Tuesday, August 8, 2017

Siapa benar, siapa bohong: marah benar Khairuddin ni?

KAKI PENIPU BILA TERDESAK AKAN SANGGUP BERSUMPAH!! ZAHID HAMIDI TAK PERLU BERSUMPAH TETAPI TUNJUK PITA RAKAMAN PERJUMPAAN BELIAU DENGAN TUN DR MAHATHIR MOHAMAD TERLEBIH DAHULU!!

32 juta rakyat malaysia ingin mendapat kepastian siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong?!

Bukti terpenting untuk mendapatkan kepastian kebenaran ialah melalui pita rakaman yang dirakamkan oleh zahid hamidi itu ketika beliau berjumpa dengan tun dr mahathir mohamad!!

Zahid hamidi tak perlu bersumpah!! Jangan nak cuba alih pandangan pulak!! Beliau kata pita rakaman perjumpaannya dengan tun dr mahathir mohamad masih ada; jadi apa nak tunggu lagi?!

Tolong muatnaik dalam youtube untuk tontonan 32 juta rakyat malaysia. Biar keseluruhan rakyat malaysia tonton isi kandungan pita rakaman tersebut terlebih dahulu.

Saya secara peribadi sanggup membantu zahid hamidi untuk mengedarkan pita rakaman tersebut kepada semua lapisan rakyat di seluruh pelusok tanahair.

Bila kita tonton pita rakaman tersebut baru boleh buat rumusan siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong!!

Timbalan perdana menteri yang berkata secara terbuka tentang keujudan pita rakaman ini. Sekiranya beliau gagal untuk menunjukkan pada keseluruhan rakyat malaysia; ini bererti zahid hamidi sahih kaki penipu!!

Bagi saya memang dia kaki penipu pun!! Sekarang dia menipu secara berterusan. Bermula dari pernah berjumpa secara peribadi dengan penderma rm2.6 bilion kepada najib tun razak, kad pengenalan lama tun dr mahathir mohamad kononnya tertera nama 'mahathir a/l iskandar kutty', pita rakaman video dan pelbagai kenyataan lain lagi. Kini zahid hamidi semakin gemar serta kuat menipu!!

Tolong jangan umumkan pula bahawa pita rakaman perjumpaan peribadi di antara zahid hamidi dengan tun dr mahathir mohamad tidak boleh disiarkan kerana diklasifikasikan di bawah akta OSA!! Ini pita rakaman peribadi yang tiada kena mengena dengan rahsia sulit kerajaan malaysia!!

Yang pelik zahid hamidi kata tun dr mahathir mohamad tak suka atau benci padanya!!

Di zaman pentadibiran tun dr mahathir mohamad sebagai perdana menteri beliau ditangkap selama dua bulan di bawah akta ISA.

Pada waktu itu zahid hamidi ditangkap oleh pdrm. Pihak polis yang tangkap beliau dan tiada kena mengena dengan tun dr mahathir mohamad pun!!

Takkan zahid hamidi tak faham undang-undang?! Kalau tangkapan serta tahanan melebihi dua bulan barulah ianya perlukan kelulusan menteri dalam negeri. Takkan zahid hamidi kini menjawat jawatan menteri dalam negeri tak faham undang-undang?!

Sekiranya tun dr mahathir mohamad benci pada zahid hamidi; kenapa selepas 10 hari jadi timbalan perdana menteri beliau terus pergi berjumpa dengan mantan perdana menteri ini?!

Beliau mungkin kurang cerdik kerana pergi berjumpa dengan seseorang yang benci padanya!!  Kalau saya jadi timbalan perdana menteri sudah pasti takkan pergi berjumpa dengan orang yang benci pada kita!!

Kini zahid hamidi memberi justifikasi mengenai sejumlah wang rm230 juta yang ada dalam  akaunnya kerana pada waktu itu beliau adalah ketua pegawai eksekutif serta menjadi ahli lembaga pengarah pada banyak syarikat-syarikat.

Ianya cukup mudah!! Zahid hamidi perlu tunjuk senarai syarikat-syarikat yang beliau menjadi ahli lembaga pengarah pada waktu itu dan sila tunjuk penyata akaun bank pada tahun tersebut sebagai pengamatan semua pihak.

Kita nak lihat secara terperinci dari sumber mana datang sejumlah wang yang sebesar itu dalam akaun bank zahid hamidi?!

Timbalan perdana menteri tidak perlu cabar sprm untuk siasat!! Saya sudah buat beberapa laporan kes skandal 1mdb pada sprm pada tahun 2014 tetapi sehingga kini tak tahu apa statusnya?!

Yang penting zahid hamidi harus bersikap telus pada keseluruhan rakyat malaysia sekiranya beliau ikhlas untuk membersihkan namanya!!

Puak-puak bangang umno ini semua dulu pernah berkhidmat di bawah tun dr mahathir mohamad. Dulu bagi puak-puak bangang ini semua yang dilakukan oleh tun dr mahathir mohamad adalah yang terbaik belaka!!

Kalangan bangang ini semua tunggu lebih dari dua puluh tahun lebih baru nak ungkit kononnya tun dr mahathir mohamad serba tidak betul ketika menjawat jawatan perdana menteri dahulu.

Kenapa tunggu berpuluhan tahun baru nak ungkit kononnya tun dr mahathir mohamad itu dan ini tak betul?!

Saya lawan dengan najib tun razak secara bersemuka dan terbuka dalam kes skandal 1mdb sehingga dipenjarakan!!

Saya bukan bacul macam pemimpin-pemimpin kaki bodek minda lemah otak udang umno masakini!!

Bila ada unsur-unsur perbuatan rasuah oleh najib tun razak dan kerajaan kleptokrasi; saya sebagai naib ketua bahagian umno batu kawan di pulau pinang terus bangun lawan perdana menteri paling korup dalam sejarah politik tanahair kita tanpa menunggu puluhan tahun terlebih dahulu!!

Segelintir dari rakyat jangan 'loyar buruk' kononnya tun dr mahathir mohamadlah yang mencipta kekotoran suatu masa dulu dan kini mantan perdana menteri itu nak cuci kekotoran pulak!!

Sebab itu segelintir dari puak 'kurang cerdik' ini mempertikai tun dr mahathir mohamad dilantik sebagai pengerusi Pakatan Harapan.

Segala fitnah yang tidak berasas itu mesti diketepikan kerana pada usia 92 tahun tun dr mahathir mohamad masih gigih untuk lawan kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh perdana menteri paling korup yang sedang merosakkan kesejahteraan masa depan negara kita!!

Pengorbanan tun dr mahathir mohamad ini sukar dipikul oleh mana-mana tokoh negarawan. Beliau sanggup berjuang sehingga hilang segala kemudahan yang diperuntukan oleh perlembagaan negara kepada mantan perdana menteri.

Tun dr mahathir mohamad kini adalah sebatang lilin yang membakar diri untuk menerangi penghidupan keseluruhan rakyat malaysia.

Apa pilihan tun dr mahathir mohamad ada?! Semua mahligai yang dibina olehnya ketika 22 tahun menjadi perdana menteri sedang dirosakkan satu per satu oleh kerajaan kleptokrasi pada hari ini!!

Masa depan rakyat malaysia sedang berada di hujung tanduk!! Penghidupan rakyat malaysia pada hari ini dapat diibaratkan sebagai retak menanti belah saja!!

Kali ini sekiranya negara kita tumbang disebabkan oleh pengkhianatan pemimpin-pemimpin umno serta kerajaan kleptokrasi masakini;  kita bakal tersungkur buat selama-lamanya!! Rakyat bakal merempat di tanahair sendiri!!

Seandainya musibah ini berlaku bermakna kita mengkhianati masa depan anak cucu yang bakal mewarisi segala kehancuran tanahair yang tercinta ini.

Semua lapisan rakyat malaysia kena satu hati lawan rasuah serta para pengkhianat negara!! Semua penyangak serta pencuri dana kerajaan dan wang rakyat mesti ditangkap seterusnya dihukum!! Tiada unsur belas kasihan dengan kalangan pengkhianat negara ini!!

Sebagai rakyat malaysia kita kena buat keputusan nekad untuk membersihkan semula nama negara yang tercemar di seluruh dunia angkara kes skandal 1mdb ini. Negara malaysia dipandang hina di seluruh dunia!! Sebut nama malaysia di peringkat antarabangsa keseluruhan warga dunia akan mentertawakan kita!!

Apakah ini yang segelintir dari rakyat malaysia yang 'loyar buruk' mahukan?!

Semua kita tiada pilihan lagi!! Kita wajib menyokong perjuangan tun dr mahathir mohamad dan Pakatan Harapan untuk lawan dengan kalangan pencuri perbendaharaan negara secara berterusan!! Mereka mencuri dana kerajaan dan menipu rakyat secara berterusan kini!! Rakyat diperbodohkan oleh kalangan pencuri dan penyamun ini!!

Hanya penyatuan dan kesatuan rakyat yang mantap boleh tumbangkan kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh perdana menteri paling korup!!

Sukar untuk rakyat bergantung pada institusi-institusi kerajaan untuk bertindak melawan kemungkaran bagi membela rakyat di negara kita dewasa ini.

Institusi-institusi kerajaan sudah dirosakkan!! Rakyat tidak lagi boleh menyandarkan harapan pada institusi-institusi kerajaan bagi mendapatkan pembelaan yang sewajarnya.

Sistem politik, amalan demokrasi, sistem ekonomi serta institusi-institusi kerajaan sudah dirosakkan oleh perdana menteri paling korup!!

Dalam apa jua situasi hanya kuasa rakyat yang boleh menyingkirkan perdana menteri paling korup melalui proses amalan demokrasi melalui pru14 nanti.

Rakyat hanya mempunyai satu pilihan saja yakni wajib menyingkirkan perdana menteri paling korup yang
sedang memimpin kerajaan kleptokrasi demi untuk selamatkan malaysia!!

Hanya kuasa rakyat yang berada di tangan rakyat saja yang boleh menggemilangkan semula kesejahteraan masa depan rakyat di bumi malaysia ini!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
7 Ogos 2017

* Coretan asli atau tidak, wallahu aklam - terima dari WhatsApp group

* Tentang duit tu susah nak tentukan kerana Dr. Mahathir tidak ada bukti namun kalau benar rakaman itu ada mungkin boleh membantu

1 comment:

  1. Teman akan bersedekah 230juta kpd umno jika zahid memuatnaikkan ke you tube video tersebut yg zahid hamidi sendiri mengaku ada dirakam dan dlm simpanannya....kalu dlm masa,seminggu ini zahid hamidi gagal memuatnaikkan video tersebut maka,sahlah jawa ni menipu dan penipu....asal usul dia pun dia tipu rakyat malaysia...hingga boleh jadi jutaean masa,muda,dan boleh pegang jawatan tpm...takat tipu video...alah eh..benda kecik je..penipu pembohong ini yg hendak di muatnaikan sbg pm.....menyesal aku masukkan lima ribu rm dlm envelope di pan pac utk bagi kat perwakilan pemuda..dulu...celaka kor zahid...pukul anak orang..balon anak orang...sial kor

    ReplyDelete