Wednesday, October 12, 2016

Alasan Picisan Nasruddin Belum Bayar Pampasan

Alasan Baharu Nasruddin Belum Bayar Pampasan Kepada LGE Alasan Picisan

Nasrudin: Guan Eng pun belum bayar RM500 

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menjelaskan beliau belum membayar pampasan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana berada di luar negara ketika tempoh bayaran berakhir 28 September lalu. 

Beliau juga menyelar tindakan pegawai pegawai khas undang-undang ketua menteri yang membuat kenyataan akhbar mengaitkan beliau dengan tindakan menghina mahkamah, hanya dalam tempoh lebih seminggu dari tarikh akhir tuntutan. 

“Saya baru sahaja pulang dari luar negara akhir September baru-baru ini,” tambahnya. 

“Saya sendiri sebenarnya telah merancang untuk lunaskan kos mahkamah tersebut dalam tempoh terdekat ini setelah menyelesaikan beberapa urusan penting yang tertunggak sepanjang saya berada di luar negara tempoh hari.” 

Raja Syarafina Raja Shuib hari ini berkata, ketua menteri telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang baru yang sewajarnya kepada Nasrudin. 

Raja Syarafina berkata selepas sekurang-kurangnya selepas tiga minggu, Nasrudin masih gagal membayar kos pampasan, selepas menarik balik kenyataannya selepas disaman Lim

Kata peguam itu, kegagalan atau keengganan defendan membayar jumlah yang diperintahkan merupakan suatu pengingkaran dan penghinaan perintah Mahkamah. 

Nasrudin, anggota parlimen Temerloh pada 18 Januari lalu, menarik balik sebahagian kenyataannya pada 6 Ogos 2014 dan mengaku ia tiada asas. 

Persetujuan bersama itu direkodkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Nasrudin diperintah membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim. 

Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwa beliau menganugerahkan projek pembinaan terowong dasar laut RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd secara rundingan terus, walaupun Pakatan Rakyat menentang cara itu. 

8 bulan materai penghakiman 

Dalam kenyataan petang ini, Nasrudin berkata, penghakiman meterai hanya diserahkan kepada peguam caranya pada 19 September, yang memberi masa 14 hari untuk menyelesaikan kos mahkamah. 

Tempoh itu berakhir pada 28 September, lebih seminggu yang lepas. 

Manakala notis tuntutan kos rasmi untuk tujuan prosiding perlaksanaan dan bagi memaksanya membayar kos itu, kata Nasrudin, baru sahaja diterima peguamnya pagi ini, serentak dengan kenyataan media Raja Syarafina. 

Nasrudin juga berkata Raja Syarafina seharusnya menyemak fakta tentang kelewatan peguam Lim sendiri memeterai penghakiman itu sehingga mengambil masa lapan bulan daripada tarikh penghakiman sebenar. 

“Selepas tarikh 18 Januari 2016 tersebut, keseluruhan urusan untuk memeterai penghakiman adalah tanggungjawab peguam LGE (Lim) justeru sebarang kelewatan perlulah dipertanggungjawabkan ke atas peguam tersebut,” katanya. 

“Justeru sekali lagi pegawai khas undang-undang LGE kelihatan berniat tidak baik bagi menggambarkan seolah-olah saya sengaja mengabaikan perintah mahkamah sejak 18 Januari 2016,” katanya. 

Sementara itu, Nasrudin berkata, jika tidak dibayar sekali pun, ia tidak mengakibatkan penghinaan kepada mahkamah, sebaliknya hanya bersifat liabiliti sivil (hutang penghakiman) sebagaimana tuntutan hutang lain. 

“Liabiliti sivil pada bila-bila masa tidak akan mengakibatkan proses menghina mahkamah tetapi hanya membolehkan LGE meneruskan prosiding perlaksanaan untuk tujuan pemaksaan bayaran (execution proceeding @ recovery process),” katanya. 

Katanya, jika kegagalan membayar kos dianggap menghina mahkamah, Lim juga masih belum membayar kos pembatalan saman padanya sebanyak RM500 yang diperintahkan. 

“Namun saya tidak bersedia untuk menjadikan isu picisan seperti itu memburukkan LGE, tidak sebagaimana yang dilakukan olehnya melalui pegawainya pada hari ini,” katanya. - mk 

ULASAN GB 

Uish, kamu yang telah mengaku memfitnah, kamu yang telah menarik balik saman dan kamu yang telah diperintahkan membayar pampasan RM10,000 kepada LGE, kini kamu pula memberikan alasan picisan kerana kegagalan melakukan bayaran berkenaan. 

Kamu telah pun tahu tempoh bayaran berakhir 28 September 2016 sebelum bertolak ke luarnegara lagi. 

Malah bulan September telah hampir dua minggu berakhir. Jika anda sudah berada di Malaysia pada akhir bulan September seperti kenyataan anda "Saya baru sahaja pulang dari luar negara akhir September baru-baru ini,”  mengapa perlu dilengahkan perintah mahkamah itu untuk anda melunaskan pembayaran?

Atau mengapa tidak dilunaskan bayaran itu sebelum bertolak ke luarnegara? Dan apa yang menghalang kamu melakukan bayaran tersebut tatkala berada di luarnegara sedangkan kini pelbagai kemudahan bayaran dalam talian tersedia ada untuk anda melakukannya walaupun berada dihujung dunia? 

Apabila mahkamah memerintahkan anda membayar RM10,000, bukankah benar kenyataan peguam itu, kegagalan atau keengganan defendan membayar jumlah yang diperintahkan merupakan suatu pengingkaran dan penghinaan perintah Mahkamah? 

Berbalik kepada isu pokok iaitu FITNAH. GB ada mengulas sebelum ini. Petikan: 

Sungguh memalukan dan mengaibkan, seorang yang dikatakan "ulamak" di dalam sebuah parti Islam akhirnya mengaku "memfitnah" Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Nasruddin mengakui bahawa "Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik sebahagian artikel yang menyinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas". 

Jika demikian sifat dan sikap seorang agamawan Islam, maka tidak hairan agama Islam tidak dinpandang tinggi oleh masyarakat kerana "ulamak"nya gemar mengeluarkan kenyataan yang berunsur fitnah. 

Bagimana seorang "ulamak" yang menjadi Ketua Penerangan boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbau fitnah ke atas orang lain sedangkan pada masa yang sama beliau merupakan orang yang beriya-iya memperjuangkan hudud? 

Dahulu sewaktu LGE menyuruh Nasruddin menarik balik kenyataannya, ia tidak diindahkan oleh Nasruddin, dengan angkuh beliau berkata sanggup ke mahkamah mempertahankan "fitnah"nya itu. Kini apabila di mahkamah lansung tak boleh pertahankan fitnahnya itu dan baru tarik balik kenyataan. - sumber

5 comments:

  1. Kenakan hukuman penjara...adalah terbaik

    ReplyDelete
  2. Andaikata terlaksananya HUDUD, apakah hukumannya ke atas seorang yg duduk dalam saf kepimpinan Dewan Ulamak dan juga seorang Ketua Penerangan parti MEMFITNAH yg dia sendiri telah mengaku.Adakah kerana jawatannya itu dia akan terlepas..

    ReplyDelete
  3. Itu kan Bebudak PAS

    Mana ada Tanggung jawab pun

    Dengan diri sendiri tak ada tanggung jawab

    Nak tanggung jawab bayar duit kat orang lain pulak

    Tok sah mimpi lah kalau orang PAS

    Mangsa banjir kelantan pun orang lain tolong ; walhal kerajaan PAS sibuk kira batang balak

    Biasa lah

    Melayu kalau gila serban jubah kopiah , mana ada tanggung jawab pun... Kalau anak bini ada makan kat rumah pun kira ber syukur

    Kena pulak budak tengok BLUE kat hotel GERMAN , orang lain pulak kena bayar

    Kalau dah PAS memang tiada nilai ekonomi pun

    Kasihan orang melayu juta juta dah di tipu nya

    Melayu tuh kalau pakai otak , tak papa kedana miskin dalam tanah air sendiri

    Sedihnya Melayu nih jenis malas bahalol pulak tuh

    Kasihan Lim Guan Eng

    ReplyDelete
    Replies
    1. oic,, sepatutnya orang DAP mintak PAS bayar balik bayaran tengok filem lucah di German....resit mesti simpan punya... No bilik, tarikh, masa..

      Delete
  4. Ularmak tahi kucing...dunia dia dlm sarban dia jer..ketua Penerangan parti pembohong bersiri ...buat malu jer...elokla tampal muka tu dgn kulit babi...

    ReplyDelete