Tuesday, October 17, 2017

Isu pandangan “ekstrem”: Rasanya ini sekadar pandangan peribadinya......kontraversikah?

Haram gunting rambut dengan bukan Islam, ucapan ‘birthday’, kata penceramah

  | October 17, 2017
Seorang pengetua sekolah agama di Pulau Pinang mengharamkan gunting rambut di kedai bukan Islam dan ucapan hari jadi seperti 'happy birthday'.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Belum reda isu kedai dobi Islam yang mengundang reaksi daripada pihak istana, pemerhatian di Youtube mendapati pelbagai pandangan keras mengenai soal halal haram diutarakan penceramah agama yang kerap menyampaikan kuliah di masjid.
Antaranya seorang guru sekolah tahfiz di Pulau Pinang yang mengharamkan umat Islam mendapatkan khidmat potong rambut di kedai bukan Islam, menghantar anak ke sekolah kelolaan bukan Islam dan juga memberikan ucapan hari jadi.
Dalam ceramah dimuat naik di Youtube disampaikan Shahul Hamid, pengetua Maahad Tahfiz Darul Tahzhib di Bayan Lepas itu menjelaskan pendirian beliau mengenai tukang gunting rambut bukan Islam.
“Sejak saya belajar di pondok dan masuk tingkatan 1, sampailah sekarang, saya tak pernah bagi kepala saya kepada orang-orang kafir untuk pegang. Walaupun tak ada dalil dia pegang itu haram…adalah lebih baik kita cari kedai Islam sekurang-kurangnya kita bantu ekonomi orang Islam,” katanya dalam ceramah yang dimuat naik 2 tahun lalu.
Shahul dalam ceramahnya turut menyifatkan adalah haram untuk wanita Islam mendapatkan khidmat basuh rambut daripada bukan Islam sekalipun tukang gunting rambut itu seorang wanita.
“Walaupun orang perempuan, dia tak boleh potong di kedai orang perempuan kafir. Bukan kedai lelaki, perempuan pun tak boleh pergi suap kepala dekat orang perempuan kafir, kerana kepala rambut badan dia adalah aurat.
“Macam mana aurat perempuan di hadapan lelaki yang bukan mahram yang boleh kahwin dia, macam itu juga aurat di hadapan perempuan sama perempuan kafir,” katanya.
Shahul turut mempersendakan golongan “mak nyah” yang menjalankan perniagaan cuci rambut.
“Bunyi suara macam katak,” katanya.
Sekolah Cina
Shahul dalam satu lagi klip rakaman ceramah turut berkata adalah haram umat Islam menghantar anak mereka ke sekolah kelolaan bukan Islam melainkan “terdesak”.
“Setengah orang Pulau Pinang, dia fikir, ‘kita duduk Pulau Pinang, banyak orang berbilang kaum, kita kena ajar anak kita hantar sekolah Cina baru dia boleh hidup’… Hang paham tak betul lagu tu,” katanya.
Menurutnya, umat Islam hanya dibenarkan menghantar ke sekolah Cina sekiranya tiada sekolah lain di kawasan kejiranan mereka.
“Tapi dia balik, hang kena didik betul-betul. Pasal apa? Pasal anak-anak apek itu semua, depa tidak ikut cara hidup Islam. Entah depa kencing macam mana, depa makan macam mana, depa minum macam mana, pergaulan macam mana. Anak hang akan hidup lagu tu juga.”
Dalam ceramah yang dimuat naik bulan lalu, Shahul turut mengharamkan ucapan hari jadi seperti “Happy Birthday” atau dalam bahasa Arabnya, “Sanah Helwah” yang kerap dikongsi di media sosial.
“Dalam Whatsapp pun depa hantar ‘Sanah Helwah’. Kepala hotak hang Sanah Helwah. Itu semua Arab bodoh tak mengaji punya. Samalah dengan ‘Happy Birthday’. Doa, tak mau ‘Sanah Jelwah’. Walaupun bunyi macam Arab, tapi itu untuk Arab bodoh, tak mengaji ugama.
“Itu semua jahiliah,” katanya.
Dalam ceramah itu, Shahul turut tidak bersetuju dengan ucapan “bye-bye” dan “hello” ketika menjawab telefon, dan berkata umat Islam sepatutnya memberikan ucapan “Assalamualaikum”.
Isu pandangan “ekstrem” dan memisahkan umat Islam dan bukan Islam baru-baru ini menjadi hangat selepas Sultan Johor membidas pemilik sebuah kedai dobi di Muar yang melarang pelanggan bukan Islam menggunakan perkhidmatannya atas sebab kesucian.
Pendirian itu menerima sokongan Majlis Raja-Raja, yang mengingatkan sikap pelampau atas nama agama akan menjejaskan imej Islam dan keharmonian kaum.
“Imej Islam sebagai agama yang mengalakkan penganutnya bersikap toleran, sederhana dan inklusif wajib dipertahankan daripada dicemari oleh tindakan-tindakan yang bersifat keterluan dan memisahkan rakyat,” kata kenyataan itu pada 10 Oktober.

2 comments:

  1. After checking out a few of the blog posts on your site, I really like your way
    of blogging. I book marked it to my bookmark website list and will be checking back in the near future.

    Take a look at my website too and tell me your opinion.

    ReplyDelete
  2. apa saja yang boleh di elak dari berurusan ngan kapir jauhi
    kalau tak boleh terpaksa jugak
    apa susah sangat
    tak payah lah nak besarkan apa yang diberitakan
    islam ngan islam pung asyek gaduh
    kalau nak mesra sangat ngan kapir silakan
    kalau ada ornag islam pertahankan hak Allah dikatakan pelampau
    tapi kalau ada ornag islam buat perangai macam kpair itu dikatakan bagus
    dah nampak pun

    ReplyDelete