Thursday, October 5, 2017

Kenapa tidak dinamakan terus: Tengku Sariffuddin kata tak ada individu yang didakwa Syed Saddiq di PMO

Tiada individu didakwa Syed Saddiq di Pejabat Perdana Menteri, kata Tengku Sariffuddin
TMI  -  Diterbitkan pada 5 Oct 2017 11:22AM ·

INDIVIDU yang dinamakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai cuba memberi habuan kepada ketua Pemuda Bersatu itu supaya meninggalkan parti tidak bekerja di Pejabat Perdana Menteri, lapor Sinar Harian hari ini.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad memberitahu Sinar Harian yang tiada indivudu “H” yang bekerja di PMO, dan individu itu bukanlah pembantu kanan atau penasihat Najib Razak seperti didakwa Syed Saddiq.

“Pejabat Perdana Menteri tidak mempunyai seorang pegawai bernama sedemikan berkhidmat dengan perdana menteri,” kata Tengku Sariffuddin.

Syed Saddiq sebelum ini menamakan pembantu kanan yang didakwa menjadi “dalang” jaringan korupsi terdiri daripada ahli politik dan perniagaan yang cuba merasuah ahli Bersatu supaya meninggalkan parti itu.

Ketua Pemuda Bersatu itu semalam turut mencabar pembantu kanan itu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana namanya sudah didedahkan kepada umum.

“Kenapa dia tidak tampil. Dia yang sepatutnya buat laporan terhadap saya dengan polis dan SPRM,” kata Syed Saddiq pada sidang media semalam.

Dia menamakan pembantu kanan itu ketika mendedahkan dia ditawarkan RM5 juta untuk meninggalkan negara dan menyambung pengajian dengan biasiswa di Universiti Oxford.

The Malaysian Insight sedang berusaha menghubungi individu tersebut.

Syed Saddiq, ahli politik berusia 25 tahun itu berkata kumpulan sama juga pernah mendekatinya untuk membuat tawaran sebanyak tiga kali sejak Jun tahun lepas. Katanya, dia memutuskan untuk mendedahkan perkara itu selepas mereka mengugut akan mendedahkan “perkara tertentu” mengenai keluarganya jika dia tidak menerima tawaran itu.

Semalam, Syed Saddiq mendakwa beliau diugut oleh pihak yang sama mengancam keluarganya selepas membuat pendedahan itu.

Katanya, ugutan itu disertakan beberapa keping gambar sensitif yang dihantar ke telefon pintarnya semalam.

"Sebelum ini ia ditujukan kepada keluarga saya (adik dan ayah). Tetapi yang baru ini kepada saya. Bukan (melalui) e-mel, daripada aplikasi tertentu, tetapi saya tidak boleh menyatakannya sekarang. Ia peras ugut," – 5 Oktober, 2017.

No comments:

Post a Comment