Saturday, February 25, 2017

Bila pencuri jerit 'pencuri', biarkan Polis saja yang siasat

Amanah Kelantan nafi berunding dengan Umno
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN - 22 FEBRUARI 2017
Wan Rahim Wan Abdullah

KOTA BHARU - Amanah Kelantan menafikan membuat perudingan sulit dengan Umno Kelantan sebagaimana dakwaan yang disebarkan di laman sosial.

Pengerusinya, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan, beliau tidak pernah mengadakan sebarang perundingan atau pertemuan dengam mana-mana pimpinan Umno Kelantan.

"Saya menegaskan tiada sebarang bentuk pertemuan dan perjumpaan sama di peringkat negeri atau bahagian bagi mengadakan sebarang bentuk kerjasama atau persefahaman, ini perkara yang sangat serius," katanya kepada Sinar Harian.

Melalui tulisan itu, kerjasama Amanah dengan Umno Kelantan itu dibuat bagi merampas penguasaan Kelantan daripada Pas.

Susulan itu dikatakan terdapat percanggahan dikalangan pimpinan Umno terhadap cadangan itu  selain turut menamakan beberapa ketua bahagian yang terlibat.

Dalam pada itu, Wan Rahim menyifatkan tulisan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan fitnah terhadap Amanah Kelantan.

Sehubungan dengan itu katanya, beliau akan membuat laporan polis esok dan menyerahkan kepda pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut

1 comment:

  1. Tak payah la buat laporan Polis.... biorkan saja keje-keje bodoh buat laporan polis tu kepada pemuda PAS. Lagi pun tak ada masa polis nak layan pembangkang ni.....

    ReplyDelete