Friday, January 13, 2017

Memang dah hilang arah: Gerakan pulak cuit isu agama.......di mana Jamal?

Pendidikan agama ancam perpaduan,ekstremis: Gerakan hilang arah
13 Januari 2017 | DALIA ISMAIL
Mohd Alif Anas Md Noor

Parti Gerakan semakin hilang arah apabila memainkan sentimen agama dengan kenyataan pemimpinnya sekolah agama ancaman kepada perpaduan kaum di negara ini, kata Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Setiausaha Agungnya Mohd Alif Anas Md Noor berkata  Gerakan sebagai sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN)  harus tampil memberikan penjelasan kepada umat Islam di negara ini khususnya yang mendapat pendidikan asas di sekolah agama hingga ke pusat pengajian tinggi awam negara.

"Di saat ketidaktentuan politik dan rakyat berpecah belah di tambah pula sentimen agama Islam yang di mainkan oleh Gerakan ini menunjukkan bahawa parti ini semakin hilang arah , tidak menghormati sistem pendidikan agama lain dan tiada lagi mempunyai semangat perpaduan kaum di Malaysia," ujarnya.

Justeru katanya, GPMS mendesak Gerakan untuk tampil  memberi penjelasan kepada orang Islam dan imam-imam yang dilahirkan dari sekolah aliran agama adalah pengganas dan menjejaskan keselamatan negara.

"GPMS amat memandang serius terhadap tuduhan tidak bermoral ini dan berpendirian Gerakan wajib menghormati hak agama Islam yang merupakan agama rasmi yang telak termaktub dalam perlembagaan dan di ketuai oleh YDP Agong," ujarnya  kepada Malaysia Dateline.

Semalam dalam sidang media di ibu pejabat parti itu, Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, dipetik berkata, sekolah agama adalah ancaman sebenar perpaduan di negara ini dan bukannya sekolah vernakular.

Dakwaan beliau berdasarkan rangka tindakan pendidikan kerajaan sendiri yang menyatakan sekolah agama yang dibiayai oleh kerajaan terdiri sepenuhnya daripada pelajar Bumiputera.

Beliau juga mendakwa sekolah agama mempunyai kecenderungan untuk menghasilkan mereka yang mempunyai fahaman ekstremis Islam.

1 comment:

  1. nilah akibatnay orang dulu dulu gagal ambil kira
    kehendak penjajah serah hak kat orang yang penjajah bawa masuk
    lani tengok apa jadi dah berani main tuduh tuduh
    biadap sungguh puak puak ni
    sebab tu sejarah jangan diubah biar depa tau asal usul depa kat negara ni dari mana
    memang dulu negara ni malayu punya
    ambo pernah tanya orang depa kalau ini negara dulu depa punya penjajah suruh bagi hak kerakyatan pada ornag yang dibawa masuk oleh penjajah depa bagi atau tidak???
    jawapanya tidak. mesti lawang itu penjajah sampai menang
    jika ada peluang cuba anda tanya depa tengok apa depa nak jawab... mula mula reaksi depa macam tegamam tak sangka soalan ni ditanya.
    dulu kalau kita tengok surat beranak pun naik semanagt sebab ditulis persekutuan tanah melayu
    tapi ada orang sanggup pi tukar nama bagi penjajah lagi suka
    lani cacamarba dah mula nak besar kapala
    sebab banyak sangat dibagi muka
    malang sungguh nasib kita

    ReplyDelete