Saturday, March 18, 2017

Ape ke bende ni Hishamuddin, apa kelebihan kita?

Menteri Pertahanan amat tidak cerdik
Posted on Friday, March 17 @ 09:00:22 MYT by paktam
Topik Dipaparkan: Penulis Tamu
Oleh Subky Latif

JIKA media tidak salah lapor Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein diberitakan berkata, Malaysia ada kelebihan jika berperang dengan Korea Utara.

Cakap macam ini, sekalipun betul, tidak membantu sedikit pun usaha menyelesaikan perbalahan kedua negara berhubung dengan pembunuhan abang pemimpin Korea Utara di sini dan masalah sembilan orang warga kita yang tidak dibenarkan pulang dari Korea Utara.

Sekalipun pemimpin Malaysia berhempas pulas bagi meyakinkan orang Malaysia betapa orang kita di sana itu dikatakan tidak apa-apa dan ada kebebasan seperti biasa, tetapi semua melihat menteri-menteri itu cemas, apa lagilah keluarga orang yang tidak dapat pulang itu.

Banyak bersangka bahawa yang menjadikan ketegangan itu adalah ketidakcekapan Wisma Putra bermain diplomasi hingga rancangan mengosongkan kedutaan tak dapat dikosongkan. Moga-moga sangkaan itu sekadar persepsi.

Tetapi semuanya melihat Wisma Putra berhempas pulas untuk membawa pulang kesembilan mereka. Jika keadaan tidak cemas, apa perlunya mereka hendak dibawa pulang dan apa perlunya dua warga kita yang berkhidmat dengan Bangsa-Bangsa Bersatu terpaksa dipindah ke Beijing?

Sekarang kita sudah tingkatkan kerja diplomasi bagi membawa pulang petugas kita dulu dan hubungan diplomasi itu dipulihkan kemudian setelah isu pembunuhan itu selesai.

Tetapi ketika kerja penyelesaian itu berjalan tiba-tiba Menteri Pertahanan bercakap kononnya kita ada kelebihan jika berperang kerana kita ada ramai kawan di seluruh dunia.

Cakap seperti ini boleh menyusahkan perundingan diplomasi yang licin. Ia dilihat sebagai satu provokasi yang boleh menaikkan darah orang lain.

Boleh dikira ia bodoh tetapi yang diplomasinya ia bukan kenyataan cerdik. Apa perlunya kita bangkit soal perang dalam apa keadaan jua. Akui saja ia mencemaskan hubungan. Apa untungnya bagi tahu orang, kita ada ramai rakan di dunia. Sekalipun banyak negara membantu kita mengesan kapalterbang yang hilang, tetapi belum bijak menyatakan semua orang akan membantu kita apabila berperang dengan Korea Utara?

Singapura tak bagitahu, ia mudah pukul sesiapa yang berperang dengannya. Sekalipun Amerika getik dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad, tetapi hingga akhir ia tidak bantu pemberontak tumbangkan kerajaan Syria.

China boleh pukul Taiwan bila-bila masa tetapi ia pun takut berperang. Amerika itu perkasa tetapi ia pun takut berperang. Bush serang Iraq dan Afghanistan, tetapi sampai hari ini ia tidak tahu bagaimana hendak keluar daripada beban yang dihadapinya.

Betul Kuwait dibantu oleh sekutu NATO semasa diceroboh Saddam Hussein, tetapi banyak mana kecederaan yang ia hadapi dalam perang teluk, sedang kekayaan yang lebur kerana perang itu boleh digunakan bagi membantu umat Islam yang miskin di seluruh dunia.

Semua kuasa besar sekarang takut untuk berperang dengan Korea Utara. Ia ada macm-macam jenis nuklear. Jika perang tercetus, ia boleh tuju pelurunya ke mana ia suka. Jika ia berperang dengan kita. Dipercayainya dunia akan sokong kita, ia boleh tembak semua negara sebelum dunia tembak negeranya.

Ia ada pengalaman berperang dengan Amerika dalam Perang Korea dulu. Sampai sekarang tiada perjanjian tamat perang dengan Korea Selatan. Bayangkan payahnya kita ia naik angin dengan cakap Hishamudin yang tidak cerdik itu.

Mengapa orang yang tidak cerdik ini dijadikan menteri sepenting itu? Jangan sampai orang kata kerajaan yang menjadikannya menteri adalah kerajaan yang tidak cerdik!-H/Daily

3 comments:

  1. Tidak cerdik...bila masanya dia tu cerdik?

    ReplyDelete
  2. kelebihan sebab banyak kawang kawang
    perasang lebih
    kawang kawang tu pung bukan boleh harap
    semua nak makang kawang

    ReplyDelete
  3. Nanti bila perang nak guna duit banyak, tentu macam-macam cukai akan dikenakan dan ini sudah semestinya menambahkan lagi beban rakyat. Dalam masa yang sama, sebahagian wang itu sudah pastinya akan diselewengkan masuk ke poket puak-puak lanun UMNO tu.

    ReplyDelete