Monday, June 19, 2017

Radar TUDM rakam penuh nahas Hawk 108

19 JUN 2017
TUDM

KEMAMAN - Radar pengesan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merakam penuh tragedi nahas pesawat Hawk 108 sehingga ke saat akhir ia terhempas, kata Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang

Beliau berkata, radar pengesan itu digunakan pada hari penerbangan pesawat Hawk pada Khamis lepas, sebelum nahas itu berlaku.

"Dari segi aspek penyiasatan, TUDM telah memperoleh bukti awal daripada radar pengesan dan masih terlalu awal untuk kami membuat kesimpulan dengan apa yang sebenarnya berlaku.

"Di lokasi nahas, TUDM berjaya menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat Hawk dan bahagian besar bangkai pesawat itu yang tidak tertimbus di kawasan paya," katanya pada sidang berita ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah di sini, hari ini.

Affendi berkata, selepas memperoleh komponen pesawat itu, TUDM membuat lakaran kasar untuk menentukan kemungkinan keadaan sebenar pesawat itu terhempas di kawasan berkenaan. - sumber

Berkaitan: 

Fokus cari kerusi lenting
KEMAMAN - Kerusi lenting pesawat menjadi fokus pencarian pasukan penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di lokasi pesawat pejuang Hawk 108 terhempas di Kampung Yak Yah, di sini, dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga semalam.

No comments:

Post a Comment