Sunday, October 15, 2017

Nafsu syahwat tinggi tapi tak mampu: Hari ni Tok Pa pula hentam PAS

'PAS Kelantan nafsu syahwat tinggi tapi tak mampu'
Noor Faizal Ghazali    Hari ini, 12:07 tengahari
PAS ibarat individu yang mempunyai nafsu syahwat tinggi tetapi tidak mampu untuk mentadbir Kelantan, kata Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, sepanjang 27 tahun mentadbir negeri itu, PAS gagal mengotakan janjinya yang pernah dibuat kepada rakyat.

"Pada tahun 1990 dia (PAS) kata nak bagi RM100 kepada rakyat warga emas, tapi sekarang hampas pun tak ada. Maknanya janji kosong.

"Nak buat lebuh raya 73 kilometer, ada majlis perasmian cukup besar dan letak batu asas. Kemudian kutip (derma) tabung akhirnya entah ke mana.

"Nafsunya tinggi, syahwatnya tinggi tetapi kemampuan tidak ada," kata Mustapa ketika menjadi ahli panel program Bicara Minda dan Dialog Perjuangan For All di Kok Lanas, Kota Bharu, malam tadi.

Anggota Parlimen Jeli itu mengulas matlamat Umno mengambil-alih Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas gagal menawan negeri itu sejak 1990.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkata, belum pernah dalam sejarah Malaysia, parti pembangkang dapat bertahan dalam tempoh begitu lama seperti PAS di Kelantan.

Bagaimanapun katanya, rakyat Kelantan bertuah kerana menerima bantuan dan peruntukan besar daripada kerajaan pusat terutama untuk pembangunan luar bandar.

"Kalau lama ada jasa, orang puas hati tak ada masalah (dengan PAS). Tetapi, kami berpendapat BN lebih mampu untuk membawa perubahan di Kelantan dan berkhidmat untuk rakyat," kata Mustapa.

Justeru katanya, BN perlu menawan kembali Kelantan agar negeri Cik Siti Wan Kembang itu tidak terus ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

"Kini sudah tiba masanya untuk kita mengembleng tenaga anak muda, profesional, alim ulama, dan semua untuk meyakinkan pengundi supaya mereka berkenan pada kita Umno.

"Kita bukan nak merampas, tetapi nak memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat," katanya.

Program berkenaan turut dihadiri Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad.

5 comments:

  1. You should be a part of a contest for one of the best sites
    on the web. I most certainly will highly recommend
    this site!

    ReplyDelete
  2. Using a professional will guarantee you great quality and web
    support. Search engine spiders and robots visit
    websites and have the essential information that it should determine the type and
    content with the website and then adds the information towards the search engine.
    offers and promotions - You can make the ad stick out like a
    sore thumb, or neatly blend it in as merely another part of your website - it.

    ReplyDelete
  3. ini mamat nampak macam baik tapi hati pung busuk jugak
    amano dah busuk tapi pelok jugak sebab dapat habuang
    amano tak suka hudud takut kawan lain dalam bn lari

    ReplyDelete
  4. Pas tak mampu, umno tak boleh percaya, selagi ada org mcm annuar musa. Jd pandai2 pilih

    ReplyDelete
  5. Tok pa jarang serang pas. Sekali dia serang syok jugak. Mkn dalam. Nk tengok mad yakob nik amar nate jwb guano. Hihi. Ku sokong tok pa. Tp undi ku utk PH. Penoh Harapan

    ReplyDelete