Saturday, January 21, 2017

Ish Mamat ni: Berak sendiri pun tak terbasuh, ada hati nak komen punggung orang lain pulak!

Perjanjian PPBM, DAP sukar dilaksana, kata Pas
21 Januari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Iskandar Abdul Samad

Perjanjian antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP berhubung pembentukan kerajaan pasca pilihan raya umum ke-14 sukar dilaksanakan tanpa sokongan parti lain, kata Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad.

Beliau berkata, jika benar wujud perjanjian itu, ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan kerana pembentukan kerajaan memerlukan pembabitan dan persetujuan banyak pihak.

"Dalam suasana politik hari ini, tidak ada parti atau gagasan parti-parti yang dapat membentuk kerajaan secara bersendirian. Perlu ada kerjasama yang lebih luas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad menjanjikan jawatan timbalan perdana menteri kepada DAP sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14.

Mahathir bagaimanapun semalam menafikan dakwaan itu sebaliknya berkata media tertentu memutar-belitkan kata-kata beliau mengenai DAP kononnya meminta jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas perdana menteri itu menjelaskan perkara itu dalam pertemuan bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pagi semalam.

Sementara itu, Iskandar berkata Pas belum lagi membuat keputusan tentang bentuk kerjasama dengan PPBM.

"Pas hanya akan bekerjasama dengan pihak yang menghormati prinsip dan dasar Pas, juga pihak yang tidak mencampuri urusan dalaman Pas," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini Pas masih menjemput pimpinan PPBM, termasuk Presidennya,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ke program mereka.

* Dah perjanjian antara PPBM dan PH, peduli apa dengan parti lain sekiranya tanak kerjasama!

Yang aku nampak di PRU14 PAS Selangor akan lingkup

2 comments:

  1. As Salam Pak Din

    Saya tak faham sikap propa parti pak lebai ni. Bila ditegur kenapa pergi berjumpa geng Syiah yang sedang sembelih dan halau orang Sunni di Syria, dorang kata itu usaha utk nak satukan lslam.
    Tapi Pak Brahim Katak kata, betui ka? Kalau setakat nak glamer, alangkah malangnya tindakan wakil Marang ni. Tapi nampaknya gitulah jadinya. Cerita kat Allepo tu tak selesai, dah berbalah pulak dia dgn Presiden dan SU sedunia dia. Habis ungkit cerita yg buruk2 keluar. Alangkah malangnya...

    Tapi jika betul niat ke Teheran tu, naper kat Malaysia dia berkerat rotan dgn geng yg tak sebulu dengannya. Geng Oren tu bukannya orang lain, bekas kaum puak dia jugak. Kalau dengan bekas kaum puak pun tak boleh nak handle, tak yah ler cerita bab nak damai Sunni ngan Syiah. Buang karan jer. Betuilah aa Pak Brahim cakap. Malang sungguh..
    Mana-mana penyokong lebai yang suka bagi contoh kes Yaman tahun 2012, tak yah ler temberang. Tak ada dalam rekod mana-mana hatta kat Wisma Putra sekalipun apa yang mereka cakap. Jauh sekali dengan apa yang pihak MKN Malaysia buat dekat Yaman pada masa tu...
    Sudah-sudah ler menjual. Jangan terlebih sangat, nanti kantou..

    ReplyDelete
  2. Sudah la iskandar..sepatutnya kamu yg masih diberi peluang utk duduk kerusi exco tu tak payah la komen sgt pasal parti org lain. Cermin diri dulu. Kata parti Islam. Tp perbuatan tk mcm org Islam. Sepatutnya sbg abang tua, Pas boleh menasihati Amanah dgn cara yg betul..sekurang2nya menunjukkan peribadi mulia Islam wlupun berlainan parti. Ini tak asyik memaki jer...parti lebai gila, parti pembohong bersiri, dunia dia dlm sarban dia..Pru 14 ni hapuskan Pashadi dr neg. Selangor...

    ReplyDelete