Thursday, September 28, 2017

Sorok harta: Dipenjara dan harta dirampas (ini cerita di negara oranglaa.....)

Kecurian Bongkar Harta Luar Biasa
Published: Wednesday, 27 September 2017
BANGKOK: Bekas setiausaha tetap untuk pengangkutan Thailand, Supoj Saplom dihukum penjara 10 bulan semalam kerana gagal mengisytiharkan asetnya yang terbongkar selepas kediamannya dimasuki pencuri.

Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman itu semalam terhadap Supoj, 64, yang pernah menjadi setiausaha tetap pengangkutan dari 2009 hingga 2011.

Supoj didapati bersalah gagal mengisytiharkan wang tunai berjumlah 17.55 juta baht (RM2.23 juta) dan sebuah van jenis Volkswagen Caravelle bernilai 3 juta baht (RM381,554) dalam lima pengisytiharan aset ketika menjawat jawatan itu.

Menurut akhbar Bangkok Post, Suruhanjaya Anti Rasuah Kebangsaan (NACC) memfailkan tuduhan terhadap Supoj selepas mendapati dia memiliki kekayaan luar biasa.

Supoj disiasat selepas kediamannya dimasuki pencuri pada 12 November 2011 ketika dia berada di majlis perkahwinan anak perempuannya.

Dia memberitahu polis, penjenayah mencuri wang tunai berjumlah 5 juta baht (RM634,265) tetapi selepas suspek ditangkap, polis merampas wang tunai berjumlah 18 juta baht (RM2.28 juta) dan sejumlah barang kemas.

NACC juga meminta mahkamah mengeluarkan arahan untuk merampas semua harta Supoj yang tidak diisytiharkan.

Mahkamah Rayuan pada 2015 mengarahkan harta Supoj dan keluarganya yang bernilai 64.14 juta baht (RM8.14 juta) dirampas. - sumber

1 comment:

  1. There's certainly a great deal to learn about this topic.
    I love all the points you've made.

    ReplyDelete