Sunday, October 15, 2017

Skandal pegawai kanan SPRM: Wanita itu luahkan di Facabook

* Rasanya tidak ada apa yang sensasi dan impaknya, mungkinkah fitnah yang ditujukan kepada pegawai SPRM itu akibat dari tindakan keras SPRM terhadap rasuah?

Wanita didakwa skandal dengan pegawai kanan SPRM ‘luah perasaan’ di Facebook
TMI · Diterbitkan pada 15 Oct 2017 10:27AM
Wanita yang didakwa mempunyai hubungan dengan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam video yang tular di media sosial bertegas enggan menjelaskan perkara sebenar walaupun didesak banyak pihak kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2017

WANITA yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, menggunakan media sosial untuk meluahkan pandangannya mengenai isu itu.

Menerusi akaun Facebook, wanita itu menulis, beliau enggan mengaibkan sesiapa dengan mendedahkan perkara sebenar walaupun didesak banyak pihak.

“Dalam keadaan marah dan emosi yang tidak stabil, tentunya saya juga berniat untuk melakukan perkara tersebut...Tetapi, Allah telah anugerahkan kewarasan akal dan fikiran tinggi kepada saya untuk memikirkan baik dan buruknya akibat kpd perbuatan yg akan saya laksanakan.

“Cukuplah saya dan bekas suami serta ibu dan bapa sahaja yg tahu apakah punca saya memfailkan permohonan cerai di mahkamah.

“Biarlah seluruh dunia menuding jari kepada saya, namun untuk saya tampil ke hadapan membuat pendedahan tidak sama sekali kerana ia akan hanya memburukkan keadaan dan melukakan hati lebih banyak pihak,” katanya sebagaimana ditulis di Facebook.

Video yang berdurasi hampir tiga minit itu mendakwa yang wanita dan suaminya yang baru sahaja bercerai pada 28 September di Mahkamah Rendah Syariah Ulu Klang berpunca daripada kecurangan si isteri.

Ia menunjukkan beberapa keping gambar wanita itu yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang lelaki yang dikatakan pegawai SPRM. Beberapa gambar dalam video itu termasuklah gambar wanita itu bersama keluarganya termasuklah dua anak mereka yang masih kecil

Video itu turut meletakkan beberapa kepingan klip video lama seorang pegawai kanan SPRM. Dalam satu klip video itu, pegawai itu bercakap dengan lelaki dan wanita yang pegangan agama dianggap sesat dan tidak mahu bertaubat. Sebuah lagi klip menunjukkan pegawai itu mendeklamasikan sajak berkaitan integriti.

Pertanyaan dan kenyataan yang ditujukan kepada pegawai SPRM terbabit juga dimasukkan antara klip dan gambar dalam video itu, seperti “bagaimana anda boleh musnahkan keluarga ini?” dan “Tak kesian ke pada anak-anak mereka?”

Pada Ahad lalu, seorang pegawai pemasaran berusia 37 tahun di Kuala Lumpur membuat laporan polis di Sentul selepas melihat video itu.

Beliau menggesa polis menyiasat sama ada dakwaan melibatkan pegawai atasan SPRM itu adalah benar dan mengambil tindakan selanjutnya.

Dakwaan itu pertama kali dilaporkan akhbar Sin Chew Daily yang melaporkan polis sudah mengesahkan menerima laporan dan kes itu sudah dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Persekutuan Bukit Aman.

Bagaimanapun perkara tersebut enggan diulas oleh pihak SPRM.

Dalam catatan Facebook itu juga, wanita tersebut turut meminta maaf kepada pegawai tertinggi SPRM dikaitkan sebagai punca penceraianya.

“Perkara ini telah pun selesai dan demi masa depan anak-anak saya perlu teruskan kehidupan seperti biasa, bekerja dan menjaga anak sebaik yang termampu.

“Saya juga mohon maaf beliau dan seluruh keluarga atas perkara ini. Saya hanya mampu mendoakan agar episod duka ini akan berakhir dengan segera,” luahnya. – 15 Oktober, 2017.

1 comment:

  1. Semua ini adalah konpirasi yahudi dan cina dap tak bersunat makan babi nak menjatuhkan pemimpin melayu islang halal toyiban! Dan media yang tersalah lapor dan berniat jahat..! Kah kah kah

    ReplyDelete