Sunday, July 16, 2017

'Juara' hujah bodoh dan ayat kampung di DUN Kelantan

Begitu Hinakah Islam Yang Dibawa Oleh PAS?
Posted on Saturday, July 15 @ 00:04:53 MYT by paktam
Oleh ramziredang

"Sungguh memalukan bila memerhati perjalanan sidang dewan undangan negeri kelantan. Dewan yang dianggap sangat mulia telah direndahtaraf selayak perbincangan kedai kopi. Penuh dengan sindir, sarat dengan perli, cemuhan bertukar ganti dan mengutuk lawan parti tanpa mengangkat isu sebenar yang dibawa di dalam dewan.

Ia seolah olah menyerlahkan kebodohan speaker sendiri tentang tatacara dan adab sidang dewan yang memang melarang keras kata kesat, perli memperli dan sindiran peribadi.

Saya boleh bagi gelaran juara kepada YB zulkifli mamat, juara bagi hujah hujah bodoh dan ayat ayat kampung yang langsung tidak menggambarkan dia layak sebagai wakil rakyat.

BEGITU HINAKAH ISLAM YANG DIBAWA OLEH PAS?

Selama ini ramai penganut PAS menegaskan bahawa Husam Musa adalah seorang yang kuat fitnah, banyak merekacipta isu dan hanya bercakap besar tanpa ada fakta. Tetapi sangat hairan, para penganut PAS dari kalangan ahli dewan undangan negeri, tidak mengambil peluang besar untuk memalukan Husam.

Sepatutnya itulah peluang supaya Husam malu. Itulah masanya segala tembelang husam akan terdedah. Pada masa itulah peluru emas patut ditembak terhadap "hujah hujah palsu husam". Dedahkanlah hujah yang mana satu fitnah. Yang mana satu yang dibawa husam adalah tidak betul. Fakta yang mana satu husam menipu. Kenapa tidak didedahkan.

Malah ia seolah menjadi seperti benang yang semakin kusut. Saban hari semakin banyak isu yang dibawa husam tidak terjawab, atau diabaikan untuk dijawab. Berbagai solan telah husam kemukakan 

Tetapi aneh, segala soalan yang diajukan oleh husam sebanyak berbelas soalan, hanya dijawab dengan sindiran jamnapari,depu, "saya mengaji dengan dia" dan macam macam hujah bodoh yang langsung tidak berkaitan dengan soalan yang dikemukankan.

Aneh juga bila ahli dewan undangan negeri dari kuala balah dari parti BN, bangun mengegur supaya zulkfili mamat berhujah dengan fakta dan kurangkan sindir dan perli. Tersembur kata kata mulia dari kuala balah, "sungguh pun dato husam tidak pernah menjadi naib presiden saya, tetapi saya tetap hormat dato husam"

Sekali lagi zulkili mamat menonjolkan kebodohan berganda bila teguran kuala balah, disindir lagi supaya kerajaan mengubah nama 'kuala balah'

Masya Allah subhanallah. Tidakkah Allah swt telah menunjukkan satu sindiiran tajam di situ? Penganut PAS yang konon mengaku muliakan Islam berperangai hina, BN yang dituduh anti Islam selama ini pula yang menegur...!!????

2. Begitu hinakah Islam yang dibawa oleh PAS?

Kes 1MDB adalah satu kes yang terbesar dalam sejarah peradaban moden. Ia tentang kecurian wang negara dalam skala yang sangat besar. Pengaliran wang dari 1MDB juga mengalir ke banyak negara. Seperti perancis, amerika, singapura, hong kong, cyprus dan banyak lagi negara.

Penyelewengan ini dapat difahami, disedari dan ditafsir dengan sangat ringkas dan tidak memerlukan kecerdikan tinggi. Ia tidak memerlukan bacaan IQ lebih dari 145 untuk merumuskan bahawa 1MDB telah hangus dibawa lari oleh penyangak matawang. Sangat ringkas bagi sesiapa dapat memahaminya sangat mudah. Budak sekolah menengah yang masih tingkatan satu pun boleh faham tentang penyelewengannya.

Tetapi MAHAAJAIB, lebai lebai, alim alim, para lepasan al azhar, pakistan, india, mekah jordan dan lainnya, yang dari kalangan penganut PAS, tidak memahaminya.

Mereka dangkal dan bodoh untuk menilainya sebagai satu penyelewengan. Mereka lebih memilih untuk menggembar gemburkan kononnya jangan jemput campurtangan asing ke dalam negara kita. BALA apalah ini yang di bawa oleh penganut PAS?

Begitu hinakah Islam yang dibawa oleh PAS hinggakan isu penyelewengan ini tidak dapat di selesaikan dalam Islam? Jelas sekali penganut PAS telah membawa imej yang sangat hina terhadap Islam. Kononnya Islam tidak ada cara untuk disesuaikan dengan penyelewengan 1MDB.

Sekadar berkata, "PERLU DISELESAIKAN CARA AL QURAN", ianya masih tergantung. Kalau pun perlu selesaikan cara alquran, maka kenapa terlalu pasif?

Penganut PAS tidak mengambil peluang untuk menggambarkan kepada dunia, Islam menentang penyelewengan dari segenap bidang samada kecil atau besar, samada melalui digital atau fizikal, islam ada penyelesaiannya.

Sikap pasif penganut PAS sekarang umpama rumah orang kampung dimasuki pencuri, lalu mengadulah ia pada seorang alim, maka orang alim pun berkata: "selesailah ikut al quran" tanpa ada tindakan samada untuk kejar pencuri, tahan perangkap atau apa apa penyelesiaan

BEGITULAH HINANYA ISLAM YANG DIBAWA OLEH PAS, tiap yang dilakukannya atas nama islam telah membawa fitnah kepada islam itu sendiri...

Ya Allah Ya Latif, semoga aku tidak termasuk di kalangan mereka yang membawa fitnah kepada Islam dan berdusta atas nama Rasulullah saw ...nauzubillahhi minzalik

3 comments:

  1. Rumah sedang dimasuki pencuri, perlahan2 keluar rumah dan jumpa dengan seorang orang alim. Bertanya apakah tindakan yg perlu dilakukn..orang alim tu suruh selesaikn cara Al Quran.Tanpa diterangkan kaedahnya.. dan pencuri tu pula tidak di usahakn nak dikepong,kejar dan tangkap...Ni la PAS berangan2 je lebih. Ada masaalah didepan tidak sungguh2 mengatasinya tidak tahu masaalah yg mana perlu didahulukan utk diselesaikn..asyik bagi teori je bila ttg pelaksanaan PAS hancur..

    ReplyDelete
  2. mmg betul istilah "penganut pas"..kalau penganut islam akhlak mestilah islam

    ReplyDelete
  3. Bila Amerika siasat harta dibeli dgn duit disyakki dicuri dari 1MDB, dituduh mahu campurtangan hal negara, tapi bila Singapore, Swiss dan Luxemburg tutup bank2 dan penjarakan pegawai2 bank yg berurusan dgn 1MDB, buat pekak dan bisu pula...

    ReplyDelete