Thursday, August 17, 2017

Lawan rasuah atau lawan musuh politik?

*KENYATAAN MEDIA*

*LAWAN RASUAH ATAU LAWAN MUSUH POLITIK?*

www.amanah.org.my

Sejak kebelakangan ini SPRM dilihat begitu aktif untuk melawan rasuah. Kedengaran sahaja mereka yang ditahan oleh suruhanjaya itu setiap hari dan kita alu-alukan peranan SPRM untuk membongkar salah laku dan rasuah seterusnya memberikan kepada peguam negara untuk didakwa di mahkamah.

Walau bagaimanapun, menjadi persoalan besar apabila SPRM dilihat seperti mengikut arahan tertentu apabila menahan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sungai Puyu Phee Boon Poh serta didakwa menggeledah pejabat anak-anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana didakwa terlibat rasuah.

Apa yang menghairankan kita adalah ratusan laporan dibuat terhadap penyelewengan wang membabitkan MARA, penyelewengan Tabung Haji dalam isu pembelian tanah TRX, penyelewengan Tabung Angkatan Tentera, serta penyelewengan dalam FELDA, namun hanya pegawai-pegawai rendah ditangkap.

Tindakan sebegini hanya memperlihatkan SPRM memerangi pembangkang sedangkan sepatutnya SPRM bertindak kepada siapa sahaja termasuk penyelewengan wang negara berbilion ringgit oleh MO1 dan isterinya dari dana 1MDB.

Kita mengalu-alukan tindakan SPRM melawan rasuah tetapi jangan sampai dilihat memenuhi nafsu Perdana Menteri untuk membalas dendam kepada lawan politiknya.

#AmanahDemiNegara

*MOHAMAD SABU*
Presiden
Parti Amanah Negara
16 Ogos 2017

No comments:

Post a Comment