Wednesday, August 16, 2017

Hahaah.......kepoh sakan mamat ni, memang ada apa-apa ke?

PRU14: Pas akan jadi kuda tunggangan jika bersama PH, selar Khairuddin
15 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE
Sebarang kerjasama pilihan raya antara Pas dan Pakatan Harapan (PH) untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) akan sekali lagi menjadikan jentera pilihan raya Pas sebagai kuda tunggangan, kata Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman facebook, Dr Khairuddin mengakui negara perlu diselamatkan daripada pelbagai kerosakan ekonomi, politik dan sosial namun PH bukan wadah untuk menyelesaikan masalah negara berasaskan Islam.

"Sebarang perbincangan kerjasama pilihan raya yang kononnya untuk menjatuhkan BN hakikatnya hanya untuk menyelamatkan kerusi parti tertentu dengan menjadikan jentera pilihanraya Pas sekali lagi kuda tunggangan seperti mana yang berlaku dalam Pakatan Rakyat," ujarnya.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung rundingan dengan Pas bagi menghadapi pilihan raya umum.

Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan dalam sidang media semalam tidak menolak pertemuan itu berlaku dan turut berkata, PKR masih membuka pintu kerjasama dengan Pas untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, melalui perbincangan tidak rasmi Pakatan Harapan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun kenyataan Azmin seusai mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan itu mendapat reaksi berbeza daripada beberapa pimpinan parti dalam gabungan Pakatan Harapan.

Mengulas lanjut, Dr Khairuddin yakin sekiranya PH memenangi  pilihan raya akan datang, agenda Islam sekali lagi akan dikesampingkan.

"Apabila mereka berjaya memenangi kerusi sekali lagi agenda Islam akan ditendang dan diperangi.Pas akan diserang lagi dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan," ujarnya.

Justeru katanya lagi, Pas akan terus komited mencanangkan kepada rakyat penyelesaian Islam menerusi 'Budaya Politik Matang Sejahtera' dan dokumen 'Wawasan Induk Negara Sejahtera'.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat itu, ucapan dasar Abdul Hadi dalam muktamar lalu bertajuk "Sejahtera Bersama Islam" sedang dihayati oleh ahli dan pemimpin Pas di semua peringkat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, foto presiden PKR Datuk Seri Dr  Wan Azizah Ismail,  Azmin dan naib presiden Dr Shaharuddin Badaruddin menziarahi Abdul Hadi pada 12 Ogos lalu menjadi viral setelah dimuat naik di laman facebook Abdul Hadi dengan status: "Menerima kunjungan ziarah oleh pimpinan PKR pada malam ini di Kuala Lumpur".

Sebagai rekod, Pas pada Mei lalu secara rasmi menamatkan semua hubungan dan kerjasama dengan PKR, apabila Majlis Syura parti itu memutuskan langkah itu perlu untuk mempertahankan 'agenda Islam' parti itu.

7 comments:

  1. May the good Lord bless u always!

    ReplyDelete
  2. khairudin takut dia jadi kuda. baguslah gitu. selama ni amanah yg dituduh jd kuda dap.

    begitulah balasan terhadap fitnah pilkuda.

    trauma jadi kuda melanda pas.

    ReplyDelete
  3. Ya ostaz Din Q7. Komen enta dah kelaut. Takkan minom teh tarik sampai London bsama Jamil Khir. Bazir duit rakyat je Din. Din jah jd alat umngok. Kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu. Bukan alat tp kuda tunggangan umno

      Delete
  4. Hai Din. Bini muda mu dah ngandung belom. Baik mu layan bini muda yg masih cantik tu. Tk usah ulas politik lah Din Q7. Kami lebeh tau drp mu. Ostaz muda pas ni bukan alim pon. Hanya hafal quran dan hadis. Maksud sebenar kelaut. Ni kali akhir Din jd MP. Sbb jd Mp dlm parlimen mcm pasu bunga. Budget yg ada Gst pon berkecuali. Ni tanda Mp Pas semua bodoh bangang bahalol. Tqvm

    ReplyDelete
  5. Lebih baik jadi kuda tunggangan dari jadi babi tunggangan umno

    ReplyDelete
  6. Sekali tue, gua ke Klompo bersekali dengan si terkiri ni dalam satu flite.
    Gue tanya kawan A gue, mamat terkiri ni nak ke mana?
    Kawan A gue tu bilang, mamat terkiri ni nak ke Ho Chi Minh City, utk bercuti beberapa hari.
    Kejap lps tu, masuk wsapp dlm hp gue, iklan mamat terkiri ni akan berkuliah maghrib di surau seberang terkiri.
    Gue rasa pelik... macam mana nak berkuliah maghrib sedangkan dia dah berada di HCM City pada waktu maghrib?
    Gue tanya kawan B pulak, ada ke kuliah maghrib malam tu?
    Kawan B gue ni confirmed, memang takde kuliah. Habis, alasan apa yang diberi?
    Kawan B gue bilang, dan dihebohkan di surau tu, terkiri ketinggalan flite utk balik ke K.Trg.

    Baru la anggapan gue selama ni memang bener dan betul, terkiri ni memang kaki kencing anak kariah dia!!

    ReplyDelete