Friday, September 22, 2017

Tragedi kebakaran Tahfiz: Teguran Allah kepada Rakyat Malaysia

TEGURAN ALLAH BUAT RAKYAT MALAYSIA MELALUI ANAK-ANAK SYURGA DARUL QURAN ITTIFAQIYAH

HIKMAH besar isu Kebakaran Pusat Pengajian Tahfiz tersebut, MEMBUKA minda masyarakat tentang kepentingan kerjasama antara kerajaan dan orang awam!

Saya bekas penuntut madrasah dibeberapa buah Tahfiz, jadi mewakili pljr madrasah anda tahu bagaimana kami 'survival' utk mem'prasarana'kan tempat pengajian sendiri? tidak seperti universiti, kolej penuh dengan kelengkapan mewah dan stabil..

Ada madrasah tu, sampai ternak haiwan peliharaan utk jadikan sumber pendapatan kerana Ibubapa tak mampu bayar yuran anak-anak.. Tanam sayur-sayuran sendiri utk di makan, kacau simen sendiri utk bangunkan bangunan pengajian dan asrama.. Ustaz atau mudir(pengetua) mampu ungkapkan, "demi melihat agama Allah & Al-Quran dipelajari oleh murid-murid tahfiz ini".

Anda & kerajaan? Hanya mampu memuji "sedapnya suara 'budak tahfiz' tu imam terawih".. Tapi pernahkah kita tahu bagaimana kehidupan mereka demi habiskan 30 Juz hafalan quran dan kitab pengajian?

Anda pernah lihat tabung² kotak berwarna putih tertera, "Tabung membaikpulih Madrasah Tahfiz dot dot dot" dikaunter pembayaran kedai runcit, restoran, pam minyak, kaki lima bank dan sebagainya?

Ada pernah lihat pusat pengajian berbentuk moden seperti universiti or kolej punyai tabung, "Sumbangan untuk prasana universiti dot dot dot.."? 

Mmg tak dinafikan kerajaan dan orang ramai ada membantu, tapi mohon lebih peka pada institusi Tahfiz ini walaupun mereka kelihatan agak 'kuno' dan tidak bersijil MQA bagai..

Kadang madrasah hanya memohon 1juta tp ambil masa bertahun utk collect, itu pun dari usawahan dan jutawan dermawan. Nk harapkan masyarakat awam bukan semua mampu dan punyai kesedaran mengenai institusi sebuah Tahfiz ini. Kerajaan? Wallahualam berapa juta bajet utk mereka ini!

Jd, moga² HIKMAH ini membuka minda kita semua utk bagi LEBIH KOMITED  dengan madrasah² seperti Tahfiz, Pondok dan sebagainya lagi..

InshaAllahu Taala.. Doakan saya jua moga suatu hari nanti boleh membuka Madrasah sendiri dengan usaha titik peluh berniaga walau TANPA HARAPKAN bantuan kerajaan dan orang awam! Ini impian saya ketika sedang menuntut ilmu di madrasah Tahfiz Al-Quran satu masa dulu..
.
"Adik² syurga ku, Allah dengan rahmat Nya bersama mu dan ahli keluarga mu sentiasa.. Tahniah memilih jalan menghafal Al-Quran utk mendekatkan diri mu pada Tuhan mu! Kini kamu telah syahid dengan Al-Quran didada mu wahai adik-adik ku!" 😔

p/s: anda boleh #share perkongsian ini sekiranya anda ingin menyedarkan lagi masyarakat mengenai institusi madrasah/pondok di Malaysia kita ini.. InshaAllah

MOHD HANIF AHMAD - 'Abang' kepada adik² Syurga saya Tahfiz Ittifaqiyah disayangi Allah SWT

3 comments:

  1. Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement account it.
    Look advanced to far added agreeable from you! However,
    how could we communicate?

    ReplyDelete
  2. Pelajar tahfiz dipergunakan pihak tertentu bila ada majlis2 resmi utk dpt sedikit political mileage. Kita tgk nanti brp byk drp rm 30 juta yg diumumkan benar2 sampai kpd pihak tahfiz

    ReplyDelete
  3. mak pak selalu kata -kami mengaji tak tinggi anak anak kami jangan jadi macam kami mesti ngaji sampai unibesiti

    jarang dengar kami jahil bab bahasa arab bab quran kami tak mau anak anak kami pun jadi lombu macam kami ,jadi anak anak mesti ngaji bahasa arab n quran dan bab dunia nanti sejuk hati kami bila kami dengar suara anakanak kami ngaji

    bila ada orang sakit mati nak terawih berebut pi cari budak budak tahfiz

    itu lah perangai melayu asuhan penjajah bristis yahudi n ejennya yang ramai duk ada lani

    ReplyDelete