Monday, October 2, 2017

Cina maki DAP di pentas program Fastaqim 2.0

'DAP perlu diharamkan'
SH  -  1 OKTOBER 2017
Huan Cheng Guan

KUALA NERUS - DAP perlu diharamkan di negara ini kerana dilihat sering memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini dan disifatkan sebagai ‘kaki buat kacau’, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan.

Sehubungan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap DAP sebelum ia merosakkan suasana harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"DAP ini kerja dia hanya tanam kebencian pada masyarakat, hasut rakyat," katanya yang dijemput Pas untuk berucap di pentas program Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini malam tadi.

Beliau berkata, sepanjang sembilan tahun DAP memerintah Pulau Pinang, parti itu hanya membawa kesengsaraan kepada rakyat.

"Sepanjang sembilan tahun mereka perintah Pulau Pinang, tarif air sudah empat kali naik, sewa kedai pun naik 100 peratus, rumah dibina pun bukan mampu milik, tetapi mampu tengok sahaja, tanah pula habis dijual.'

Kalau dua tahun lagi DAP perintah Pulau Pinang, pasir dan pokok pun mereka boleh jual," katanya disambut sokongan daripada lebih 200,000 ahli dan penyokong Pas.

Beliau berkata, apa yang diingini oleh DAP bukan kuasa untuk memerintah dan berkhidmat kepada rakyat, tetapi hanya untuk kepentingan parti dan individu yang tamakkan jawatan.

"DAP ini kerjasama dengan kaki 'u-turn' (pusingan U) sahaja. Pemimpin mereka pun (DAP) didakwa di mahkamah kerana rasuah, macam mana nak jadi pemimpin negara," katanya.-Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

'DAP mati jika tak main sentimen kaum, agama'

SHAH ALAM - DAP didakwa akan mati jika parti itu tidak bermain dengan sentimen agama dan isu perkauman.

2 comments:

  1. mamat ni pung tak boleh diharap snagat
    cari makang aja lebeh
    apa sja dap perjuangkan memang untuk
    untungkan cina walau nampak macam malayu pung ada jugak untung
    tanah melayu pung dah tak macam dulu dulu
    sebab ada jugak malayu yang dungu duk sokong melayu tukang jual tm sikit sikit

    ReplyDelete
  2. Cina huan ni cina buta. Spesis katak cam brahim ali. Depa dua boleh geng. Kamceng. Pas pun dah suka sama brahim ali. Hihi

    ReplyDelete