Monday, December 4, 2017

Kenapa PAS tak dapat terima Khalid nak tolong?

Macam mana Khalid nak tolong PAS, Umno serentak?
N Faizal Ghazali    3 Dec 2017, 4:57 pm

PAS menganggap kenyataan terbaru bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai janggal.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pihaknya melihat pendirian Khalid yang "menyokong Umno" untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang tidak sehaluan dengan sikap beliau kepada PAS.

"Kenyataan beliau menyokong Umno dalam PRU ke-14 dan pada waktu sama menyokong PAS juga adalah perkara janggal, kerana PAS dan Umno saling berlawanan dalam konteks politik," katanya yang dihubungi Malaysiakini dari Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Semalam, Khalid - yang pernah dibayangkan bakal menyertai PAS oleh sesetengah pemimpin parti itu - muncul bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Konvensyen Umno Selangor.

Program itu diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Khalid hadir bersama seorang lagi bekas menteri besar yang pernah menyertai PAS - sebelum berhijrah ke PKR dan kembali semula ke pangkuan Umno - Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Khalid ialah bekas bendahari agung PKR dan disegani sebagai tokoh korporat yang berjaya membuat gerakan mengejut - digelar Dawn Raid - menguasai syarikat Sime Darby pada 7 Sept 1981.

Percaturan politik PKR menyaksikan beliau diketepikan oleh aliran perdana parti terbabit sebelum beliau akhirnya dipecat pada 2014.

Langkah itu membawa Khalid lebih akrab dengan PAS, terutama presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sokong Umno lawan PAS

Menjelang himpunan Fastaqim 2.0 di Kuala Nerus, pemimpin PAS mendakwa akan ada kejutan diumumkan pada program itu membabitkan penyertaan tokoh terkenal ke dalam parti.

Ketika cakap-cakap semakin kencang, Khalid memang membuat kemunculan di Fastaqim 2.0 namun menegaskan beliau kekal sebagai anggota parlimen bebas.
Ketika di Konvensyen Umno Selangor semalam, Khalid menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS di Selangor bagi menghadapi kerajaan negeri yang dibentuk bersama oleh PKR, DAP, Parti Amanah Negara serta wakil PAS.

Lidah rasmi PAS, Harakahdaily, setakat petang ini turut menyiarkan penjelasan dibuat Khalid mengenai kehadirannya di majlis Umno semalam.

Kata Khalid pendiriannya itu dibuat untuk memperjuangkan agenda utama memastikan kemajuan berterusan rakyat Selangor.

Ahmad Zahid pula memberitahu pemberita tiada keperluan mana-mana pihak mempersoalkan rasional bagi Umno Selangor melibatkan Khalid serta bekas menteri besar lain sebagai sebahagian jentera pilihan raya parti itu.

Sementara itu, Tuan Ibrahim bagaimana menegaskan Khalid berhak untuk menyokong mana-mana pihak yang dirasakannya wajar dan PAS menghormati pendirian berkenaan.

Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim, keadaan politik semasa meletakkan PAS akan menentang Umno dalam pilihan raya akan datang.

"Justeru, (jika Khalid) menyokong Umno bermakna (beliau) menentang PAS," katanya ringkas.

3 comments:

  1. Hello there, I discovered your website bby means of Google at the same
    time as looking for a similar topic, your site came up, it
    appewars great. I have bookmarked it in mmy google bookmarks.


    Hi there, just was alert to your weblog thru Google, and found that it's really informative.
    I'm going to watch oout for brussels. I'll appreciate in case you proceed
    this in future. A lot of folks might be benefited from your writing.
    Cheers!

    ReplyDelete
  2. Sama ada PAS masih belum sedar atau memang suka dikencing UMNO, yang pastinya PAS sudah tidak relevan lagi sekarang ini.

    ReplyDelete
  3. Khalid atas pagar bebas. Pas n umno semua boleh tolong. No problem ustaz. Kiki

    ReplyDelete