Tuesday, March 28, 2017

Bahas RUU 355: Catatan Dr Mujahid Yusof Rawa

BAHAS RUU 355

Catatan Oleh
Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia
25 March 2017

1. Belum lagi Rang Undang Persendirian dari Marang mendapat peluang bentang RUU 355, ahli parlimen AMANAH sudah berbahas dengan Menteri Hal Ehwal Agama JPM dalam sesi penggulungan pihak eksekutif.

2. Lazimnya Menteri akan respons pada perbahasan AP (Ahli Parlimen) terhadap titah YDPA yang akan menyentuh hampir semua isu negara. Antara yang disentuh ialah RUU 355 dan permasalahannya.

3. Kami AP sebagai pihak legaslatif sememang menunggu respons dari kabinet sebagai eksekutif untuk mencelah dan menegur jika perlu, isu-isu perundangan, dasar dan penyelewengan pihak kerajaan.

4. Adalah menjadi tanggungjawab AP untuk berbahas soal isu yang dibawa. Kami dari AMANAH memang menanti Menteri di JPM bahagian agama untuk respons sebagaimana tertera dalam senarai kementerian yang akan menggulung.

5. Ramai AP dari kalangan muslim dan non-muslim timbulkan isu RUU 355 semasa bahas titah ucapan YDPA termasuk AP dari PAS. Saya turut menimbulkannya dari sudut proses dan tingkahlaku pihak tertentu yang mensensasikan satu proses undang-undang biasa sehingga ramai yang telah 'dikafirkan' 'dimunafiqkan' dan 'diliberalkan'.

6. AP dari AMANAH telah bangun membahas termasuk seorang dari DAP dan seorang dari PKR. Dari AMANAH,  Parit Buntar, Sepang, Shah Alam dan Kuala Terengganu. Manakala dari DAP ialah Kelang (non muslim) dan dari PKR, Kuala Langat.

7. Isu kami tentang RUU 355 semua berligar tentang persoalan proses undang-undang, teknikaliti dan pandangan menyeluruh pemerkasaan mahkamah syariah dan bukan sahaja aspek meningkatkan hukuman. Malah AP Kelang dari DAP menyebut tentang perlunya jawatankuasa teknikal yang telah dijanjikan oleh Menteri sebelum RUU 355 dibawa bacaan ke dua oleh pihak Jemaah Menteri. Tidak ada pun unsur menolak apatah lagi membangkang.

8. Saya sendiri memohon penjelasan teknikaliti tatacara sebatan dan diperpanjangkan oleh Sepang tentang perlunya sebatan Islam itu dibuat untuk tontonan ramai sebagai pengajaran. Shah Alam menyebut tentang proses yang membelakangkan Majlis Raja-Raja yang sehingga kini tidak memberi apa apa persetujuan untuk dibawa ke Parlimen. Bil Persendirian Marang seolah mahu mengelak proses ini kerana ia tidak memerlukan persetujuan jika dibentang sebagai bil persendirian. Ini semua isu proses dan tak ada kena mengena dengan membantah atau menolak.

9. Saya membangkitkan soal keperluan membuat pertimbangan mana yang lebih utama seperti gaji hakim mahkamah syariah yang masih rendah, penguatkuasaan yang tidak mencukupi, tahap profesionalisma dll isu pentadbiran sedangkan RUU 355 hanya mementingkan peningkatan hukum. Apatah lagi penyelarasan mahkamah syariah yang tertakluk kepada kuasa negeri boleh sahaja menerima atau mengekalkan had hukuman yang lama tanpa menerima pindaan. Bukankah isu penyelarasan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu?

10. Apakah isu RUU 355 ini hanya tujuan politik? Sedangkan masalah sebenarnya mahkamah syariah ialah menumpukan pada memperbaiki pentadbiran yang lebih utama. Saya menekankan kepada hujah apabila ia disensasikan, perpecahan di bawah tidak dapat dikawal dengan kebencian dan 'fatwa-fatwa kecil' yang nemalukan masyarakat Islam dan bukan Islam dibuat atas menyokong RUU 355 tanpa memahami ianya isu proses perundangan.

11. Kesemua AP pembangkang yang berbahas tertumpu kepada pandangan menyeluruh tentang mahkamah syariah. AP dari PAS tidak kelihatan mencelah menteri samada mereka berpuas hati atau pun kelibat mereka tidak kelihatan di dewan semasa penggulungan tersebut. Saya tidak heran AP Melayu dari BN tidak bahas tetapi AP PAS langsung tidak bersuara amat memeranjatkan semua pihak termasuk yang hadir dalam himpunan ungu tempoh hari.

12. Lebih aneh menteri tidak membantah sebahagian pandangan kami malah akur sebahagian besar hujah kami. Nada kami sebagai ahli legaslatif adalah mementingkan piawaian perlembagaan, proses sepatutnya dan kaedah awlawiyat dalam memperkenalkan perundangan. Sebab itu menteri yang tertakluk kepada persetujuan dewan harus akur kepada teguran-teguran kami. Itulah fungsi legaslatif.

13. Samada Marang dapat bentang atau tidak bil persendiriannya bukan masalah kami kerana ia akan ditentukan oleh pihak kabinet yang akan memberi laluan untuk Speaker Dewan menjemput Marang.

14. Perlu difahami, laluan kepada Marang sebanyak 2 kali dibazirkan tanpa bahas, pastinya itu adalah arahan 'tertentu' kerana jika benar Marang menganggap RUU 355 penting pasti Marang akan menjelaskan kenapa ia mencadangkan demikian dalam butiran usulnya. Itupun mengambil kira Marang telah meminda sendiri usulnya ketika diberi peluang kali kedua walaupun tiada penghujahan dari Presiden PAS itu.

15. Saya yakin jika peluang berbahas diberikan dengan laluan Marang dalam RUU355 nya, kami akan bangkit dan berbahas sekali lagi atas piawaian ahli legaslatif dari sudut perlembagaan, proses dan keutamaan supaya isu perundangan tidak dipolitikkan apatah lagi atas nama bidangkuasa mahkamah syariah. Menjadikan isu perundangan untuk tujuan mencapai maksud politik tertentu dan dalam proses itu memburukkan perpaduan nasional dan menunggang agama, amatlah merosakkan fondasi negara ini yang mementingkan prinsip perlembagaan dan rukun negara.

16. Saya sempat membetulkan tanggapan menteri kononnya isu mahkamah syariah tak patut dipertikaikan kerana umat Islam tak pertikaikan solat, puasa dan haji. Saya tidak setuju, kerana mahkamah syariah adalah soal pentadbiran dan proses perundangan dan dalam bab siyasah syarieyah. Ia boleh mendapat pandangan berbagai dan boleh untuk setuju atau tidak setuju yang diizinkan syariat. Menteri diam tidak respons.

17. Catatan ini adalah sebagai bukti bahawa AMANAH mahukan proses perundangan termasuk RUU 355 berjalan tertib dan mengambilkira secara 'wholistic' institusi mahkamah syariah begitu juga memastikan kebebasan parlimen dari tunggangan politik. Parlimen adalah satu dari tiga cabang pemerintahan. Menjalankan tugas sebagai penggubal undang-undang di parlimen adalah tugas utama kami, sekurangnya kami memastikan eksekutif menjalankan tugas mereka dengan betul termasuk RUU 355

5 comments:

  1. Saya membangkitkan soal keperluan membuat pertimbangan mana yang lebih utama seperti gaji hakim mahkamah syariah yang masih rendah, penguatkuasaan yang tidak mencukupi

    sebelum isu 355 ni pasai pa tak sibuk pung
    hal ini

    penggubal hukum berugama islam konon tapi kaedah sebatan depan ornag ramai pun tak paham (tak kan buat buat tak paham)
    sifat ornag beriman tak kira apa pangkat pung kerjanya memudahkan keperluan untuk islam bukan senada denagan puak kapir
    kalau setakat nak menang pru bersuara lunak agar puak kapir suka dan bagi undi dalam pru
    bahaya peganagn macam ni

    Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang musyrik benci.

    islam tetap di atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anonymous,

      Aku dah naik menyampah dengan puak-puak lebai walaun ni. Kalau kau nak komen, kau dah baca ke betul2 dan fahamkan?

      Kau ni tak pernah baca hansard parlimen ke orang dah cakap pasal pemerkasaan mahkamah syariah dah bertahun???

      Kau tahu tak apa masalah RUU 355 yang nak kau nak cerita senada puak kafir bagai???

      Kau tahu tak RUU 355 bukan sama dengan hudud???

      Kau tahu tak RUU 355 terdedah kepada sebarang bentuk penyelewengan???

      Kau tahu tak kalau kau mempunyai pandangan yang betul selari dengan Al-Quran dan Sunnah serta pandangan ulama2 muktabar tetapi tak selari dengan pihak berkuasa kau boleh dikenakan hukuman penjara berpuluh tahun dan denda ratusan ribu???

      Sekarang kau nak cerita senada dengan puak kafir konon, ada ke puak2 kafir tu merobohkan masjid atau menyekat peruntukan untuk Islam atau membunuh dan merogol umat Islan???

      Presiden kau berpeluk dengan kafir syiah perogol dan pembunuh umat Islam serta pengebom masjid kau tak nak cakap ke senada dengan orang kafir dan musyrik???

      Otak kau taruk di mana???

      Delete
    2. Lupa, Islam letak di atas tapi kalau orang Islam tu bodoh letaknya hina di bawah!!!

      Delete
    3. En. Anonymous,

      Enakmen syariah Terengganu yang diluluskan di DUN dan digazetkan serta telah diperkenankan Sultan sejak zaman Hadi Marang kenapa tak buat???

      Adun PAS, Dr Syed Azman membawa usul tersebut kenapa PAS Terengganu halau dia keluar PAS???

      Perbuatan ni tak senada dengan kafir Syiah laknatullah ke???

      Memang patut Allah memperdaya pemimpin PAS dengan nama PIGS. Kali putar-belit agama!!!

      Putar-belit agama macam ni tak senada dengan kafir musyrik ke???

      Delete
    4. Betul bro Nobody. Yg berpeluk mesra dgn perogol pembunuh pun pengtaksub buat2 x nampak. Na'uzubillah... Kelam mata hati perut sungguh depa ni. Dulu masa ATGNA masih ada, xdak pulak puak2 ni nak bunyi pasai undi org kapir. Patutnya tiap2 Muslim tanamkan semangat dan ijtihad dalam diri supaya dapat menarik minat bukan Muslim terhadap Islam dan menambahkan bilangan umat Nabi Muhammad s.a.w. Bukan menjauhkan dan memusuhi mereka dengan Islam. Wallahua'alam...

      Delete