Wednesday, June 14, 2017

Khalid pulak terbabit? Dan kenyataan jawapan Khalid

WEDNESDAY, JUNE 14, 2017
Khalid Digesa berundur daripada jawatannya sementara siasatan sedang dijalankan.
Hari ini dilaporkan, Khalid Abu Bakar mengakui Gopinathan Krishnan sebagai kenalan keluarga, iaitu orang yang diarah mengutip jutaan wang perlindungan dari  tauke-tauke judi dan pelacuran untuk di agihkan kepada anggota-anggota polis yang terlibat.

Dalam pengakuannya, Gopi mendakwa pegawai tinggi polis di Bukit Aman telah menggunakannya sebagai orang tengah untuk menguruskan kutipan bayaran daripada operasi judi dan pelacuran di Melaka.

Dalam sidang akhbar hari ini, Khalid Abu Bakar berkata, beliau dan ahli keluarganya semuanya mengenali manusia, yang dinamakan Gopinathan Krishnan dalam satu laporan oleh Sarawak Report, tetapi berkata bahawa dia tidak akan bersekongkol dengan mana-mana penjenayah beroperasi aktiviti haram.
Sememangnya Khalid tidak ada pilihan lain selain terpaksa mengakuinya setelah beberapa bukti yang jelas turut dikemukakan oleh laporan Sarawak Report mengenai hubungannya dengan Gopi.

Gopi kerap mengadakan hubungan bualan telepon dengan kesemua pegawai-pegawai polis yang paling kanan yang kini mereka semua telah mengambil cuti sementara perkara itu sedang disiasat.  

Dengan pengakuan Khalid itu, maka beliau digesa  menarik diri daripada mana-mana penyiasatan dan berundur daripada jawatannya sementara siasatan sedang dijalankan. 

Sekadar kata-kata dan pengakuan bahawa "dia tidak akan bersekongkol dengan mana-mana penjenayah beroperasi aktiviti haram"  adalah tidak memadai. Khalid mesti dilihat lebih berintegriti dan telus dalam membersihkan namanya dan juga membaik pulih nama  Polis Diraja Malaysia yang kini semakin tercemar.

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:53 pm

Dan ini jawapan Khalid:

Khalid: Sanjeevan pernah hubungi saya, hinggalah...
Ketua Polis Negara berkata Datuk R Sri Sanjeevan adalah rakannya suatu ketika dulu.

Malah kata Tan Sri Khalid Abu Bakar, Sanjeevan pernah menghubunginya sehinggalah keadaan berubah apabila polis mengambil tindakan ke atas pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) itu.

"Ia sama dengan Sanjeevan. Saya mengenali beliau dan dia pernah menghubungi saya.

"Tetapi selepas mengetahui (dakwaan) aktiviti haramnya kami mengambil tindakan ke atasnya.

"Beliau kini bermusuhan dengan saya, dan membuat pelbagai dakwaan," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata demikian semasa mengulas laporan Sarawak Report mengenai penahanan seorang suspek utama kes rasuah dan perlindungan judi tanpa lesen serta rumah urut di Melaka.

Khalid mengakui suspek utama terbabit adalah kenalannya.

Menurut Sarawak Report suspek berkenaan, Gopinathan Krishnan, 50, pernah berhubung terus dengannya menerusi telefon.
Kata Khalid, selain Gopinathan beliau juga mengenali Sanjeevan.

Menurut Khalid, ketika menghadiri pelbagai majlis atau mesyuarat beliau bertemu dengan pelbagai orang dan sesetengah mereka menyatakan minat membantu polis memerangi jenayah.

"Jadi kami bertukar-tukar nombor telefon dan berhubung. Dalam sesetengah kes orang ini ada niat tersembunyi dan menyalahgunakan nama saya untuk kepentingan peribadi.

"Kecuali dibuktikan saya mendapat faedah daripada aktiviti haram mereka - sama ada dalam bentuk wang atau sebagainya - tak ada apa yang perlu saya jelaskan," katanya.

Namun Khalid mengakui timbul isu persepsi ekoran hubungan beliau dengan orang tertentu itu.

"Tetapi persepsi tidak menyebabkan seseorang itu bersalah. Mari kita lihat jika penyiasat boleh kaitkan saya dengan apa-apa," katanya.

Pada 25 April lalu Mahkamah Majistret Kajang membebaskan Sanjeevan daripada tuduhan pemerasan.

Pada 27 Oktober tahun lalu pula Sanjeevan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan membuat kenyataan menghina Khalid di Facebooknya.


Sanjeevan juga - pada 25 Ogos 2016 - mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mengelirukan seorang pengarah syarikat berhubung kelayakan akademiknya. - mk

2 comments:

  1. sapa yang terlibat ngan matgopi ni mesti dihukum
    jangan dibiar lagi ramai penjawat awam bersekongkol ngan penjinayah
    pangkat tinggi rendah bukan alasan

    ReplyDelete
  2. Woi PADUKANG, takde sapa sapa pun tanya pasal Sanjevan. Yang pasti Sanjevan tu bagi kepercayaan pada salah orang. Berkenaan pihak yang cuba membunuh beliau tu sampai sekarang pun kau tak dapat cari. Apa punya haprak la kau ni PADUKANG? Tuuuih!

    ReplyDelete