Sunday, August 6, 2017

Benar dan betul ker ni: Alkisah Olarmok As-Syeikh Dr Toha Al-Jailani

Sabtu, 5 Ogos 2017
Al-Habib As-Syeikh Dr Toha Al-Jailani Al - Bahagian 1
Doa dalam bahasa arab kalau tak betul pun bukan orang tahu...
Amin..amin..amin.. - Datin Seri Rosmah

Sebenarnya isu seorang warga arab yang mengaku sebagai seorang Ulama dan berketurunan Nabi yang telah melakukan berpuluh-puluh ganguan seksual dan jenayah bukanlah satu perkara yang pelik kerana sudah menjadi resam orang melayu Islam di malaysia ini sangat mudah terpegun dengan watak dan percakapan agama.

Bagi kebanyakan masyarakat melayu, seorang Ulama bagi mereka tidak perlu di selidik latar belakang pendidikannya tetapi cukuplah jika seorang itu berpakaian jubah atau serban dan ianya sudah di anggap sebagai seorang ulama bagi mereka.

Sebagai contoh Norazli Musa yang mendapat keputusan peperiksaan yang sangat teruk di sebuah universiti yang tidak di iktiraf oleh kerajaan Malaysia juga di anggap sebagai ulama malah dia mengaku bahawa dirinya adalah seorang pakar hadis.

Ulama bagi masyarakat melayu ialah bukan daripada ilmunya tetapi daripada pakaiannya walaupun yang mereka kata sebagai ulama tersebut tidak boleh membaca kitab kitab yang di tulis dalam bahasa arab seperti Naib Presiden Pas Idris Ahmad.

Makanya apa yang hendak di pelik bila seorang arab yang menjadi isu panas sehari dua ini di angkat menjadi seorang ulama malah dengan mudah di beri taraf kerakyatan oleh kerajaan Malaysia.
Kad Pengenalan Penduduk Tetap yang katanya hasil daripada rekemen oleh pemimpin tertinggi kerajaan.

Beliau di katakan mempunyai hubungan baik dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin tertinggi politik termasuk daripada parti parti pembangkang.
Ali Rostam terpegun dengan kewarakan Al Olamak
Dato Seri Anwar juga salah seorang pemimpin parti pembangkang yang terpegun dengan ke Olamakannya
Bukan mudah untuk melepasi pengawal peribadi Perdana Menteri menghampiri meja VVIP tetapi oleh kerana perwatakannya sebagai seorang Olamak maka mana mungkin bisa mendatangkan bahaya kepada pemimpin tertinggi Malaysia ini. 
Di katakan Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi Awang menjadi gelisah semasa Olamak ini menyampaikan syarahannya dalam satu perhimpunan Pas di kelantan keran 2 orang tokoh Pas ini faham apa yang di cakap oleh Olamak ini tidak betul tapi pengikut Pas yang tak faham bahasa Arab bertakbir...
Berbeza pakaian tapi sama perangai.
Dato Zahid Hamidi di katakan mempunyai hubungan rapat dengan Al Olamak ini kerana terpedaya dengan perwatakannya.
- sumber

sambungan

Sabtu, 5 Ogos 2017
DATO ZAHID HAMIDI DI KAITKAN DENGAN AL OLAMAK SYIEKH AL TOHA. - Bahagian 2
Kes kejahatan Al Olamak Syiekh Al Toha Al Jalani ini sebenarnya bukanlah baru berlaku sehari dua ini apabila di hebohkan di dalam media facebook oleh waris mangsa tetapi perbuatan terkutuknya mempergunakan agama untuk mencari kesenangan dan wanita telah lama berlaku.

Menurut seorang penguna akaun FB yang bernama  Nur Hadi Mohamad Al Olamak ini di bawa masuk ke sebuah pusat pengajian Islam Darul Quran Jakim oleh Datuk Zahid Hamidi untuk di jadikan pensyarah dengan kemudahan pengidapan dan gaji.

"Setakat yang aku faham si Pak Arab Toha gila seks ni khabarnya Zahid Hamidi yg masukkan dia ke Darul Quran JAKIM utk jadi pensyarah. Siap bagi kuarters kat musibat ni."

Dia mengajar memang merapu habis. Ajar bahasa arab pun merapu. Jadi imam bacaan pun ke laut. Selalu conquer mimbar kat masjid DQ tu. Kalau boleh tiap2 malam dia nak bg ceramah. Kalau dia jadi imam ramai student yg pakat mufaraqah je. Bila dia bg ceramah pun ramai takmau dengar. Yg student jenis taksub bodo ada yg pegi tuntut ilmu kat rumah dia. Yg lg bangang sanggup jd balaci dia buatkan artikel siap translate dalam bahasa melayu."

"Dia dulu claim ada bela jin la, ada qarin la, boleh terbang la. Kitorang dulu kt DQ selalu menganjing panggil dia Toha Ekspress. Kalau kawan2 yg nak balik kampung jauh suruh naik dgn dia terbang. Kakakakaka"

"Dulu aku syak musibat ni bomoh Arab. Entah apa jampi dia sembur kat menteri-menteri sampai pentadbiran Darul Quran dulu tak boleh nak ambil tindakan pada dia walaupun dah ada laporan yg Toha ni buat gangguan seksual pada pelajar perempuan Darul Quran."

"Hantar la babi ni balik negara dia Zahid Hamidi woi!!!!!!!!"

Dalam satu status yang lain  Nur Hadi Mohamad menulis "Aku rasa dah sampai masa misteri kewujudan Pak Arab Toha gila seks di Malaysia dirungkai satu persatu terutama pada peringkat awal penempatan musibat ni di Darul Quran sebagai 'PENSYARAH'."

"Kena dapatkan maklumat daripada Pengarah Darul Quran JAKIM (tak pasti pada masa tu Che Ibrahim Che Man atau Hj Paimuzi Yahya). Betul atau tidak Zahid Hamidi yg beri arahan untuk menjadikan si setan ni sebagai pensyarah. Malah pak arab gila seks ni seakan-akan kebal dari sebarang tindakan sekalipun telah banyak aduan sama ada dari pelajar mahupun pensyarah termasuklah aduan gangguan seksual."

"Pelik juga. Polis Malaysia katanya antara yg paling cekap mencegah jenayah dan keganasan. Berapa ribu orang kena tahan di bawah akta POCA dan POTA. Tapi pak arab gila seks macam ni boleh dibiarkan bebas merata negara."

"Zahid Hamidi, kau tunggu soalan dari wartawan."

Bersambung...

Di Terbitkan oleh ABU NAWAS II at 7:38:00 PTG 

2 comments:

  1. I'm really enjoying the design and layout of your website.
    It's a very easy on the eyes which makes it much more pleasant for me to come here and visit more often. Did you hire out a developer to create your theme?
    Excellent work!

    ReplyDelete
  2. harap majlis agama Islam seluruh malaysia siasat ustaz jamil hussain qasturi sebelum terlambat dan parah.

    ReplyDelete