Sunday, December 10, 2017

Politik matang kebanggan PAS?

Pengugut tembak, santau didesak mohon maaf terbuka
ARIF ATAN  -  December 10, 2017 7:28 am
Selepas membuat laporan polis berhubung ugutan tembak dan santau di Facebook, Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan memberitahu salah seorang daripada pengancam itu telah memohon maaf semalam.

Walau bagaimanapun, beliau menuntut supaya Shahriman Kadir mengeluarkan satu kenyataan permohonan maaf secara terbuka di laman sosial individu berkenaan yang mula-mula menulis komentar tersebut iaitu kumpulan Facebook IRDK.

“Permohonan maaf itu perlu dilakukan bagi menutup isu ini (ugutan) dan saya akan menarik balik laporan polis yang telah dibuat terhadap beliau,” ujarnya.

Hazmi berkata, beliau tidak berminat untuk memanjangkan perkara tersebut tetapi permohonan maaf secara terbuka itu mesti dibuat sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Terdahulu, Shahriman dalam komentarnya akan mengenakan ilmu sihir santau dan menembak sesiapa yang mengaitkan nama bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Terdapat tiga ugutan tembak daripada pengguna kumpulan Facebook IRDK terhadap Hazmi.

“Saya kalau orang main parti guna Tok Guru (Nik Aziz) memang saya santau. Kalau bolehlah, ada pistol saya bedil (tembak) lagi.

“Ingat Ming (Hazmi), ATGNA (Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz) ni anak saya tiga orang dia cukur jambul,” ujarnya sebagai reaksi terhadap tulisan Hazmi bertajuk, ‘Semoga nama Almarhum Tok Guru terus hidup’.

Selain Shahriman, seorang lagi pengguna Facebook, Yusnira Yus turut mengancam keselamatan Hazmi dengan ugutan tembak.

Sehubungan itu, Hazmi membuat laporan polis pada 8 Disember lalu tetapi pada 9 Disember sekali lagi menerima ugutan yang mengancam nyawa daripada seorang bekas polis, Ghazli Mamat.

Ini bererti Hazmi menerima tiga ugutan iaitu ‘makan peluru’, ‘santau dan bedil (tembak)’ serta ‘bedil dengan peluru hidup’.

“Saya hanya menulis tentang kebaikan dan kebijaksanaan politik almarhum Tok Guru juga disertakan contoh bagaimana almarhum berpolitik dengan DAP.

“Saya akan menyerahkan perkara ini kepada peguam dan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan. Namun, terbuka untuk memaafkan kepada yang mengugut sekiranya mereka meminta maaf secara terbuka,” jelasnya.

Mengulas trend ugutan sehingga mencapai tahap jenayah yang mengancam nyawa, Hazmi memberitahu, keadaan tersebut berlaku akibat sikap taksub.

“Wujud kecenderungan pihak tertentu yang ingin menutup cara politik almarhum Tok Guru juga menolak dan anti kepada perbezaan pandangan.

“Apabila mati hujah, guna serangan peribadi atau fizikal,” ujarnya lagi ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

11 comments:

  1. Santau syirik dosa besar. Sanggup masuk neraka kerana perjuangan pas.

    Pas semakin sesat dn jauh dr agama.

    Klu arwah tgna hidup beliau redo ke perangai mcm ni. Dia tkkn mngaku mereka pengikut dia. Ini jenis pengikut bawa punah. Ibarat abdullah saba yg mempertuhankn syaidina ali utk menjahanamkn islam secara halus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kesian anak 3 orang cukur jambul dengan Tok Guru. Bapak rupanya nak amal santau dan membunuh. Nauzubillahi min zalik!

      Delete
  2. I've been browsing online more than 3 hours as of late, yet I by no means found any attention-grabbing article like yours.
    It is pretty price sufficient for me. In my opinion, if all
    site owners and bloggers made just right content as you probably did, the internet will probably be
    a lot more helpful than ever before.

    ReplyDelete
  3. Lebai2 ni dah terinpirasi dgn sepupu mrk yg bersidang di pwtc. Sikit2 nak guna kekerasan.

    ReplyDelete
  4. Quality articles is the main to interest the users to visit the web
    site, that's what this web page is providing.

    ReplyDelete
  5. Great blog here! Also your website loads up fast!
    What web host are you using? Can I get your affiliate link to your host?
    I wish my site loaded up as quickly as yours lol

    ReplyDelete
  6. Yang dua tu boleh lah di maafkan ..

    Tapi tidak kepada bekas anggota Polis... Selama ini dia jadi Polis untuk apa ?

    ReplyDelete
  7. Dale pis kohor ramai ore gilo
    Palo gilo namo hadi awe
    Kalu d kelate ni namo amar
    Duo2 ni main politik gilo khinzir

    ReplyDelete
  8. Hurrah! At last I got a website from where
    I know how to genuinely get helpful facts concerning my study and knowledge.

    ReplyDelete
  9. Bro cuba kesan sapi mat salleh mari melalut dlm web ni. Mesti puji bro habiss. Bodek ler tuu.

    ReplyDelete
  10. Kecik kecik bodoh, bila besar jadi lebai atau ahli PAS. Kena kencing yang diredhai, masyuk surga untuk orang bodoh

    ReplyDelete