Friday, October 14, 2016

Ayyoyo.......sudah tua-tua pun mau berehat dalam penjara ka?

Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah: Bekas timbalan pengarah ditahan SPRM
Anthea YapAstro Awani |  Oktober 14, 2016 16:11 MYT
Rasuah Jabatan Air Negeri Sabah: Bekas timbalan pengarah ditahan SPRM
Siasatan awal mendapati suspek juga telah menerima sejumlah wang daripada beberapa kontraktor ketika memegang jawatan Timbalan Pengarah JANS. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek infrastruktur membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bernilai RM3.3 bilion.

Menurut sumber, suspek yang berusia 62 tahun itu merupakan Bekas Timbalan Pengarah JANS yang telah bersara daripada perkhidmatan tahun lalu.

"Selepas bersara, suspek telah dilantik sebagai Penasihat Kewangan Negeri Sabah yang disandangnya sehingga kini.

"Suspek telah ditahan di pejabatnya semalam," katanya di sini.

Siasatan awal mendapati suspek juga telah menerima sejumlah wang daripada beberapa kontraktor ketika memegang jawatan Timbalan Pengarah JANS.
SPRM turut merampas dua kereta milik suspek iaitu Mercedes Benz dan Land Cruiser.

Bagaimanapun, tiada sebarang rampasan wang tunai dibuat setakat ini oleh SPRM.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut.
Mahkamah Majistret Sabah membenarkan suspek ditahan reman selama enam hari, bermula hari ini.

Berkaitan:
127 geran tanah dirampas dianggar bernilai RM30 juta - SPRM
Oktober 10, 2016 22:30 MYT
127 geran tanah dirampas dianggar bernilai RM30 juta - SPRM
Nilai 127 geran tanah yang dirampas SPRM daripada timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan pada 4 Okt lalu dianggarkan RM30 juta. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Nilai 127 geran tanah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan di Sabah yang ditahan pada 4 Okt lalu dianggarkan RM30 juta.

Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berkata antara geran tanah yang dirampas daripada timbalan pengarah berkenaan termasuk yang berstatus tanah perumahan, pertanian dan juga komersial di beberapa lokasi di Sabah.

No comments:

Post a Comment