Thursday, October 13, 2016

Melayu dan Red Indian

Melayu dan Red Indian serupa.
Posted on Wednesday, October 12 @ 09:16:56 MYT by paktam

Oleh Zaharin Mohd Yasin

Tun Dr Mahathir Mohemad dan kumpulan penentang Najib Razak (baca cara betul ya.. mereka bukan menentang UMNO) pada awalnya mendesak Najib Razak meletakan jawatan Perdana Menteri kerana terpalit kes IMDB yang menyebabkan kerugian ketara sampai RM42Billion yang bunga pinjaman perlu di bayar sekitar RM2Billion sebulan. Dimana jumlah itu lebih dari cukup membantu pelajar yang ditamatkan pinjaman dan biasiswa samada didalam atau diluar negeri.

Sekarang kumpulan mereka menubuhkan parti dan terpaksa mengalahkan UMNO dalam piliharaya.. Itu tidak salah. Tetapi pernahkah UMNO bertanya pada diri sendiri.. Pelajar yang terganggu pembelajaran kerana biasiswa dan pinjaman dihentikan adakah akan berkempen untuk UMNO dan kemudian tanya pula ibubapa yang mengharapkan anaknya berjaya dalam pelajaran dan sekarang menghadapi masalah kewangan. adakah mereka kekal menyokong UMNO dan akhirnya bagaimana adik beradik saudara mara mereka yang simpati dengan ibubapa dan pelajar yang berkenaan.

Jika ada 40ribu pelajar terjejas kerana ekonomi negara yang rosak kerana IMDB dicampur dengan ibu bapa mereka sudah ada 120 ribu undi BN/UMNO melayang. Isu menyentuh rakyat ini juga akan dirasai oleh ibubapa yang anaknya bakal masuk kepengajian tinggi khasnya keluarga miskin..

Ini belum lagi bekas pelajar yang tidak membayar hutang di PTPTN yang masih tidak punya pekerjaan tetapi diminta bayar hutang. Ada juga yang telah kena senarai hitam. Dan jumlah bukan sedikit.

Sekiranya isu ini diangkat menjadi manifesto oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.. tidak kurang ada 300ribu undi tidak berpihak kepada BN/UMNO. UMNO kena menilai dan mengkaji apakah manisfesto yang dibuat oleh Parti Pembangkang.. sebabnya manifesto BN/UMNO sudah tidak menjadi reraliti. Dan tidak ada siapa membaca dan mahu mendengar dalam keadaan sekarang.

Jika Najib Razak masih mahu mengekalkal jawatannya.. Bererti ahli-ahli UMNO kena berdepan dengan satu peperangan gerila politik, sebabnya pihak pembangkang menggunakan senjata berat dan BN/UMNO hanya menggunakan parang dan cangkul. Ia itu satu tempat soal perkauman, dan ditempat lain perpaduan nasional.

Isu sudah berlaku 400 tahun lalu di Amerika. Dimana red indian berperang dengan penjajah Amerika berkulit putih. Red Indian masih lagi menggunakan panah dan kapak.. Askar Amerika gunakan senapang.. akhirnya Amerika terpaksa membakar perkampongan Red Indian untuk memaksa Red Indian lari kependalaman yang tidak ada hasil bumi saperti emas dan tanah subur.

Dia samping berperang dengan panah dan kapak oleh puak Red Indian, terdapat juga puak Red Indian yang berpecah belah dan ada yang menyokong dengan puak askar kulit putih kerana dijanjikan emas. Akhir kesudahannya Red Indian menjadi barang cenderamata sahaja kerana sudah di identiti sebagai produk pelancongan pada hari ini.

Kesimpulan dari kalangan komuniti pelajar BN/UMNO kehilangan tidak kurang 500 ribu undi dan mungkin lebih. Maka pakar strategi dan konunnya pemikir. Isu ini perlu diselesaikan.

Bandar Sri Permaisuri
Oktober 12, 2016
Jam 8.15 pagi.

No comments:

Post a Comment