Friday, September 15, 2017

Dikala Lebai semakin kaya raya... Walaun kekal bodoh utk selama2nya....

AnAk KuChINg:

Dikala UMNO karam,  PAS menjadi pelampungnya..
Dikala UMNO terbakar,  PAS menjadi bombanya..
Dikala UMNO terjun,  PAS menjadi parachutnya...
Dikala UMNO panas,  PAS menjadi kipasnya....
Dikala UMNO sakit,  PAS menjadi ubatnya...
Dikala UMNO masuk ICU,  PAS menjadi oksigennya...
Dikala UMNO tempang,  PAS menjadi tongkatnya...
Dikala UMNO rebah,  PAS menjadi pengangkatnya....
Dikala UMNO haus,  PAS menjadi airnya...

Dikala UMNO kehabisan batteri,  PAS menjadi power banknya!

Dikala Lebai semakin kaya raya... Walaun kekal bodoh utk selama2nya....

Takiyuddin berkata, di sekitar bandar Kota Bharu sahaja, kerajaan negeri mengeluar
kan 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai “China Town”.

Ini termasuk lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan atau majlis daerah lain di seluruh negeri.

Mana2 yg menjual atau membeli atau menunjuk jalan ke kedai/ tempat arak maka nerakalah jalan terbaik bgnya. Bagaimana pula dgn org melayu yg partinya Islam  Progresif yg menyokong Dap mnganjurkan pesta arak itu?? Kerana sebuah kerusi di PutraJaya, agama di anggap remeh oleh mereka.

Rupanya lembing Awang pulang ke Dayang.

Kabo ke Takiyuddin la weiii....!

APA YANG RAKYAT DAPAT DARI LAWATAN NAJIB  KE AMERIKA?

INI LAH 20 PERKARA KURANG CERDIK YANG TERHASIL DARI LAWATAN NAJIB KE AMERIKA.

1. Negara rugi berjuta2 kerana najib telah membayar pelobi2 antarabangsa dan Amerika semata2 untuk memujuk White House dan Trump supaya bersetuju "menjemput" Najib ke White House.

2. Najib bukan sekali melobi untuk bertemu Trump. Ini kali ke dua. Kali pertama beberapa bulan lepas semasa Trump melawat negara2 Arab. Trump lansung tidak melayan permintaan Najib dan enggan bertemu Najib walaupun Najib telah terbang ke Arab.

3. Siapa kata lawatan Najib lawatan RASMI? Lawatan Najib bolehlah di katakan lawatan sandiwara Najib yg terdesak, semata2 untuk mnaikkan imej nya kepada rakyat dan khususnya kpd pengampu tegar najib di dlm UMNO agar lebih meyakini najib menjelang PRU14. Harapan Najib, kelihatan dan bergambar dgn seorang Presiden kuasa besar meningkatkan dan memberi kepercayaan rakyat bahawa dia tidak bersalah tentang 1MDB.

4. Siapa yg menyambut kedatangan Najib dan Rosmah? Adakah permaidani merah dan pemeriksaan barisan tentera menyambut Najib sebagai upacara rasmi menyambut kedatangan seorang ketua sebuah negara?

5. Sangat memalukan dan di hina. Setiba Najib di Amerika, dia telah di sambut oleh Pengurus Hotel milik Trump bersama kedutaan Malaysia di Amerika. Tiada sambutan negara. Hinggakan tempahan hotel untuk penginapan delegasi Malaysia tidak di lakukan oleh pihak Amerika tetapi di uruskan oleh pihak kedutaan Malaysia bersendirian dan di bayar sendiri dgn menggunakan duit rakyat. Pada kebiasaan lawatan rasmi negara, segala kemudahan akan di uruskan oleh tuan rumah.

6. Mana first lady Amerika yg lansung tidak membuat sambutan menyambut Rosmah seperti kebiasaan terhadap isteri ketua negara yg melawat di West Wing White House?

7. Adakah Najib pemimpin dari negara low class hinggakan Najib tidak di beri peluang bersama Trump di bilik pejabat Presiden yg di panggil 'Oval' untuk pertemuan empat mata sebelah menyebelah seperti kebiasaan pemimpin dunia lain.

8. Perbincangan berjalan secara terbuka. Najib hanya bercakap seperti seseorang yg membentangkan projek. Tiada agenda khusus yg menyentuh hal sejagat, ekonomi atau dasar luar negara. Kenyataan Najib hnyalh seperti sepintas lalu, hinggakan isu Rohingya yg katanya akan dibawa kpd Trump tidak di sentuh lansung. INGAT YER, Najib hanya sentuh berkenaan Rohingya semasa sidang media dgn media Malaysia.

9. Kenyataan bodoh seorang ketua negara jika berkata begini, MUSUH AMERIKA ADALAH MUSUH MALAYSIA JUGA!!  Dalam hubungan antara negara dan diplomatik, Malaysia akan di curigai selepas ini. Siapa musuh Amerika? Nampaknya Najib sedang menempah musuh dan keselamatan negara. Tak cerdik sungguh pemimpin UMNO ni.

10. Adakah dengan pengakuan Najib ingin membantu memulihkan ekonomi Amerika maka menjadikan kita lebih hebat dari Amerika? Dulu Amerika ada 6 millon dollar man....tp kini mereka menerima bantuan dari 2.6 Billion Dollar Man dari Malaysia. Musykil kan...nk bayar hutang IPIC pun minta tempoh lanjut semingu ni pulak nk bantu pulihkan ekonomi orang.

11. Suasana ekonomi dunia sekarang bukanlah baik buat Malaysia. Di Malaysia sendiri telah banyak syarikat besar telah di tutup. Sektor swasta juga lemah dan cawangan2 Bank2 juga ada yg telah di tutup. Negara membangun seperti Malaysia sepatutnya memerlukan setiap sen dana dan pelaburan asing terutama dari negara maju untuk mewujudkan sebanyak mungkin peluang pekerjaan di negara ini. Tapi keputusan Najib ke Amerika dah jadi terbalik. Kita pulak yang melabur di negara maju. Biar rakyat kita kekal menganggur supaya rakyat Amerika terus bekerja.

12. Ketua negara kalau dpt berjumpa dgn Presiden AS mesti buat 'press conference' mcm Shinzo Abe yg juga melawat Amerika atau pemimpin2 lain yg melawat mana2 negara. Bukan senang nak masuk White House beb.
Tapi lain pulak dgn PM kita yg mengelak untuk buat sidang media. Sah2 penakut dgn wartawan asing yg pastinya akan bertanya dn mempersoalkan Najib tntang bnyk perkara.

13. Upacara pertemuan Najib dgn Trump hanyalh berlansung kurang dari 30 minit. Ucapan

Najib dan Trump pula hanya memakan masa 6 minit. Ringkas dan pantas sungguh. Tiada juga main golf. Ia umpama perjumpaan serah ufti bunga emas Kelantan dan Kedah kepada Raja Siam. Dominasi Trump ke atas Najib dan Negara terserlah jelas. Alahai Najib.

14. Nk guna duit MAS beli Boeing. Banyak ke duit MAS? Sedangkan MAS pun ”tercungap2".

15. Nk guna duit KWSP dan Khazanah buat pelaburan? Kenapa tk  gunakan duit 1MDB? Najib kata 1MDB menjana keuntungan? GUNAKAN LAH!!!

16. Istimewa sungguh lawatan Najib. Persoalan yang wajib dijawab oleh penyokong2 dedak beliau dikala alunan menjilat kebebalan ini sedang di tularkn kononnya sambutan terhadap Najib hebat...bagi aku itu semua menampakkan betapa maruah pemimpin negara kita hanya berada dibawah tapak kaki Trump saja...! Itu pun macai2 dan pemakan dedak tak mampu fikir.
Peruntukan nk beli kertas A4 di sekolah2 pun di potong ada hati nk bantu Amerika. Uuweeekkk...!!!!

17. Lebih meloyakan ada pencacai pakar ekonomi UMNO mewajarkan tindakan Najib membantu Amerika. Kata mereka, ekonomi Amerika tidak boleh lemah, ia ibarat, jika ekonomi Amerika bersin maka ekonomi negara2 Asia akan deman. Porrrah....yenna deiii. Itu zaman 80an dan 90an. Sekarang ekonomi dunia dah di kuasai oleh China, India, Korea dan Jepun. Zaman kebergantungan terhadap kekuatan ekonomi Amerika telah berakhir. Amerika sendiri sudah kalah bersaing dgn China dn India. Amerika kini benar2 bergantung kepada minyak Arab untuk di manipulasi utk keuntungan Amerika. Sebab itu dunia Arab begitu penting kpd mereka.

18. Lagi hebat macai separuh masak UMNO menyamakan perjanjian dan MOU yg Malaysia buat di Amerika sama seperti Perjanjian Hudaibiyah Rasullullah SAW. Tidak mengapa ia berat sebelah sama spti yg Rasullullah SAW buat kata mereka. Rasullullah SAW buat sebab ada strategi dan muslihat yg Rasullullah SAW sudah rangka dan jangka akan menyebelahi Baginda. Najib ada muslihat apa? Berapa lama? Bertahun2 ? Sedang kn nak jumpa pun orang layan mcm kuli semua tanggung sendiri.  Mereka mengandaikan semua pelaburan dan pembelian jet dan kapalterbang sebagai umpan untuk keuntungan jangkamasa panjang. Najib bijak kata mereka. Kita kalah 3 - 0 itu di katakan bijak? Di saat dlm negara pun ramai rakyat yg bergelut untuk hidup, Najib nk lambak berpuluh billion kat sekutu kuat Yahudi? Najib sebenarnya bijak utk kepentingan politik diri dia sendiri. Dia ingin orang UMNO dan rakyat melihat bahawa dia tiada kesalahan 1MDB. Berjumpa dgn Trump seolah2 modal najib telah terlepas dari dosa 1MDB di Amerika. Nampak tak?

19. Maka itu lh, ramai macai2 dan pemakan dedak tegar UMNO melompat2 suka. Najib tk di tangkap sedangkan dulu ada org kata Najib akan di tangkap kalau ke Amerika. Tungguuu...ini bukan masanya dan belum masanya. Semua org tahu DOJ baru sahaja mengubah dakwaan dari sivil je jenayah. Proses baru berjalan dan jangan cepat melompat kegembiraan.

20. Akhirnya suatu perkara yg aku nk ingatkan....AGAK2 TUN MAHATIR  AKAN LAKUKAN TAK SEPERTI APA YANG NAJIB LAKUKAN SEKARANG? MERAYU2 MELALUI PELOBI UNTUK DI JEMPUT BERTEMU DAN KEMUDIAN MEMBIARKAN ORANG MENDOMINASI PERTEMUAN. SEPERTI YANG AKU KATAKAN SEBELUM INI MEMBIARKAN MARUAH DIRI DAN NEGARA DI BAWAH TAPAK KAKI TRUMP DAN AMERIKA SAHAJA.

Akhir kalam sebelum undur diri, mari kita lihat fakta di bawah.

KDNK Amerika  = USD18.5 Trillion. ( Trillion tau brader)

KDNK Malaysia  = USD296.4 billion. (Billion jer...)

Tak sampai satu trillion pun.

Bajet Malaysia  = USD50 billion setahun.

Bajet Amerika    = USD3.8 trillion. Trillion tau.

Bukan billion atau million!

Tapi Malaysia mampu bantu America pulihkan ekonominya...

Handal tak PM kita? Keh keh keh keh.....
Handal pembohong kita....!!!

#biarTakpandaiJanganBodoh 

- Zaini Hj. Pilus via WhatsApp

6 comments:

  1. I'm truly enjoying the design and layout of your blog.
    It's a very easy on the eyes which makes it much more enjoyable for me to
    come here and visit more often. Did you hire out a designer to create
    your theme? Outstanding work!

    ReplyDelete
  2. Nasihat untuk Pak Din admin, jangan menjaja fitnah kerana habuan duniawi dan dijadikan rezeki untuk memberi makan pada anak2 dan keluarga, jangan jadi penyambung lidah syaitan, kembalilah kepangkal jalan, itu yang terbaik buat Pak Din.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kena batang hidung sendiri, tuduh org lain fitnah itu ini. Bila sendiri fitnah org lain ok pula.

      Delete
  3. Pergi jalan jauh2 dan belanja ribu juta, tapi cuma berani buat sidang media dgn media malaysia(di usa??!!). Betapa pengecutnya org bersalah yg bernama najib ni

    ReplyDelete
  4. Dikala umno berak,,pas menjadi anak butir tahiknya..

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing your info. I really appreciate your efforts and I am
    waiting for your next write ups thank you once again.

    ReplyDelete