Friday, October 14, 2016

Saat kejatuhan semakin hampir kot: Orang Awam kena ada permit, Pembalak tak apa........

* Dalam PRN Kelantan tahun '79 kerajaan PAS rebah hanya tinggal dua kerusi pun di atas isu balak dan kuasa .......seingat akulah

'Orang tauke balak' di penghalang jalan Jabatan Perhutanan Kelantan?
14 Oktober 2016 | ARIF ATAN
Wanita Orang Asli antara yang berkumpul di sekatan jalan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan semalam.

Semalam masuk hari kedua Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan membuat halangan masuk di kawasan penempatan Orang Asli Pos Tohoi di Gua Musang.

Sekatan jalan tersebut di dua lokasi iaitu melalui Pos Tohoi selepas jambatan besi berdekatan kawasan lapang dan melalui Pos Bering dari arah Meranto.

Seorang aktivis memberitahu, sekatan atas alasan perlunya permit untuk memasuki kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) itu turut disertai pihak syarikat pembalak yang hadir bersama kenderaan pacuan empat roda.

"Tengah hari tadi (semalam) budak-budak tauke balak (Datuk Roshaimi) ada datang dengan dua buah Hilux," ujarnya.

Datuk Roshaimi Razak adalah Penasihat Persatuan Pembalak Negeri Kelantan yang sebelum ini dilapor menggesa masyarakat Orang Asli di HSK Balah supaya tidak menghalang syarikat konsesi daripada mengeluarkan kayu balak di kawasan itu.

Beliau juga menafikan dakwaan kumpulan Orang Asli di kawasan HSK Balah bahawa pihaknya melepaskan tembakan dan menggunakan kumpulan samseng untuk menakutkan masyarakat tersebut pada 28 September lalu.

Roshaimi yang dikenali sebagai Cikgu Ami dikatakan mewarisi legasi bisnes balak daripada ayahnya, Abdul Razak Abbas yang juga Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK).

Sumber aktivis anti-balak Kelantan memberitahu, Roshaimi memperoleh lesen membalak dalam banyak zon di HSK Balah tetapi menyerahkannya kepada 15 syarikat balak dimiliki orang Cina.
Penghalang jalan oleh Jabatan Perhutanan di Pos Tohoi didakwa turut disertai pihak syarikat pembalak.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam Siti Kasim memberitahu pihak Jabatan Perhutanan Kelantan telah menaikkan papan amaran yang menyenaraikan 16 kesalahan memasuki HSK antaranya menduduki atau menjalani sebarang aktiviti tanpa kebenaran.

"Papan tanda baru didirikan yang berkesan menghentikan semua kelangsungan hidup Orang Asli di kawasan pedalaman," ujarnya dipetik daripada catatan beliau di Facebook.
Papan amaran yang dinaikkan sekaligus dilihat sebagai menafikan hak dan kewujudan Orang Asli di kawasan itu.

Semalam, lebih 100 Orang Asli terdiri daripada lelaki dan wanita berkumpul dekat halangan jalan dilakukan pihak Perhutanan itu.

Mereka yang diketuai Azmi Badol bersoal jawab dengan dua pegawai Perhutanan yang beruniform perang dengan salah seorangnya bertopi, bercermin mata coklat dan sedang merokok.

"Dulu kenapa tidak dimaklumkan orang luar tidak boleh masuk? Kami jemput dia (Siti) sebab dia peguam kami," ujar Azmi yang merupakan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK).

'Awak bukan polis'

Walau bagaimanapun, pegawai perhutanan itu memaklumkan tindakan mereka adalah mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 sambil menunjukkan helaian buku dipercayai menunjukkan peruntukan tersebut.

"Ini penguatkuasaan. Banyak orang luar masuk. Banyak orang awam (masuk)," ujar pegawai berkenaan dalam pertikaman lidah dengan masyarakat setempat itu dipetik daripada rakaman video yang dimuatnaik di Facebook Siti.

Tindakan pegawai perhutanan itu yang meminta kad pengenalan Azmi ketika soal jawab tersebut juga sempat dipersoal Siti yang turut berada di lokasi.

"Awak bukan polis untuk minta IC (kad pengenalan). Awak tidak ada hak untuk minta IC," tegas Siti sebelum pegawai perhutanan itu menyebut, "kuasa untuk sita dan menyiasat" sambil menunjukkan peruntukan yang mungkin dimaksudkan di muka surat buku yang dipegangnya.

Walau bagaimanapun, Siti sekali lagi menegaskan, "hanya polis sahaja yang boleh minta IC" diikuti sorakan Orang Asli.

Terdahulu, sejak Rabu lalu lagi, pihak Perhutanan telah menghalang Siti daripada menghantar makanan dan bekalan kepada anak guamnya di kawasan penempatan Orang Asli berkenaan.

Alasan pihak berkuasa terbabit, Siti yang juga aktivis Orang Asli itu tidak mempunyai permit masuk seperti termaktub dalam Seksyen 47 (e) Akta Perhutanan 1984.

4 comments:

  1. Bila kuasa PAU PAU PAU lebih kuat ber kuasa dari kuasa TUHAN

    Itu petenda kiamat nak ber laku

    Bebudak bahalol akan ter sungkur sama ALAMAK ALAMAK dunia mereka

    Terus kan kerja kerja aniaya rakyat miskin orang asal kelantan

    Bagus lah

    ReplyDelete
  2. Salam

    Saya dah maklumkan kepada PEKA utk tindakan selanjutnya oleh mereka.

    Saya juga memberi komen dengan panjang lebar di FB 'Omak Kau' tentang isu ini. Tetapi nampaknya yg mengunjungi wall beliau walaupun beribu lebih suka menyerang perwatakan peguam Siti Kasim.

    Ingin saya buat pencerahan disini bahawa saya sedih dengan tindakan pihak berkuasa negeri Kelantan yang menggunakankan tindakan salah iaitu dengan menyalahgunakan peruntukan undang-undang untuk melaksanakan hasrat mereka untuk terus membalak di kawasan tersebut.

    Sebenarnya sekyen 47 Akta Perhutanan yang memberikuasa kepada Pengarah Perhutanan Negeri untuk menghalang kemasukan mana-mana individu ke kawasan hutan simpan kekal adalah tidak terpakai kepada masyarakat orang asli. lni kerana hak keistimewaan orang asli untuk menduduki mana-mana kawasan rezab walaupun tanah rizab orang Melayu telah diperakui melalui seksyen 10 Akta Orang Asli. Dengan keistimewaan ini juga, arahan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan mengikut seksyen 47 Akta Perhutanan adalah terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan ke atas masyarakat orang asli.

    Untuk individu seperti peguam Siti Kasim, pemakaian seksyen 10 Akta Orang Asli perlu dibaca dengan hak orang asli untuk mendapatkan bantuan undang-undang seperti yang diperakui bawah Perkara 8 Perlembagaan Malaysia.
    Oleh itu, konvoi peguam Siti Kasim ke penempatan masyarakat orang asli adalah suatu perjalanan yang sah walaupun melalui kawasan hutan simpan kekal. Dan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan tidak boleh melampaui bidangkuasa beliau dengan tidak membenarkan konvoi tersebut melalui kawasan hutan simpan di situ.

    ReplyDelete
  3. Sdr. Mohd Daud Sulaiman

    Saya adalah pencinta alam dan pendaki. Saya cukup sedih dengan apa yang berlaku di kaki gunung Rabung di Gua Musang dan sekarang berlaku pula terhadap gunung Stong. Hai gila sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu pak din.habis lingkup puak2 serban jebon buat duit

      Delete