Saturday, December 3, 2016

Jadi, pelikkah kalau Jamal 'J' bersikap begitu?

Najib undang politik perkauman, dakwa ketua sekretariat Pakatan
02 Disember 2016 | MALAYSIA DATELINE
Saifudin Abdullah bela DAP yang menerima Perlembagaan Malaysia

Ketika mahu menjaga kepentingan Umno, Datuk Seri Najib Razak didakwa mengundang bencana perkauman di negara ini ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU-16) semalam.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa Najib membuat kesilapan besar dalam ucapannya semalam.

"Ia kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang perdana menteri," kata bekas timbalan menteri dalam pentadbiran Najib itu.

Pertama, katanya, Najib telah menuduh DAP tanpa fakta, iaitu seolah-olah DAP anti-Melayu/Islam.

"Sejak dalam Pakatan Rakyat, DAP bersama PKR dan PAS, bersetuju untuk menegakkan keluhuran Perlembagaan dan ia termasuklah kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

"Kini, DAP mengulangi komitmen yang sama dalam Pakatan Harapan, iaitu bersama PKR dan AMANAH. Ini terbukti dengan Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani ketiga-tiga parti Pakatan Harapan, pada 9 Januari 2016, di mana perkara-perkara yang sama itu diulangi.

"Kedua, DAP tidak dictate Pakatan Harapan. Dalam Pakatan Harapan, tiada parti yang dictate sesiapa, kerana kami mengamalkan kesaksamaan peranan dan kepimpinan kolektif.

"Contohnya, apabila DAP ingin mengadakan pilihan raya serta merta di Pulau Pinang, ia tidak dipersetujui oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, lalu DAP tidak jadi meneruskan cadangan tersebut," kata Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwaan paling bahaya Najib ialah membahagikan politik negara secara perkauman dengan memberi kata dua kepada rakyat, iaitu sama ada memilih DAP sebagai induk atau Umno sebagai induk.

Ini bermakna Najib sedang membina konfigurasi politik yang lebih ekstrim, iaitu model "dominan-Melayu/Bumiputera/Islam" lawan rakyat bukan Melayu/Bumiputera/Islam, katanya.

Beliau mendakwa ia juga bermakna yang Najib mengharapkan akan wujud keadaan di mana kerajaan akan dibentuk oleh "dominan-Melayu/Bumiputera/Islam" manakala rakyat yang terdiri daripada kaum/agama yang lain.

"Ini adalah model politik yang dibayangkan oleh Najib," katanya sambil mendakwa model politik itu adalah "politik perkauman yang paling teruk yang pernah dibayangkan oleh seorang perdana menteri Malaysia".

Kata Saifuddin model itu "amat berbahaya dan amat bertentangan dengan semangat masyarakat Malaysia yang majmuk".

Beliau mendakwa, ia boleh mengundang bencana perkauman yang buruk dan rakyat perlu menolak bencana baru yang hendak dibawa oleh Najib itu.

1 comment:

  1. Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan Al Qur'an yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu". Sesungguhnya apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dari Tuhanmu akan menambah kedurhakaan dan kekafiran kepada kebanyakan dari mereka; maka janganlah kamu bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir itu.

    kalau malayu jadi tunggak pun tak salah cuma kena ikut apa yang Islam ajar buat baik pada semua ikut acuan Islam
    bukan ikut kehendak amno saja
    islam memang diakui agama resmi tm tapi tak boleh nak amal ajaran ajaran islam selain dari berbentuk peribadi ni yang tak boleh jadi
    tak boleh dibiarkan

    disisi Allah tidak dikira beragama selagi hukum hukum yang diperintahkan oleh Allah tidak dijalankan.
    bahaya ni disana nanti.awas manusia

    ReplyDelete