Thursday, February 15, 2018

Isu tanah Ijok: Rahman Dahlan akan disaman

Isu tanah Ijok: Khairuddin nak saman Rahman Dahlan
mk      Hari ini, 11:40 am
Penyelaras Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bercadang untuk memfailkan saman terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan yang didakwa memfitnahnya dalam pertikaian tanah di Ijok.

"Saya akan berbincang secara kadar segera dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang saman malu di atas fitnah yang tidak berasas oleh Abdul Rahman," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin yang menurutnya orang pertama yang memfitnahnya dalam isu itu.

Semalam, Abdul Rahman menggesa Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menjelaskan soal tanah bernilai RM1.18 bilion di Ijok kepada dua syarikat sebelum kes didengar di Mahkamah Persekutuan.

Dua syarikat itu ialah Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCDN Develoment Sdn Bhd yang mana Penyelaras Deklarasi Rakyat Datuk Khairuddin Abu Hassan mempunyai jawatan tinggi dalam syarikat itu.

* Ni baru betul, saman tak guna jawab dengan air liur jer!

No comments:

Post a Comment