Friday, September 22, 2017

Ketua Pemuda PBS dan seribu pengikut isytihar keluar parti dan sertai Warisan Sabah?

Ketua Pemuda PBS isytihar keluar parti
Jason Santos
Diterbitkan pada 22 Sep 2017 9:41PM 
Jake Nointin (tengah) selepas sidang media yang diadakan di Keningau bagi mengisytiharkan peletakan jawatan dan keluar parti hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 22 September, 2017.

KETUA  pemuda Parti Bersatu Sabah Jake Nointin meletakkan jawatan selepas timbul desas desus mengatakan beliau menyertai pembangkang. 

Beliau membuat keputusan itu hari ini di Keningau dan mengatakan PBS sudah lari daripada perjuangan asal untuk mempertahankan hak rakyat Sabah dan negeri. 

"Selepas berfikir dengan mendalam hari ini saya dan beberapa rakan dalam PBS membuat keputusan untuk menamatkan keahlian kami berkuatkuasa serta merta. 

"Kini lebih jelas pimpinan parti sudah hilang hala tuju dalam merealisasikan objektif PBS kerana bimbang menjadi sasaran spekulasi negatif dan persepsi," katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan berapa ramai ahli yang mengikuti jejak langkah Nointin namun laporan menyebut sekitar seribu ahli PBS menghadiri sidang media di Keningau hari ini. 

Nointin yang juga ketua bahagian PBS Liawan dikatakan menyertai Parti Warisan Sabah yang diketuai bekas pemimpin Umno Shafie Apdal. 

Sumber PBS memberitahu The Malaysian Insight Nointin mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin kanan Warisan kebelakangan ini.

"Timbul desas desus mengatakan beliau telah mengadakan pemimpin Warisan di Singapura dan Kuala Lumpur sekali dan beberapa kali di Sabah. – 22 September, 2017.

2 comments:

  1. Great blog! Do you have any helpful hints for aspiring writers?
    I'm planning to start my own blog soon but I'm a
    little lost on everything. Would you recommend
    starting with a free platform like Wordpress or go for a paid option? There are so many options out there that I'm completely overwhelmed ..
    Any tips? Thanks a lot!

    ReplyDelete
  2. Ohh... nur masuari tuduh pemimpin m'sia subahat dgn org moro utk penculikan tuntut wang tebusan disekita mindanao pulau simpadan.... ohhhh sampai bile sabah akan aman...

    ReplyDelete