Monday, May 8, 2017

Apa-apa pun kerana survival politik dan kesinambungan kuasa jua

Kerjasama UMNO-Pas fokus perjuangan Islam - Hishammuddin
Wan Syamsul AmlyAstro Awani |  Mei 08, 2017 16:38 MYT
Kerjasama UMNO-Pas fokus perjuangan Islam - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Kerjasama UMNO dan Pas membuktikan kematangan kedua-dua parti terutama dalam fokus perjuangan Islam. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerjasama UMNO dan Pas membuktikan kematangan kedua-dua parti terutama dalam fokus perjuangan Islam.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia sekali gus dalam agenda Islam yang lebih besar dalam landskap politik negara.

"Saya tengok ada kematangan. Ini adalah perubahan dalam landskap politik, kita hendak berpolitik pun mesti ada had dan batasan.

"Kalau hendak kerusi untuk menjatuhkan kerajaan, bagaimana pula dengan perjuangan kita untuk umat Islam dunia?

"Jadi, kalau hubungan dengan Pas adalah detik atau perkara yang boleh dikongsi untuk agenda lebih besar, untuk ummah dan Islam serta imej Malaysia kepada dunia, siapa boleh salahkan kita," katanya semasa sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

BACA: Kerjasama UMNO-Pas perkukuh perpaduan orang Melayu - Mustapa


TONTON: 
Kerjasama politik UMNO-Pas ditentukan akar umbi, bukan kepimpinan


Sebelum ini, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed menjelaskan, perpaduan dalam kalangan orang Melayu ketika ini bertambah kukuh menerusi kerjasama tidak formal yang terjalin antara UMNO dan Pas.

Tegasnya, anggota Pas kini semakin bersikap lunak terhadap UMNO apabila tidak lagi memainkan isu kafir-mengkafir dan pulau-memulau antara penyokong sehingga menyebabkan pergeseran dalam masyarakat.

Dalam pada itu kata Hishammuddin, ada pihak mungkin tidak senang dengan pertimbangan politik UMNO dan Pas akhir-akhir ini.

"Kerana itu, ada yang cuba menggembar-gemburkan serta mengeruhkan keadaan.

"Kalau kita ikhlas, ia akan melebihi pertimbangan politik semasa. Akhirnya orang akan melihat apa yang kita buat ini adalah agenda berkaitan agama.

"Ia mengenai kedudukan Islam di rantau kita di peringkat dunia, jadi tidak ada sebab kita tidak boleh cari jambatan untuk bekerjasama," ujarnya.

Hishammuddin sebelum ini dilaporkan berkata, keputusan sama ada UMNO perlu kerjasama politik dengan Pas hanya ditentukan akar umbi parti.

Jelasnya, perkara itu bukan tertakluk kepada keputusan kepimpinan selain UMNO dan Pas sememangnya sudah ada kerjasama membabitkan Islam dan kepentingan ummah.

* Sebelum ini PAS jual agama, sekarang mereka dah berkongsi daa......
Amanat Banggol Peradong bila nak tarik balik?

1 comment:

  1. Semasa pembentangan RUU355 itu hari, kenapa UMNO tidak bersikap tegas dengan parti komponen BN? Ini semua adalah wayang UMNO, hanya Wan Rosli dan para walaunta yang bodoh semacam unta itu saja yang boleh percaya dengan helah UMNO itu.

    ReplyDelete