Monday, October 16, 2017

Nik Amar menjadi beban PAS Kelantan hadapi PRU14?

Monday, October 16, 2017
Politik 1001 rasa, 1001 rahsia tanah serendah sekebun bunga

Catatan Umum  15 Oktober 2017

Catatan ini saya coret dalam bentuk tulisan tangan ketika sarapan pagi sebelum bertolak meninggal bumi Kelantan ini agar ia dapat disalin semula tanpa diubah dan dipengaruhi bacaan dan sumber selain dari yang ditemui di Kelantan sejak tiba 13 Oktober lepas. Ia ditaip semula tanpa membetulkan ejaan dan tatabahasa.

Kelantan ini sangat tidak asing khususnya aspek politiknya kerana setahun lebih sebelum PRU ke 13 saya akan pasti akan ke Kelantan selain berceramah saya terlibat sendiri beberapa diskusi cambah idea sehingga menemukan beberapa strategi yang digunakan begitu juga beberapa siri latihan dan taklimat tertutup. 

Telah lama tidak ke Kelantan, tiba kali ini terpanggil meraikan usaha PSM menamakan calon di DUN Kota Lama menjelang PRU 14 nanti.  Walaupun pada kedudukan sebegini kehadiran saya di Kelantan turut bertemu kenalan dari perbagai parti sama ada pembangkang mahupun kerajaan di Kelantan.

Kesempatan tiba di Kelantan 13 Oktober (Jumaat) dan bertolak balik Tengahari, 15 Oktober telah saya penuhkan dengan bertemu 14 orang kenalan yang terdiri dari mereka yang terlibat aktif dalam politik 'lokal' Kelantan sama ada selaku aktivis, penggerak termasuk pemimpin sendiri. Banyak data dan fakta dikumpulkan.

Ternyata rumusan awal saya mengenai Tanah Serendah Sekebun bunga ini yang politiknya penuh seni rasa dan rahsia tidak pernah silap.

Secara asasnya Pas masih kuat mengakar umbi di Kelantan. Cuma masalah Pas sehingga terlahirnya Amanah di Kelantan hampir langsung tidak kena mengena dengan Hadi Awang, jika ada ia sangat kecil faktornya.

Jujurnya dari permerhatian mata kasar tapak sokongan Pas masih besar di Kelantan sekitar 40% dari jumlah pengundi tempatan. Tapak sokongan Pas mengecil atas beberapa alasan pertama ialah kerana agresifnya Bn dan pasifnya Pas dana isu bantuan banjir. Ini sekurang kurangnya telah memberi ruang Bn mendapat akses kepada penyokong Pas. Dari boleh dikatakan Pas menguasai lebih separuh tapak sokongan pengundi Kelantan kerana isu bantuan banjir Bn mampu menambah 4% ke 5% tapak sokongan malah tapak sokongan Pas juga ada yang berlaih menjadi atas pagar sekurang kurangnya 4 % ke 5 % juga. Ini beerti Pas kehilangan 8 % - 10 % tapak sokongan sebelum ini hanya kerana gagal menguruskan isu banjir.

Keadaan di Kelantan sangat berbeza dengan di luar Kelantan. Contohnya di peringkat nasional kita melihat Bn (Umno) kelihatan mesra Pas atau sebaliknya Pas mesra Bn. Namun ia tidak di Kelantan Bn dan Umno di Kelantan masih tajam pertembunganya. Malah pandangan beberapa aktivis ialah orang Bn mampu duduk minum kopi dengan orang Amanah dan lain lain tetapi sukar dengan Pas. Sentimen melawan Bn ini penting bagi terus mengikat jentera dan pengikut Pas itu sendiri.

Faktor kekalahan Pas juga nanti akan berkisar kerana masalah dalaman Pas Kelantan itu sendiri. Malah kewujudan dan penghijrahan orang Pas ke Amanah di Kelantan tidak banyak kerana Hadi Awang tetapi lebih kepada beberapa watak dan yang paling utamanya ialah Nik Amar (Timbalan Menteri Besar) yang dilihat sangat tamak dan banyak onarnya, malah politik kasarnya yang bergaduh dengan banyak orang telah berjaya meletakkan Pas kelantan dalam bahaya. 

Masalah dalaman ini wujud dalam hampir semua parti politik. Namun masalah dalaman Bn yang sangat kuat sama ada warlord besar berpuak seperti puak Anuar Musa, Puak Mustafa Mohammad dan beberapa puak lagi telah menjadi faktor kemenangan Pas.

Contohnya calon gergasi Awang Adek sendiri tewas buat sekian kalinya di Bachok oleh calon Muda Pas Ust. Marzukh kerana masalah dalaman Umno yang berjaya diurus dengan baik oleh jentera Marzukh yang kreatif. Sebelum PRU Awang Adek berada di luar negara seolah tidak mahu bertanding,maka (Dato) Alias telah mula tabur belanja siap diri bagi bertanding palimen. Diakui ramai ketika itu Alias ini boleh menang di Bachok walaupun akan mendapat undi rendah di Dun Jelawat. Malang bagi Alias apabila Awang Adek saat akhir pulang kononya atas permintaan Perdana menteri untuk bertanding di Bachok, lebih malang Alias dilorongkan oleh Aawang Adek untuk dia bertanding di DUN Jelawat yang mana kawasan dia paling lemah dalam Bachok. Akhirnya Alias dan Awang Adek saling sabotaj sehingga dua duanya kalah.

Kini tidak lagi Bn kelihatan sudah mula menyelesaikan beberapa isu penting. Puak Anuar Musa mula boleh bertepuk mesra dengan puak Mustafa Mohammad. Awang Adek sudah siap awal malah sudah selesai dengan Alias dimana Alias akan bertanding di Perupok, Malah turun selesai (Dato) Ridzuan di Tawang dan seorang calon muda tauke ayam di Jelawat.

Sebaliknya kini selepas dari Ust Marzukh kalah dalam melawan Fadli Saari untuk Ketua Pemuda Kelantan seolah dendam tak kesudahan. Geng Fadli termasuk jentera tua Pas di Bachok seolah tidak selesa dengan Marzukh. Persoalanya adakah iaakan berterusan sehingga PRU ? Jika Marzukh tidak dicalonkan pula pengundi yang memang mengenali Marzukh sebagai wakil rakyat yang mesra dan mudah ditemui dan banyak membantu pasti akan tertanya dan tidak menolak kemungkinan akan berlaku protes. Masalah dalaman yang bersifat lokal ini wujud bukan sahaja di bachok tetapi berlaku di banyak kawasan lain di kelantan.

Selain daripada itu, saya tercari- cari di mana fungsi Pemuda Pas yang suatu ketika dahulu( zaman Ustaz Latiff) sangat gah dan begitu memberi kesan kepada kepemudaan. Banyak program yang cukup baik dalam meransang pemuda saya dikhabarkan sudah hilang dan di tiadakan.

Selepas banjir besar yang melanda Kelantan, Barisan Nasional seakan mempunyai beberapa kelebihan. Mereka menggunakan sepenuhnya isu banjir. Mereka di lihat cuba sedayanya membantu dengan sumber kewangan yang mereka ada.

Pas dalam bahaya walaupun menguasai 40% tapak sokongan. Namun Pas juga ada senjata sulit bagi memadankan mimpi politik parti lain. Secara ringkasnya saya melihat Kerajaan Kelantan pada hari ini sangat sakit kerana terpaksa mengheret bebanan yang sangat besar. Bebanan yang saya maksudkan ialah Dato MB dan Timbalannya. 

Kedua bebanan ini adalah punca di mana segmen pengundi muda mula tidak keruan. Tiada lagi aura Tuan Guru dan barisan Exco yang mampu menawan, berinovasi dan melawan dengan baik. 

Saya mencadangkan Pas merehatkan Dato Menteri Besar dan Timbalanya serentak juga sudah pasti watak watak terkait korupsi seperti Zulkifli Mamat dan lain lain. Tidak perlu meneliti lama jika semua watak ini direhatkan pasti akan ditemui nama segar seperti YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan, ADUN Temangan. Seorang berwajah profesional muda. Dia ini tidak rajin kita dengar berbalah, cukup lembut dan tegas dengan hujahnya. sekadar berkongsi dia ialah satu satunya pemimpin Kelantan pernah menjawab hujah dalam ruangan komen fb di wall saya. Jawapanya yang cukup berhemah dan lunak walaupun ada sikit kelemahan tapi mengundang penerimaan banyak pihak. Jika yang wajar berehat direhatkan obar diserah pada yang sepatutnya maka percayalah Pas akan menguasai DUN kelantan dengan gagah semula.

Umno boleh dikatakan menguasai 35 % pengundi yang berada di Kelantan. Sokongan mereka melebar atas agresifnya usaha bantuan banjir dan beberapa projek besar seolah memberi harapan sinar pada Kelantan. Husam pernah melontarkan idea keretapi laju ke Kelantan namun ia disambut gelak tawa sinis ramai termasuk yang dengki dengan Husam dalam Pas sendiri ketika itu. Namun pasukan Najib bijak mengguna ruang dengan terus melancarkan projek keretapi laju. Keretapi ini pasti tidak akan siap menjelang PRU nanti namun betapa Bn bijak dan kreatif menyampaikan bagaimana indah dan berbezanya hidup orang Kelantan dengan wujudnya keretapi laju ini bakal menentukan perubahan undi untuk Bn.

Bn tidak boleh mengharapkan pengundi luar yang menjadi faktor penentu bagi politik Kelantan sejak 1990. Ini kerana perang persepsi mengenai betapa buruknya Umno Bn bawah najib yang dijuarai oleh Pakatan Harapan memberikan kesan kepada pengundi luar Kelantan khususnya yang berada di Kelang. Pilihan yang Bn ada ialah tumpuan pengukuhan tapak sokongan pengundi yang berada di Kelantan, pengurangan pergeseran dalam dan betapa kreatifnya mereka mengambil kesempatan dengan pertembungan dalaman parti lain di Kelantan.Untuk Bn ambil alih DUN Kelantan cukup tipis namun kemungkinan itu tetap ada.

Bagi Parti Amanah pula saya merasakan mereka masih terkebelakang berbanding dua parti di atas. Mungkin Amanah berjaya dalam segmen isu. Mereka sangat berjaya mencalarkan imej kerajaan Kelantan namun mereka tidak menunjukkan mereka mampu untuk mentadbir Kelantan. Jentera masih sangat lemah. Jika formula merehatkan MB dan TMB serta beberapa watak yang terjejas teruk berlaku atau sekurang kurangnya mereka tersebut hanya bertanding parlimen Amanah boleh mengucapkan selamat tinggal dengan impian ingin mengambil alih Kelantan. Hanya menguasai tapak sokongan pengundi di kelantan sekitar 10 % sahaja namun Amanah tidak boleh diperkecilkan kerana majoriti pengundi luar Kelantan seharusnya secara logiknya ialah stock pengundi Amanah. Tidak keterlaluan jika Amanah menumpukan fokus mengepung pengundi luar maka pelung untuk mengambil alih Kelantan itu wujud.

Seharusnya setahun kebelakangan ini Amanah menguasai stesen Bas, Stesen Keretapi, sepanjang jalanraya menghubung Lembah Kelang ke Kelantan. Tiap kali cuti kebanjiran warga Kelantan pulang sewajarnya petugas Amanah sibuk disemua tempat tumpuan tersebut menyantuni bakal pengundi mereka dan peluang ini wajar digunakan bagi membekalkan mereka dengan maklumat untuk dibawa pulang ke kampung. Namun saya sebut dengan jelas sehingga hari ini perkara ini tidak berlaku. Saya sendiri pernah menyumbang beberapa bundle booklet jenayah balak Pas Kelantan kepada Amanah tetapi tidak tahu bagaimana mereka gunakan.

Husam perlu jadi watak penyatu sinar harapan kepada Kelantan. Amanah harus wajahkan Kelantan sedang dalam ketepuan malah katakan terus saja menuju negeri gagal. Husam harus keluar dengan idea gagasan Kelantan Baru sinar harapan untuk semua. Dia wajar bertemu sebanyak mungkin anak Kelantan berjaya dalam dan luar negara bagi dilihat berbincang mengenai masa depan Kelantan. Tugas menyerang dan menghentak Pas Kelantan perlu diserahkan kepada budak budak dia yang baru masih segar dan garang.

Bunga raya dan Pkr saya tidak mahu ulas kerana sehingga kini mereka hanya penumpang dalam politik Kelantan dari mengulas Bunga Raya dan Pkr rasanya lebih wajar ulas usaha PSM menamakan Calon di DUN Kota Lama ia lebih bersifat kesegaran percambahan pemikiran.

by cheguBard at 6:08:00 PM

1 comment:

  1. Hello there! Would you mind if I share your blog with my facebook
    group? There's a lot of people that I think would really appreciate your content.

    Please let me know. Many thanks

    ReplyDelete