Wednesday, July 19, 2017

Apa nak jadi dengan puak-puak perempuan dalam PPBM ni?

Anina lapor polis selepas dituduh terima RM7 juta dari PM

  | July 18, 2017
Anina berkata tuduhan dari rakan parti itu berniat jahat dan bertujuan untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai ahli politik.
PETALING JAYA: Anina Saadudin hari ini menepis tuduhan Setiausaha PPBM Bahagian Langkawi Puteri Fataharyati Harun yang mendakwa beliau menerima wang sebanyak RM7 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kembali menyertai Umno.
Ahli majlis pimpinan tertinggi PPBM berkata, tuduhan rakan parti itu berniat jahat dan bertujuan untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai ahli politik.
“Saya tidak akan membiarkan diri saya menjadi mangsa fitnah dan sumpah seranah ahli PPBM sendiri terhadap diri saya. Sudah sampai masanya saya membuka mulut dan bersuara untuk membela diri sendiri,” katanya kepada FMT sambil menafikan dakwaan beliau menerima wang tersebut daripada perdana menteri.
Bagi membuktikan tuduhan Fataharyati tidak benar, 1 laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Baru Bangi pagi tadi supaya pihak berkuasa menyiasat tuduhan itu.
Katanya, laporan polis itu merujuk kepada kenyataan terbuka yang dibuat Fataharyati menerusi di Facebook 31 Mei lalu.
“Dengan segala hormatnya, dia pun melompat ke Umno dengan mas kahwinnya RM7,000,000. #SayaFahamAndaTerdesak #SatuSatunyaWanitaLangkawiyangDesperate #SebabTuAkuLoyaBilaHangKataHangSayangTun #Phui.
“Terdesak boleh faham la, nak kena bayar lawyer kan, dia saman bukan calang orang, dia saman Najib kot,” tambah Fataharyati, merujuk kepada tindakan undang-undang yang pernah dibuat Anina terhadap Najib.
Anina tahun lepas memfailkan tindakan undang-undang terhadap Najib berhubung RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun bank peribadi.
Pada tahun yang sama, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib dari sebarang salahlaku berkaitan dakwaan sumbangan RM2.6 bilion itu.
Anina, yang juga pengasas bersama PPBM, menggesa Fataharyati melaporkan dakwaannya kepada lembaga disiplin PPBM ataupun Suruhanjaya Penccegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan bukannya membuat tuduhan secaran terbuka,.
“PPBM tidak sepatutnya menghalalkan perbuatan keji dan terkutuk seperti ini terhadap mana-mana pemimpin mahupun individu lain,” kata Anina.
“Saya sedih dan kecewa kerana tiada sebarang tindakan diambil oleh parti itu terhadap salah laku kepimpinan PPBM Langkawi ini.”
Anina turut menafikan tindakan Fataharyati itu disebabkan dendam lama antara mereka. “Saya dan dia tidak mempunyai sebarang masalah sebelum ini.”
Isu sebelumnya: 
Dia menjelaskan sangat khuatir dengan tindak tinduk presiden parti itu yang disifatkan boleh menjejaskan imej UMNO

No comments:

Post a Comment