Saturday, September 9, 2017

Puad Zarkashi melakukan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 - Sri Ram

Sri Ram: Kenyataan JASA boleh 'ancam' saksi
Hafiz Yatim  -   8 Sep 2017, 5:52 petang
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, kenyataan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang kononnya bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop cuba melindungi Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung skandal forex boleh mendatangkan kesalahan mengancam, menghina atau mencederakan saksi.

Beliau merujuk kenyataan Ketua Pengarah JASA Datuk Mohd Puad Zarkashi semasa pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hari ini yang menuduh Nor Mohamed cuba melindungi bekas perdana menteri itu.

Sri Ram memetik Seksyen 12 (2) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang menyatakan bahawa "mana-mana orang yang mengancam, menghina atau mencederakan orang lain yang memberikan keterangan, atau berdasarkan keterangan yang telah diberikannya kepada pesuruhjaya, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun."

Bekas hakim itu, bagaimanapun, berkata komen Mohd Puad itu mungkin tidak termasuk dalam definisi penghinaan di bawah Seksyen 14 akta yang sama.

"Tetapi dia boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12 (2). Sama ada dia akan didakwa adalah soalan lain," katanya kepada Malaysiakini.

Sri Ram adalah seorang peguam sebelum beliau dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada tahun 1994. Selepas bersara pada tahun 2010 sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan, beliau menubuhkan firma undang-undangnya sendiri.

No comments:

Post a Comment