Saturday, June 10, 2017

Parah: Pegawai Pencegah Rasuah minta rasuah!

Pegawai SPRM dicekup minta rasuah
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI 10 JUN 2017
Pegawai polis memeriksa beg silang suspek ketika ditahan malam tadi.

GEORGETOWN - Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya (Zon Utara) ditahan polis selepas didakwa memeras ugut dan meminta rasuah daripada seorang pegawai polis dari kontinjen Pulau Pinang.

Suspek yang berasal dari Kuching, Sarawak itu dikatakan meminta wang sebanyak RM3,000 daripada pegawai polis berkenaan di sebuah restoran di Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini malam tadi.

Suspek yang berusia 37 tahun dan sudah berkahwin itu berjaya dicekup   sepasukan polis dari bahagian Kongsi Gelap, Judi & Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah kira-kira jam 10.20 malam.

Difahamkan, suspek melakukan jenayah berkenaan sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abd Hamid berkata, suspek didakwa memeras ugut dengan maklumat SPRM untuk mendapatkan wang daripada pegawai polis terutamanya dari bahagian D7 tersebut.

Menurutnya, suspek sering menghubungi pegawai polis terbabit bagi mendapatkan wang tersebut kononnya bagi mengelak ditahan SPRM berikutan mangsa bertanggungjawab membuat laporan perkembangan aktiviti perjudian haram.

"Dijangka suspek akan mendapat perintah reman pagi ini di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pagi ini," katanya.

1 comment:

  1. gampang punya cerita lagi mari
    nila yang dikatakan insan yang dah rosak
    ada penjawat awam yang tak boleh dipecayai lagi
    negara hilang barokah

    ReplyDelete