Tuesday, October 18, 2016

Jangan Ganggu Sungai kalau tak mampu bawa AKSB ke Pedalaman

Sengaja aku paparkan gambar sebuah sungai yang airnya masih boleh dikatakan "jernih" bagi Masyarakat Orang Asli tapi aku yakin Menteri Besar Kelantan, Mat Yaakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar tak kan tergamak nak minum airnya kalau diberi.

Sebelum "walaun" tepek komen berbunyi: "nampak sangat pembalakan tak mengganggu ekosistem terutama sungai di kawasan pedalaman, buktinya gambar sungai yang Mohd Fauzi Mohd Azmi upload", elok aku bagitau awal2 - kejernihan air sungai yang korang tengok dalam gambar ni dapat dinikmati Masyarakat Orang Asli hasil dari kesepakatan mereka mengadakan "blockade" yang akhirnya telah menghentikan semua kerja2 pembalakan sejak hampir sebulan lalu
   
MB & TMB mungkin tak terkesan dengan apa yang berlaku dalam kawasan kehidupan OA. bangun pagi bukak paip air jernih terus keluar dari paip AKSB (dengan bantuan penapis swasta).

Bagi OA, nak dapatkan air bersih agak sukar. jauh dari perkampungan, terpaksa memerah keringat naik turun bukit. Selain sungai, anak2 sungai dari sumber matair jadi punca keperluan utama, pun terpaksa memerah keringat memunggah. Sebotol mineral 1.5 liter tak mencukupi keperluan sekeluarga.

Minta MB, TMB & semua EXCO Kerajaan Negeri Kelantan luangkan masa selama 3 hari 2 malam dimana2 kampung dalam kawasan pedalaman yang terlibat dengan isu pembalakan, datang sehelai sepinggang, kalau takut mati, bawa sebanyak mungkin makanan mentah sebagai bekalan. Air kita minta OA sediakan untuk mandi, memasak, bersuci & lain2.

Permintaan OA bukan susah untuk dipenuhi...

Mereka cuma mahu Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan EXCO2 *BERUNDING* dengan "Masyarakat Orang Asli" dan lokasi yang mereka mahu ialah *DI KAMPUNG PETEI* dimana lokasi "Blockade" dibuat.

Mereka tidak mahu Wakil Kerajaan Negeri "berunding" dengan Wakil Masyarakat Orang Asli. Mereka mahu, Wakil Kerajaan yang disebut diatas berunding dengan *KESEMUA ORANG ASLI YANG AKAN HADIR SEMASA RUNDINGAN DIADAKAN DILOKASI YANG TELAH MEREKA TETAPKAN*.

Kalau dalam kesibukan, masih sempat meluang masa keluar Negara, tak kan 3 hari makan, minum dalam kawasan pedalaman merasa denyut susah senang hidup OA demi "UNDI" tak boleh..?

Mustahil Range Rover yang harganya lebih dari RM100k tak mampu nak redah laluan Balak (baca PITIS)...???

- ayie pro

3 comments:

  1. Nampak sangat mb dan tmb jenis haramjadah mekendarah gaji buta..

    ReplyDelete
  2. Kerajaan kelantan dan jadi spt yahudi israel

    ReplyDelete
  3. Aku lama jugak duduk di perkampungan OA,13 tahun.Dua tahun pertama saja (2003-2004)rasa air sungai jernih. Sejak itu hingga sekarang tak pernah rasa air jernih. Pengusaha ladang sodok sampai rapat gigi air. Lapor kpd JPS,dia cakap tak cukup kakitangan nak pantau. OA dapat projek air yang disalur dengan paip yang lebih proper. Tapi kerana tempat takungan diteroka, batang paip sering tersumbat dgn lumpur. Sir yang paling jernih kalau dihidang kpd orang2 yang mendakwa menguruskan negeri ini nescaya tak lalu nak telan...Nasib la OA. Kamu dijajah oleh OM ( orang melayu)

    ReplyDelete