Wednesday, February 14, 2018

Kenapa dok buat kecoh dan susahkan orang lain, dah tak suka berambos sajalah!

*......dan tangan siapa di belakang kelompok ni semua orang boleh menekanya. Kita tahu siapa yang tak mahu Bersatu dan PH diluluskan

Bekas ahli BERSATU mahu anjur himpunan aman depan ROS
mk      Hari ini, 5:06 pm

Beberapa bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah mengemukakan permohonan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan aman di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Khamis depan.

Bekas exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Muhammad Hafiz Azhar berkata perhimpunan itu dianjurkan agar ROS mengambil tindakan terhadap PPBM kerana didakwa melanggar perlembagaannya.

Menurutnya, mereka telah membuat permohonan untuk mendapat permit perhimpunan aman itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya semalam dan sedang menunggu maklum balas polis.

Bercakap kepada media di hadapan IPD Putrajaya hari ini selepas mendapatkan surat salinan permohonan tersebut, Muhammad Hafiz berkata perhimpunan tersebut tetap akan diteruskan sekalipun tidak mendapat keizinan pihak berkuasa.

Katanya beliau menjangkakan lebih 500 anggota PPBM terutamanya mereka yang telah menghantar aduan-aduan rasmi kepada ROS sebelum ini akan menyertai perhimpunan tersebut. -Bernama

1 comment:

  1. saya cadang pecat semuanya sekali..kalau dalam UMNO pun diorg akan dipecat jugak

    ReplyDelete