah meletak jawatannya dan telah digugurkan keahlian pada 14 September 2017.

“Beliau telah hadir  dalam  demontrasi yang diadakan semalam di hadapan bangunan RoS pula.

“Bagaimana suspek yang ditangkap pada 5 Februari berada bebas mengadakan demontrasi  pada 22 Februari (semalam). SPRM perlu jawab,” ujarnya.

Mohd Haniff turut mendedahkan agar Ketua Pengarah SPRM perlu mengambil serius kerana dakwanya, sebahagian suapan telah di masukkan ke dalam akaun bank dan diserah di tangan suspek.

“Bagaimana kes ini tidak didedahkan. Bagaimana suspek belum dibawa prosiding reman dan bebas dijalanan buat demontrasi semalam.

“Sampai hari ini kita tidak diberitahu apa yang sedang berlaku.” ujarnya lagi.

Mohd Haniff berkata pihaknya selaku peguam parti berhak mendedahkan identiti  pengadu dan suspek dalam sidang media ini kerana hasil siasatan yang dilakukan  dibuat oleh parti sebelum maklumat di serahkan kepada tindakan SPRM.

“Jadi kami berhak dari segi undang-undang mendedahkannya kepada media dan umum. Jika SPRM berintegriti dedahkan maklumat rasmi mengenai hasil siasatan kes ini,” cabarnya.

Malah kata Mohd Haniff lagi, pihaknya mempunyai satu fakta penting apabila pengadu melalui perbualan telefon dengan suspek dari masa ke semasa, pengadu telah bertanyakan siapakah yang memberi duit dan daripada mana duit itu diperoleh oleh suspek.

“Pengadu dimaklumkan oleh suspek pihak berkenaan adalah paling baik, paling, paling, paling, paling, paling rapat dengan Najib…enam kali ‘paling’ ,” ujarnya.

Turut hadir dalam sidang media itu Timbalan Presiden  Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Srikandi Rina Harun dan pengadu.

Baca:  
Sogok dedak:  SPRM cemar integriti gagal beri maklum balas tangkapan suspek
Media tidak lapor ‘dedak’ bersekongkol dengan Umno-BN, kata Mukhriz

1 comment:

  1. Tektik biasa akan digunakan seperti sisatan dan dakwaan berpilih. Perkara yang dia tak boleh jawab, dia akan membatu macam taik dipintu jubur. Yang dia tunggu sekarang tindakan yang boleh dikatan salah oleh pihak pengadu dan kemudian akan bertindak dengan alasan pengadu telah melanggar undang undang.. ni perangai haramjadah taksub salahguna kuasa penyembah manusia yang konon berugama tapi cuma dalam IC aje memang dah biasa dilihat oleh masyarakat dalam negara ni. Tuuuih!

    ReplyDelete