Sunday, December 4, 2016

Bila isu RUU355 tak laku: Mulalah melalot. Rapuan orang sasau, hanya yang biul saja percaya

*Aku ingatkan anak Nik Aziz ni warak dan berfikiran macam arwah ayahnya, tapi rupa dia ni ditahap Pengerusi JKKK  saja.
Kesian Pemuda PAS!

Aku harap tidak ada pemimpin yang merapu dan melalot macam ni dari mana-mana parti di dalam PH

Eloklah PAS berbaik dengan UMNO, dalam UMNO ada Jamal!

Nik Abduh Dakwa Calon Perdana Menteri Pakatan Dari DAP?
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta umat Islam tidak terpedaya dengan kata-kata penyokong Pakatan Harapan kononnya calon Perdana Menteri Pakatan Harapan jika berjaya memerintah negara adalah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), bukan DAP.

Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebaliknya meminta umat Islam Malaysia memerhatikan perkara itu sedalam-dalamnya kerana suasana dan realiti sebenar yang akan berlaku jika Pakatan Harapan memerintah Malaysia bukan seperti didakwa.

“Jika anda berkata, Perdana Menteri akan datang bukanlah daripada DAP, bahkan daripada PKR. Maka DAP tidak boleh berbuat apa-apa ketika laluan pemerkasaan syariah dibuka nanti. Saya berkata, perhatikan apa yang anda hujahkan. Suasana dan realiti di luar adalah sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan pada tahun lalu bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam

Nik Mohamad Abduh dalam pada itu meminta umat Islam tidak terpedaya dengan dakyah kononnya UMNO berjaya memecahbelahkan PAS dengan parti pembangkang lain menggunakan isu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau (RUU 355).

Beliau turut meminta umat Islam tidak termakan tohmahan kononnya PAS sepatutnya menunggu sehingga kerajaan baru dibentuk bersama Pakatan Harapan yang lebih menjamin keadilan bersama untuk memperkasakan syariat Islam di negara ini.

Beliau sebaliknya meminta umat Islam negara ini bersyukur dengan sokongan UMNO ke atas RUU355 yang merupakan kejayaan bersama umat Islam sambil menerangkan langsung tiada jaminan untuk memperkasakan Islam di Malaysia jika berkerjasama dengan Pakatan Harapan sebagai sebuah kerajaan.

“Tiada yang rugi selain musuh Islam yang mahukan secara jelas agar Malaysia kekal atau bertambah unsur sekularnya sebagaimana itulah yang disebut secara jelas oleh DAP.

“Jika DAP bermati-matian menolak pemerkasaan hukum syariah , maka apa jaminan DAP boleh bersetuju selepas kemenangan bersama? Adakah kelantangan DAP semasa masih sebagai pembangkang akan bertukar kepada kelembutan selepas memperolehi kuasa?,” katanya.

Beliau turut meminta umat Islam memperingati kelantangan dan kelancangan DAP selepas memperoleh kuasa di Pulau Pinang tetapi lencong mempertahan kesalahan sendiri hingga kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS turut menjadi mangsa.

Justeru, katanya, sebenarnya tiada tanda jelas UMNO sedang menipu PAS kerana yang ada adalah sebaliknya apabila UMNO menunjukkan keikhlasan kerana terpaksa `berpeluh’ berhadapan rakan-rakan Barisan Nasional (BN) yang mengugut keluar BN jika RUU355 diteruskan yang pastinya tidak menguntungkan UMNO.

“Keyakinan saya ialah, PAS di landasan yang benar ke arah penyatuan umat Islam di atas jalan Islam, syariat Islam dan tali Islam yang kukuh dan sempurna,” katanya. -Kedahnews.com

7 comments:

  1. Itulah menunjukkan bahawa iman tak dapat diwarisi. Sayangnya ulama tersohor macam Tuan Guru Nik Aziz sepatutnya mendapat seorang anak yang meneruskan perjuangannya tetapi sebaliknya mendapat seekor anak anjing gila yang menyalak tak kira tempat. Benci sangat aku lihat mukanya yang teging dan ego.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la, rupa mcm anak anjing gilerrr hihihi..

      Delete
  2. Sampah yang kita buang dalam tong sampah tu aku rasa lebih berguna boleh jd baja..Tapi akan almarhum tgna ni cakap lebih busuk dari sampah.Begitu tahap pemikiran jenih Perasaan Hasat Dengki(PHD).Takut gak cakap lebih nnt kena cakaq rimau pulak..!

    ReplyDelete

  3. Bukan kah dari dulu semasa PR, berulang kali DAP nyatakan PM Malaysia ialah Anwar Ibrahim sehingga kini bersama PH, DAP pertahankan PM Malaysia ialah Anwar Ibrahim.

    Bila masa nya DAP kata PM ialah dari parti DAP ?

    Sekarang lagi tidak ada masalah jika Anwar Ibrahim tidak layak, pastinya DAP pilih Husam Musa atau pemimpin dari PPBM.

    Sememangnya PAS berpecah sebab pemimpin PAS ada yang berbaik dengan UMNO. Mereka mengunakan hudud sebagai jembatan untuk menyeberang ke parti UMNO.

    ReplyDelete
  4. ..bila barua dan kuda tunggangan umno berbicara..

    ReplyDelete
  5. Pas ganti peranan umno. Politik menakut-nakutkan rakyat. Mmg dia ni x layak duk jawatan ketua pemuda pas malaysia. Level pencacai ahmad maslan dan said keruak.

    ReplyDelete
  6. Pak cik saya pernah cerita, time dia dulu, tahun 70an dan 80an,,mana-mana yg fail SRP atau penilaian SK akan masuk sekolah Arab. Pas tu dapat ler pi belajar kat Timur Tengah atau Pakistan.
    Bila balik jadilah ust. Itulah ust2 yang jadi pemimpin yg kamu ada kebanyakkannya dlm PAS. Kalau kata tak cerdik, benda tu bukan baru.
    "Tapi bukan semua la", katanya.

    ReplyDelete