Thursday, August 10, 2017

'Takziah' di atas kebijaksanaan yang hilang?

* Satu pertanyaan mudah:
Jika diikut logik, tentulah Pas sepatutnya membuat rakaman video berhubung pertemuan dengan Arul Kanda itu kerana ia merupakan sebahagian daripada program parti yang penting untuk dijadikan rujukan.

'Takziah Pas, kami ahli Pas dukacita'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI  10 OGOS 2017
Mahfuz Omar

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendakwa partinya telah diperdaya dalam isu 'penjelasan 1MDB'.

Rentetan itu, Mahfuz berkata, beliau hanya boleh menzahirkan ucapan takziah kepada partinya itu.

"Di mana rasionalnya plan rasionalisasi 1MDB yang membuatkan parti saya (Pas) berasa 'puas hati' itu?

"Dalam hal ini, tiada apa yang dapat saya katakan melainkan saya ingin mengucapkan takziah kepada Ustaz Tuan Ibrahim dan parti saya yang terang-terang diperdayakan oleh 'ahli silap mata' sedangkan hakikat sebenar skandal 1MDB ini amat jauh lagi jalan penyelesaiannya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas puas hati sesi meja bulat 1MDB]

Sebelum ini, pimpinan tertinggi Pas yang diketuai oleh Tuan Ibrahim bertemu dengan Arul  bagi mendengar penjelasan daripadanya mengenai isu 1MDB.

Di akhir pertemuan dilaporkan Pas berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu tersebut.

Tuan Ibrahim sebelum ini dipetik berkata, pihaknya menerima penjelasan oleh Arul mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB.

Bagaimanapun katanya, Pas melihat ada keperluan untuk parlimen memantau aset 1MDB yang diambil alih Kementerian Kewangan.

Justeru, Mahfuz berkata, beliau turut mahu mengucapkan 'tahniah' kepada Arul Kanda Kandasamy dan 'pakar ekonomi' yang turut serta dalam pertemuan meja bulat itu kerana berjaya meyakinkan Tuan Ibrahim dan partinya sehingga rasa berpuas hati dengan langkah-langkah pemulihan 1MDB yang sedang dilaksanakan sekarang.

"Skandal 1MDB yang disimpulkan sebagai 'nasi sudah menjadi bubur' itu amat jijik dan meloyakan rakyat kerana bubur yang terhasil itu sudah basi akibat ketidaktahuan tentang selok belok peralatan yang menjadi penyebabnya," katanya.

Katanya lagi, rakyat seluruh negara termasuk beliau dan ahli-ahli Pas seluruh negara dukacita apabila pimpinan partinya sedang dilihat oleh rakyat Malaysia sebagai 'tukang cuci najis' 1MDB.

"Kenyataan 'Pas puas hati plan rasionalisasi 1MDB' bukanlah satu solusi sebaliknya menyebabkan rakyat sakit hati pada Pas dan menjadi bahan ketawa peminat lawak jenaka sampai tak kering gusi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN YANG PATUT ANDA BACA :

Pas dedah 'pertemuan' bersama Arul
SHAH ALAM - Pas tidak menafikan bahawa kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu bala terhadap negara.

No comments:

Post a Comment