Thursday, February 15, 2018

Pendengaran kes Raus: Badan Peguam mohon 9 bekas panel hakim

Badan Peguam mohon 9 bekas panel hakim untuk pendengaran kes Raus
TMI · Diterbitkan pada 15 Feb 2018 4:25PM
Bekas presiden Badan Peguam Steven Thiru mencadangkan beberapa bekas hakim untuk pendengaran kes. Badan Peguam mencabar pelantikan Ketua Hakim Md Raus Sharif dan presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin.– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Februari, 2018

BADAN Peguam mahu sembilan ahli panel yang dibentuk oleh hakim mahkamah persekutuan yang sudah bersara untuk mendengar cabarannya berhubung pelantikan Ketua Hakim Md Raus Sharif dan presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinudin. 

Malaysiakini melaporkan pendengaran kes ditetapkan pada 2 Mac depan. 

Bekas presiden Badan Peguam Steven Thiru berkata pihaknya sudah memaklumkan Ketua Hakim Malaya Ahmad Maarop menerusi surat namun masih belum ada maklum balas, jadi mereka menghantar satu notis usul kepada mahkamah persekutuan minggu depan. 

"Badan Peguam turut mencadangkan beberapa hakim bersara untuk mendengar kes ini bagi memastikan ia bebas...mereka yang memberi komen berhubung isu ini tidak akan disenaraikan," beliau dilaporkan sebagai berkata. 

Tambahnya, bekas hakim mahkamah persekutuan Gopal Sri Ram dan bekas ketua hakim Abdul Hamid Mohamad tiada dalam senarai kerana mereka mengulas mengenai isu itu sebelum ini. 

Thiru juga berkata pelantikan hakim perlu dibuat mengikut Perkara 122 (1A) Perlembagaan Persekutuan. 

"Kami tidak mahu hakim mahkamah persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang baru untuk mendengar soalan rujukan bagi memastikan kebebasan dalam kes ini kerana ia melibatkan dua jawatan tertinggi. 

"Kami tidak mahu pelantikan baru hakim ini menjadi situasi yang memalukan," beliau dilaporkan sebagai berkata. 

Zulkefli dan Raus sudah melepasi had umur sebagai hakim mahkamah persekutuan. Pelantikannya mencetuskan kontroversi menyebabkan Badan Peguam mencabar pelantikan itu melalui undang-undang berhubung perlembagaan perlantikan itu. 

Raus dilantik sebagai ketua hakim ke 14 Malaysia pada 1April, menggantikan Arifin Zakaria yang bersara pada 31 Mac selepas mencapai had umur 66 tahun dan enam bulan. – 15 Februari, 2018. 

No comments:

Post a Comment