Wednesday, March 29, 2017

Hah tu diaa........terhutang budi, gadai body!

Suami lapor isteri bersama lelaki lain di hotel
RUBIAH OMAR - 26 MAC 2017
Suami lapor isteri bersama lelaki lain di hotel Lelaki itu sedang disoal siasat penguat kuasa selepas ditahan bersama seorang wanita di dalam sebuah bilik hotel di Kuala Nerus, Selasa lalu

KUALA TERENGGANU - Mengakui terhutang budi kerana teman lelakinya sering membantu dari segi kewangan untuk memajukan perniagaan, seorang wanita ‘terlupa’ dirinya berstatus isteri sehingga sanggup menjalin cinta dengan lelaki berlainan bangsa itu.

Hubungan sulit di antara wanita berusia 27 tahun itu bersama pasangannya terbongkar selepas bilik di sebuah hotel di Kuala Nerus yang disewa mereka diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 7.35 pagi, Selasa lalu.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dibuat susulan aduan daripada suami wanita tersebut yang membuat intipan sebelum memaklumkan kepada penguat kuasa.

Jelasnya, suami berusia 30-an itu mengambil keputusan membuat siasatan selepas curiga dengan perubahan sikap isterinya yang sering mengamuk setiap kali dia tidak mengizinkan untuk keluar dengan lelaki tersebut.

“Sebelum ini isterinya sering memberi alasan keluar bersama lelaki itu kerana urusan perniagaan, namun sejak kebelakangan ini, hubungan mereka dilihat agak ‘pelik’ di mata suaminya.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari si isteri akan keluar bersama lelaki itu, malah suaminya merasa hairan kerana isterinya kuat melawan dan akan mengamuk apabila tujuannya untuk keluar dengan lelaki tersebut dihalang,” katanya.

Wan Mohd berkata, perasaan curiga suaminya semakin membuak apabila melihat lelaki cina itu dengan selamba mengambil isterinya di hadapan rumah mereka dengan sebuah kereta, awal pagi, hari kejadian.

“Nekad untuk mengetahui status sebenar pasangan itu, lelaki tersebut mengambil keputusan mengekori kenderaan itu tanpa disedari pasangan terbabit sebelum kecewa apabila melihat  isterinya dengan selamba masuk ke dalam sebuah hotel dengan lelaki itu.

“Meskipun terlalu marah dan kecewa dengan sikap isterinya, lelaki itu tidak mahu bertindak sendiri kerana bimbang akan keselamatan dirinya sebelum mengambil keputusan menghubungi penguat kuasa,” katanya.

Kata Wan Mohd, semasa serbuan dilakukan, pasangan didapati bersekedudukan mereka dibawa ke pejabat JHEAT untuk disiasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Dalam masa sama, Wan Mohd meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan atau aktiviti tidak sihat di kawasan masing-masing dapat menyalurkan sebarang maklumat dengan menghubungi di talian 019-9512114, 019-9372114 atau 019-9132114.

* Pada aku dalam kes ni, siSuaminya pun jenis 'ngong' jugak!

3 comments:

  1. Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

    Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

    baru hukum sebat saja tak kan dah takut
    bukan hukum rejam pung

    ReplyDelete
  2. apa masalah hantar pi hospital periksa dah ada kesan berzina atau tidak pada alatan pasangan tu
    ynag kapir pun patut dihukum tak boleh lepas untuk menjaga maruah umat Islam
    sapa suruh berzina denagn ornag Islam
    mesti tegas berhukum bagi orang gerun

    ReplyDelete
  3. Ini yg kita nak debatkan tentang ruu355. Disebut bahawa hukuman ini dikenakan keatas umat Islam sahaja. Jd apabila terjadi kes2 begini maka terlepaslah si kapir itu dari sebatan yg mana kemungkinan hanya akan dikenakan denda sahaja. Maaf kalau tersalah pandang tentang fakta tersebut. Wallahua'alam...

    ReplyDelete