Saturday, August 19, 2017

Hah guano pulook.......tok rasa loyo ko nok jilat ludah sendiri?

Pemuda Pas cadang buka pintu rundingan
SITI FATIHAH AWANG 18 OGOS 2017
Ahmad Fadhli Shaari

KOTA BHARU - Susulan tindakan PKR mengekalkan lantikan politik di Kelantan, Pemuda Pas mencadangkan pintu rundingan dengan PKR dan Bersatu boleh diwujudkan kembali.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, rundingan itu boleh berlaku dengan syarat ia tidak melibatkan DAP dan Amanah.

“Saya seacara peribadi mencadangkan (membuka) pintu rundingan dengan PKR dan Bersatu, syarat yang paling penting ialah tidak berkaitan dengan DAP dan Amanah. Saya optimis dengan perkara tersebut,” katanya.

Semalam, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir mengesahkan 67 lantikan politik PKR di Kelantan dikekalkan dalam satu tempoh yang tidak dinyatakan.

Aziz berkata, keputusan yang dibuat Mesyuarat Biro Politik Pusat itu berdasarkan alasan keperluan kerjasama parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang telah dinyatakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Fadhli yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pusat merakamkan tahniah kepada kepimpinan PKR negeri ini dalam mengekalkan lantikan politik mereka di Kelantan.

Katanya, tindakan itu melambangkan kematangan parti itu dalam membuat keputusan yang tepat untuk perjuangan menjelang PRU14.

“Keputusan itu juga bagi menghormati hak pengundi iaitu rakyat Kelantan yang memberi amanah kepada PKR pada PRU13 sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, keputusan itu juga membuktikan yang PKR tidak menjadi ‘pak turut’ kepada parti-parti lain dalam Pakatan Harapan yang sudah pastinya menekan mereka dalam isu tersebut.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, malah ia membuktikan PKR mempunyai harga diri dalam mengekalkan pendirian mereka berhubung isu tersebut.

Mengulas mengenai program-program yang akan diadakan bersama antara PKR dan Pas negeri selepas ini, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya akan meneruskan segala perancangan yang telah dibuat termasuklah yang melibatkan PKR negeri ini.

“Buat masa sekarang kita tidak mempunyai apa-apa halangan dengan PKR, kecuali dengan DAP dan Amanah,” katanya.

Lantikan politik PKR Kelantan melibatkan Penyelia Dun, Penyelia Parlimen, Anak syarikat GLC, Penghulu dan Ahli Majlis.

2 comments:

  1. Abe
    Puak2 ni meme tak brapo boleh paka mano?
    Ustaz konon sapa abih balak nyo rangos.
    Terlalu fanatik nge hadi awe ni bokali tokey pil kudo tu laaa..
    Mulut puak2 ni gak tak dop kijoan lain cara nak kafir kokre
    Terlalu fanatik la abe
    Ketua pemuda ni pon lebih kure jahnyo nge boss2 dio
    Kencing pon cabe lagi

    ReplyDelete
  2. Dah sah now fadli shaari ketua pemuda otak juboq. Sorong tarik kluk klek. Dio ingat ni kerja main2 ko. Serupo dari murshitul presideng sapa bawah. Kluk klek. Otak duk pikir fulus. Maruah tolak tepi. Mcm pelacor rm20. Hahaha

    ReplyDelete