Saturday, December 2, 2017

Giliran Hanipa pula sental Hadi......

Awak punca Pas berpecah, kata Hanipa kepada Hadi
MALAYSIA DATELINE  -  December 2, 2017 5:22 pm
 
Ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, “terimalah hakikat pahit andalah punca parti anda hancur berkecai dan dihina sebegitu rupa.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab tulisan panjang Hadi yang dipercayai ditujukan kepada beliau dalam isu ‘parti suci’.

Menurut bekas AJK Pas Pusat yang selalu mengkritik Hadi dalam mesyuarat AJK Pas Pusat, ketika bersama Pas dahulu itu, “janganlah rasa hanya kerana anda tok guru dan quoted (petik) ayat-ayat suci kenyataan anda hebat dan kena diikuti.

“Maaflah mungkin untuk orang lain but not for me (tetapi bukan saya)….” tulis Hanipa dalam jawapan balasnya itu.

Menurut Hanipa, AMANAH tidak perlu ditubuhkan jika Pas pimpinan Hadi itu tidak mesra Umno.

“Saya kata tadi kami tak perlu susah payah keluar parti suci dan bina daripada awal parti baru jika parti yang kamu terajui tak dilihat mesra dan bagi banyak nyawa kepada BN khususnys dalam isu 1MDB,” katanya.

Hanipa menjawab tulisan Hadi itu walaupun pada awalnya beliau tidak mahu melayan tulisan itu.

Hanipa berkata, ada orang hantar kepadanya kenyataan akhbar presiden parti suci yang nampaknya memberi reaksi terhadap gelaran kumpulan suci yang dilabel kepada parti yang beliau terajui.

“Sebagai menghormati susah payah beliau memberi response itu, saya bacalah juga tapi dengan penuh struggle utk habiskan,” kata Hanipa yang asalnya tidak mahu mengambil kesah kenyataan itu.

Katanya, kenyataan Hadi itu, “dengan hormat, penuh dengan tuduhan tak betul dan kadangkala saya rasa orang gila pun tak percaya dengan tuduhan beliau.

“Contohnya dia kata “mereka juga gagal menolak PAS dari belakang supaya menyertai BN, di mana mereka juga sangat bernafsu menyertainya…”

Beliau juga, kata Hanipa, seolah olah meletakkan puak mereka setaraf Nabi Allah Lut a.s dan mereka yang menggelar mereka dengan golongan suci seolah olah setaraf kaum Nabi Lut a.s.

Hadi juga berkata, parti suci tak kisah atau menang pilihanraya.

“Maaflah kena jawab.

“Nak tanya sikit lah. Adakah hanya kerana anda berserban, berjubah, bertitle tok guru maka anda rasa anda ada monopoli berbicara isu agama…maknanya anda sorang sahaja betul,” katanya.

Katanya, “mengambil secara terpisah ayat al Quran tanpa melihat konteks yang sebenar dan ditempel dalam kenyataan anda dan cuba tonjolkan puak-puak anda seolah olah menerima nasib sepertt Nabi Lot a.s.

“Maaflah itu teknik lama dan teknik yang paling tak bertanggungjawab,” katanya.

Hanipa seterus berkata, “gelaran kepada parti kamu sebagai puak suci bukan suka suka. Ia berasaskan bayyinah dan qarinah.”

Menjawab kenyataan Hadi yang berkata tak kisah menang atau kalah pilihanraya, Hanipa berkata “Dengan siapa anda nak berlawak?”

“Tubuh parti politik, masuk pilihanraya, selalu kata Islam perlu kuasa untuk berdaulat, lepas tu kata tak pe menang atau kalah.

“Ada lagi ke perkara lucu selain perkara itu. Be honest lah!” kata Hanipa dalam tulisannya.

17 comments:

  1. Biase la org Yg Dah lanjut usia. Kadang 2 dia tak ingat pun apa Yg Dia sarapan. Lebih2 lagi kalau rasa Hebat Dan diperlukan. Pagi cakap, ptg Dia nafikan. Tu tak hairan la. Tapi Yg menghairankan plak. Ade juga Yg percaya Dan taksub hingga.... Ntah la. Aku ni tak la Pandai agama sgt. Repair lori Aku Tau la. Tapi tak la jahil sampai tK Tau ape Yg boleh atau tak.

    ReplyDelete
  2. Huh, kadang-kadang kita ni mrnfapst pelajaran dari guru,dari kawsn, dari lawsn, dari orang yang suka, dari orang yang tak duka,dari penyanjung dan dari pembenci. Terimalah hakikat.

    ReplyDelete
  3. Haha
    Hadi awe presiden amanat sesat
    Dari parti ajaran songsang
    Walaun ramai dah syirik asyik puja hadi berlebihan
    Hadi ni manusia biasa je
    Yg bernafsu buas gila harta gila pangkat gila sanjungan gila org cium tangan dia
    Ish2 taubat la wahai penjilat

    ReplyDelete
  4. Hanipa ini pun satu hal la jugak, yang kau kalut pi layan komentar Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain itu, buat apa??? Sebenarnya mereka itu kekurangan zat minum satu jenama susu, itulah sebabnya sel-sel otak mereka tidak bersambung dan masih longgar, walaupun diikat kemas dengan serban berlilit-lilit di kepala.

    ReplyDelete
  5. Dari kacamata manusia biasa, Nampaknya Hj Hadi cuba menebus kata katanya sendiri ketika menyatakan kalau tak mau ikut kehendak dia, keluar PAS dan buka parti sendiri.
    Ketika itu juga banyak pendengar dan ahli ahli PAS terasa..
    Dalam hal lain Hj Hadi juga dilihat cuba untuk mengalih perhatian ketidakhadiran beliau dlm soal usul RUU355.
    Keegoan sesorang itu boleh dilihat dari kata kata dari mulut dan petbuatannya... Hanya Allah yang tahu..

    ReplyDelete
  6. Mr presideng parti suci dh kena bantai kau-kau tu, tkkan walaun nk duk diam aje. Kan selama ni, walaun-walaun beranggapan mr presideng yg selalu ponteng didang parlimen ni bertaraf hampir suci, kalau tidak suci.

    ReplyDelete
  7. Baru ada akai...! kah kah kah.

    ReplyDelete
  8. Surat hj hadi sama la jg dgn ucapan dia kot. Klu hanifa struggle nak habis baca surat respon hj hadi, aku pun punya seksa nak ikut ucapan dia diperhimpunan HKR dulu.

    ReplyDelete
  9. Apa yang keluar mulut dan tindakan daripada Ustaz Hadi telah mengelirukan sebahagian ahli Pas termasuk ana...keliru lagi mengelirukan. Ceramah bab sirah para aulia memang hebat, tapi RUU 355 dah jadi sirah taawunniah yang boleh tenggelam timbul. Bentang dan sokong di Padang Merbuk, akhirnya berhabuk gitu-gitu jer....Tegasnya, ana sokong yang terbaik dan bantah yang keliru lagi haru.

    ReplyDelete
  10. Aku tabik dgn hanifa. Dia tk segan tegur hadi. Fikrah hadi dah lalut sejak nik aziz tiada. Masa nik aziz ada hadi ni takut. Sbb nik aziz pantang dgn umno. Sejak baik dgn najib baik pangkah najib. Kiki

    ReplyDelete
  11. I quite like reading through an article that can make people
    think. Also, thank you for allowing for me to comment!

    ReplyDelete
  12. Molek sental hadi dgn clorox. Dgn sabun tk leh hilang daki dunia. Clorox baru power. Ibarat senjata kimia. Hihihi

    ReplyDelete
  13. Omputeh kata if you cannot beat them so better you join them. Hadi dah pakai cara ini lah. Dah terima dedak Rm90juta kenalah jd khadam umno. Mashukk halalan toyyiba. Huhu

    ReplyDelete
  14. Hi,I do Ьelieve this іs a great blog. I stumbledupon іt ;)I am going tо come
    back yet aցain since I saved as a favorite it. Money ɑnd freedom is
    the greatest waу to change, mаү you be rich аnd continue tօ
    guide оthers.

    ReplyDelete
  15. In fact no mater if someone doesn't know theen its up to other people that they will assist, so here it occurs.

    ReplyDelete
  16. Terrific article! This is the kind of information that
    are meant to be shared around the internet. Disgrace on the seek engines
    for no longer positioning this publish higher!
    Come on over and talk over with my site . Thanks =)

    ReplyDelete