Monday, June 19, 2017

DoJ menghina pasukan penyiasat kita?

Apakah pihak berkuasa kita tidak dapat menyaingi DoJ?
Posted on Sunday, June 18 @ 12:33:44 MYT by paktam
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

SEKALI lagi, maruah pimpinan negara terutamanya BN dan pihak berkuasa Malaysia yang menyiasat isu 1MDB ditampar oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) di hadapan seluruh dunia.

Sampai bilakah nama Malaysia perlu dimalukan sebegitu rupa kerana 1MDB? 1MDB telah menjejaskan nama baik negara.

Persoalan lebih utama ialah apakah pihak berkuasa Malaysia sebegitu lemah dan tidak menyaingi DoJ?

Mengapa DoJ dapat menyiasat dan membongkar pengaliran tunai 1MDB dengan sebegitu teliti manakala siasatan 1MDB di dalam negara pula tidak menampakkan apa-apa hasil?

Sehingga kini, siasatan polis terhadap 1MDB masih tidak siap-siap. Siasatan yang dilakukan Ketua Audit Negara yang diserta bersama kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pula diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Peguam Negara kita pula bertindak seolah-olah beliau ialah peguambela individu dan bukannya negara. SPRM pula masih berdiam diri di dalam isu 1MDB. Dan Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim pula telah menutup kes terhadap 1MDB.

PAS percaya sebenarnya pasukan penyiasatan Malaysia jauh lebih berkemampuan daripada DoJ.

Pasukan polis negara umpamanya yang kerjanya sebegitu cemerlang dalam mengesan aktiviti kehadiran para pengganas sudah tentunya mampu mengendalikan kes 1MDB.

SPRM yang begitu rancak mengesan kegiatan rasuah antara penjawat awam walau kecil jumlahnya sudah pasti dapat membongkar segala yang berlaku di dalam 1MDB. Begitu juga dengan kemampuan Ketua Audit Negara dan Gabenor Bank Negara yang sudah diperakui ramai.

Keempat-empat pasukan ini semestinya lebih mampu daripada DoJ, tapi malangnya mereka kini terpaksa mengharungi penghinaan demi penghinaan oleh DoJ kerana mereka sedang berhadapan halangan-halangan yang tidak boleh disebut.

PAS berdoa agar pihak berkuasa tempatan diberikan keberanian untuk membongkar isu 1MDB. Cukuplah hidup dalam keadaan tangan dan kaki digari dan mata sekadar dapat terbeliak membiarkan kemungkaran yang besar berlalu manakala telinga terpaksa mendengar arahan untuk mengendalikan kemungkaran yang kecil.

Kita perlu lebih cekap dan berupaya bertindak sendiri untuk mengelakkan sebarang campurtangan Amerika. Tapi apabila kita sendiri melengah-lengahkan siasatan, maka ruang campurtangan itu terbuka luas.

Walaupun kes DoJ masih di peringkat tuduhan, nasibnya kini bergantung pada kesetiaan Jho Low. Jika DoJ menawarkan satu jalan keluar untuk Jho Low dengan syarat beliau membongkar siapa di belakangnya, kemungkinan besar Jho Low akan mengambilnya dan ketika itu, segalanya akan terungkai.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS

6 comments:

  1. Jho Low mungkin telah disimenkan dalam tong drum, atau telah selamat diC4kan atau telah dihumbankan di tengah Laut China Selatan atau telah dikrematireumkan ala-ala Sosilawati atau telah dihidangkan kepada Rottweiler atau entah apa lagi kaedah yang ada, hanya boleh berlaku di Malaysia! Sekejam-kejam Israel laknat itu pun, kejamnya tidaklah sampai menC4kan mayat.

    ReplyDelete
  2. Brahim anak Man punya peranan hanyalah sebagai ejen propaganda PASIK politik natang agar kelihatan PRO rakyat dengan harapan akan mendapat undi dari rakyat yang keliru dengan wayang beliau sedangkan pada hakikatnya beliau sekelompok dengan dengan Adi Bawang yang menang pemilihan dengan berkomplot melalui undi CAI. Tak gitu Brahim? Kami semua tak lupa dan sengih aje nengok ko punya wayang.. kah kah kah..

    ReplyDelete
  3. Lakunan dari penjilat hadi mulut cabul
    Parti amanat sesat menjual agama utk politik

    ReplyDelete
  4. Lebai no2 parti cuma mampu berdoa je?
    Lemah betoi la pemikiran dia.
    Lebai, nak cakap sikitb pada hang ni... doa saja tak ke mana bro!!! Mesti ada tindakan yang sewajarnya.
    Macam hang berdoa utk perkemaskan parti hang la, tapi tindakan geng-geng hang tu negatif, hang fikiaq Allaah nak makbulkan ke?

    ReplyDelete
  5. Tu sebab dari awal lg pakatan telah menhebahkan perkara ni..tp Paspispus boleh pulak berkawan dgn umnongok, sedondon bagai, langsung tak komen 1Mdb, tu sebab rakyat tak percayakan parti Pas ni. PARTI YG TAK MEPUNYAI PENDIRIAN, Ugama entah kemana, sembang kencang walhal mereka adalah pemakan dedak politik.. kita doakan hancur lah parti pashadi ni sebelum pru14..

    ReplyDelete
  6. Tuan itik tuan mangkok. Alahai. Dio ni duk tunggu sabda hj hadi awe butir tahik umno. Minda lemah otak udang.

    ReplyDelete