Saturday, September 23, 2017

Kalau pun nak main politik dan mempolitikkan pun, biorlah cerdik sikit!

* Tapi......ehh bila pulak puak-puak ni jadi cerdik?

Friday, 22 September 2017
APA NI SHEIKH...BENDA DAH BATAL PUN MASIH NAK BUAT DEMO LAGI???

Dilaporkan, hari ini 22 September 2017, selepas solat Jumaat tadi, Pas Selangor bersama 30 NGO telah mengadakan demonstrasi  aman membantah penganjuran pesta arak dan gay di luar Masjid Shah Alam, Selangor.

Dianggarkan 1000 orang terlibat dalam demonstrasi itu.

Secara umumnya, memang baguslah Pas Selangor dan 30 NGO tersebut buat demo sebagai tanda bantahan dan meluahkan perasaan atas sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh kerajaan.
Tetapi, bukankah pada 19 September lalu, DBKL sudah pun menolak permohonan penganjur untuk mengadakan pesta arak tersebut?

Kalau sudah permohonan penganjur ditolak oleh DBKL, untuk apa lagi diadakan demonstrasi?

Lebih dari itu, pada 21 September iaitu semalam, penganjurnya juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akur dengan penolakan permit oleh DBKL itu.
Di waktu yang sama, atas faktor keselamatan, mereka juga mengumumkan tidak akan menganjurkan lagi pesta arak di masa-akan akan datang.

Maknanya, bermula tahun ini dan tahun-tahun akan datang tidak ada lagi pesta arak akan diadakan.

Jadi, yang nak bersusah-payah berdemo dan membantah buat apa?

Selain itu, pesta itu juga sebenarnya dijadual akan diadakan di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan dan bukannya  di Selangor.

Maka, agak pelik dan ajaib dari segi kewajaran Pas Selangor dan 30 NGO tersebut memilih Masjid Shah Alam sebagai tempat berdemo dan meluahkan perasaan.
Mengapa mereka tidak berdemo di Masjid Wilayah Persekutuan, Majid Kampuny Baru atau di depan Bangunan DBKL?

Apa logik dan kaitannya untuk berdemo di Selangor, sedangkan pesta arak dijadual diadakan di Kuala Lumpur?

Berhubung pesta gay pula, bukankah Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi telah menegaskan penganjuran pesta tersebut tidak akan sama-sekali dibenarkan oleh kerajaan.

Kalau kerajaan pusat sendiri sudah memberi jaminan sedemikian, bukankah lebih baik sujud syukur di atas sejadah daripada berdemo di bawah panas matahari?
Apa?

Ohh...demo sebab politik?

Ya Sheikh ya hanana...kalau ia pun nak main politik dan mempolitikkan pesta arak dan gay itu, biorlah cerdik sikit.

Benda yang dah batal, tak usahlah buat demo lagi. Buang masa beb!!

Buatlah demo untuk perkara-perkara lain yang belum selesai, tergantung tiada kesudahan dan terlihat kerajaan lebih mahu nenutup daripada menyelesaikannya.

Bukankah di zaman Najib ini banyak lagi isu-isu seperti itu? (ShahbudinHusin 22/09/2017)

Posted by Shahbudin Husin at 23:44 

7 comments:

  1. Sebb politik fitnah dibuat demo tu utk burukkn selangor walaupun xrelevan.

    Maka bukanlah kerana allah yg menyebut arak dn gay itu mungkar.

    Maka bukanlah ianya atas niat menegak kebenaran melainkn politik nk menjatuhkn kerajaan selangor.

    Maka pas bukanlah sebuah gerakan islam yg mencari akhirat melainkn sebuah parti yg mengguna nama islam sekongkol dgn org zalim utk meraih politik dunia.

    Maka jgnlah disebut2 bab akhirat. Islam adalah alat tunggangan pas utk habuan dunia.

    Begitulah kejinya org yg mengguna agama utk meraih dunia. Di akhirat malah lbh hina lg.

    Tinggalkn pas demi agama yg suci.

    ReplyDelete
  2. Demo tetap demo walau pun dah dibatalkan, tanda kecintaan pejuang2 yang cintakan keharmonian, hebat PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demolah kat Masjid Negara, dah bangang sangat ke PAS???

      Delete
    2. hu....hu...hu....🤔🤔🤔

      Delete
    3. hu....hu...hu....🤔🤔🤔

      Delete
  3. Puak2 lebai malang ni baru bangun tidur, bila terjaga melalak la dia yg tak tentu arah,.dah tentu lah kes tu dah selesai, nak berdemontrasi lagi , kenapa lah lebai ni,!!! Bodoh

    ReplyDelete
  4. Dua perkataan je perlu diberikan kpd puak lebai-lebai: BODOH DAN BANGANG

    ReplyDelete