Saturday, October 15, 2016

Zairil tak faham hukum Islam, ajar dan fahamkanlah dia!

Islam ajar untuk mengutuk ke?
Tarbiahkan dia........
Kalau inilah sikap yang diambil oleh puak lobai ni, Islam tidak akan berkembang dan tidak akan ke mana
Itulah sebabnya sepanjang PAS berada di dalam PR.......berapa orangkah yang dah faham dan menerima Islam?
Selepas ketiadaan TGNA semuanya punah jahanam!
Mereka bukan tak tahu siapa budak ni, bagaimana latar belakangnya dan bagaimana keluarga yang membesarkannya
Mungkin Khairuddin ni tak tahu tapi, aku sebagai orang lama/tua tahulah sikit sebanyak Arwah Khir Johari ni. Pemimpin UMNO zamannya dan bukan dari keluarga berlatar belakang agama. Maka dekatkanlah dia

Ulama Pas dakwa Zairil tak faham hukum Islam
15 Oktober 2016 | HAZAYANI ZAKARIA
Zairil Khir Johari

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Malaysia Datuk Dr Khairuddin Aman Razali mendakwa ahli parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari tidak memahami hukum Islam.

Justeru beliau berkata, pandangan Zairil yang menolak pandangan agama Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria tidak perlu dilayan.

Kelmarin, Harussani menggesa setiap ahli parlimen beragama Islam daripada Pas, Umno dan PKR memberi sokongan penuh kepada pindaan Rang Undang-undang (RUU) 355 yang akan dibentangkan di sidang Dewan Rakyat.

Zairil seperti dilaporkan Free Malaysia Today berkata pandangan Harussani itu bukan muktamad berhubung perkara itu.

“Ada mufti lain yang berpandangan lain. Harussani ada hak untuk menyuarakan pendapatnya, tetapi ia tidak mengikat sesiapa,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Khairuddin berkata, beliau mengalu-alukan sokongan Harussani terhadap usaha meminda Akta 355 kerana ia merupakan tanggungjawab beragama kepada semua ahli Parlimen muslim yang memahami Islam.

“Maka menjadi kewajipan kepada ahli parlimen Islam untuk mengubah dan meminda akta 355 kepada teks sebagaimana dicadangkan oleh ahli parlimen Marang iaitu "Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman menurut undang-undang Syariah”.

”Pandangan Zairil yang menolak pandangan agama yang dikeluarkan oleh Mufti Perak usah dilayan kerana dia tidak memahami hukum Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, Akta 355 sedia ada tidak memberikan hak yang sebenar kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman kepada tiga kesalahan jenayah iaitu jenayah minum minuman memabukkan, jenayah menuduh orang Islam berzina tanpa bukti dan jenayah persetubuhan haram.

”Akta 355 menetapkan hukumannya ialah maksima tiga tahun penjara atau lima ribu ringgit denda atau sebat enam sebatan. Sedangkan ketiga-tiga kesalahan itu hukumannya dalam Islam ialah dirotan dengan rotan kecil yang tidak melukakan kulit apatah lagi isi. 

“Adapun sebat yang diamalkan oleh Mahkamah Sivil yang menyakitkan dan melukakan kulit serta isi adalah bercanggah dengan Islam,” katanya.

2 comments:

  1. Salam Pak Din

    Saya hairan kenapa MP drpd PAS ini begitu beriya-iya berkempen tentang RUU Persendirian yang bakal dibentangkan oleh MP Marang. Adakah sebab substance RUU tersebut atau sebab MP Marang tu bos Parti PAS?

    Kalau tentang substance RUU tersebut, sebagaimana fatwa Mufti Perak bahawa kita wajib menyokong apa saja yang membawa kebaikan kepada lslam, persoalannya kenapa PAS menolak RUU Enakmen Syariah Islam di DUN Kedah sewaktu Mukhriz jadi MB? Time tu takda pula timbul cerita mati kena tanam kat jirat kalau tak sokong... Tapi kenapa sekarang ni perlu sampai overkill pasai RUU ini?

    Saya juga tak faham bila seorang MP PAS sampai sanggup mempersoalkan akidah orang lain yg mempersoalkan tentang RUU ini. Adakah dia tidak tahu apa itu RUU Persendirian. Kalau Pak Din yang tak faham saya boleh terima. Sebab Pak Din bukan MP.

    Sebagai MP, sepatutnya dia tahu bahawa RUU Persendirian ini, walaupun menang undi minggu depan sebulat suarapun, masih tertakluk kepada pihak Eksekutif utk nak teruskan atau tidak. Maksudnya, kalau Najib kata ok, barulah boleh dibawa untuk undian seterusnya sebelum ke Dewan Negara. Bukan MP Marang yang akan bawa. Paham elok tentang ini. Sila baca dan hatam Standing Order Dewan Rakyat. Bodoh sangatkah MP Kuala Nerus sampai tak tahu perkara ini?

    Persoalannya, kalau dia tidak bodoh, takkan dia sanggup mempersoalkan akidah orang semata-mata nak sokong bos parti beliau. Kalau jawaoannya YA, anat malang sekali negara Malaysia. Ada parti pemerintah, asyik songlap khazanah negara. Ada penasihat agama, asyik jual agama untuk kepentingan tembolok mereka..

    ReplyDelete
  2. Wsalam sdr. Mohd Daud Sulaiman

    Betul tu saya setuju dan memang saya jahil tentang RUU355 ni kerana saya bukan dari kalangan pengamal undang-undang dan perlembagaan.

    A'ah ye tak ye juga, kenapa di Kedah mereka tak sokong dan tetiba hari ini jadi ruih rendah kapirkan orang pulak?

    Betul...betul,kalau Pak Din bodoh tentang ini takpa tapi kalau yang nak bentang dan bahas pun bodoh juga maknanya bodoh berganda-gandalah kan?

    ReplyDelete