Thursday, August 17, 2017

Video - Bila perempuan pun menyamun: Remaja perempuan berusia18 tahun di belasah

Penduduk kampung belasah remaja kerana samun warga emas
Astro Awani |  Diterbitkan pada Ogos 16, 2017 21:14 MYT
Sebaik dicekup penduduk bertanya mengenai tujuannya mengintip rumah orang namun tiada sebarang penjelasan.

KEPALA BATAS: Rakaman video seorang remaja ditangkap dan dibelasah penduduk kampung selepas didakwa cuba menyamun seorang warga emas di Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor petang Rabu tular dilaman media sosial hari ini.

Menerusi tiga video yang tersebar itu, kelihatan remaja terbabit dibelasah selepas penduduk tidak berpuas hati dengan  kelakuannya yang didakwa mencurigakan apabila mengintip rumah warga emas terbabit.

Sebaik dicekup penduduk bertanya mengenai tujuannya mengintip rumah orang namun tiada sebarang penjelasan.

Dia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam  mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, remaja berusia18 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki berusia 21 tahun selepas didapati menyamun barang kemas milik warga emas berusia 70 tahun.

Siasatan polis mendapati suspek perempuan dihantar oleh suspek lelaki ke kawasan rumah itu lewat malam dan wanita itu menunggu sehingga penghuni tiada dirumah bagi tujuan menyamun.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa yang berada di dalam bilik telah dipukul dengan kayu oleh suspek.

Pergelutan berlaku, dan mangsa kemudiannya menjerit menyebabkan suspek melarikan diri.

Bagaimanapun, anak dan jiran mangsa dapat menjejaki suspek yang didapati bersembunyi di bawah katil dalam bilik di rumah berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

5 comments:

  1. Hello, its nice paragraph concerning media print, we
    all understand media is a great source of facts.

    ReplyDelete
  2. I was recommended this web site by my cousin. I am not sure whether this
    post is written by him as no one else know such detailed
    about my difficulty. You're incredible! Thanks!

    ReplyDelete
  3. Excellent write up, i surely love this website, continue
    the good work!

    ReplyDelete
  4. Takut jd mcm kes di indon. Lps tangkap serah pd polis sudah. Bukti pun belum ada. Tak ikut ajaran islam sebenar

    ReplyDelete
  5. Good job n blow job. Ku pon reti jugak bahasa omputeh. Uwekkk. Loya tekak ku. Huhuhu

    ReplyDelete