Tuesday, September 6, 2016

“Tiada lagi jaminan Najib terima sokongan ahli biasa Umno”

“Tiada lagi jaminan Najib terima sokongan ahli biasa Umno” – Dr Ariffin Omar
Posted on Tuesday, September 06 @ 15:35:15 MYT by paktam
KUALA LUMPUR,: Tiada lagi jaminan sokongan kepada Umno dari ahli-ahli biasa parti itu jika pertemuan ‘dua seteru’ semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuka ruang kerjasama yang lebih konstruktif kepada gabungan oposisi negara ini.

Pertemuan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah mengejutkan ramai pihak yang tidak menyangka ia boleh berlaku setelah bermusuhan hampir dua dekad.

Senator Dr. Ariffin Omar, berkata pertemuan dua tokoh politik itu semalam merupakan petanda positif dalam usaha memulihkan negara dari kemelut kewangan dan ketirisan mega di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Walaupun amat susah untuk mengaku salah-benar bagi dua-dua pihak (Anwar atau Mahathir), tapi (pertemuan) itu mungkin langkah pertama yang mampu memulihkan permusuhan antara penyokong dan pembangkang bagi kedua-dua pihak,” katanya kepada Roketkini.

Menurut beliau, pertemuan bersejarah semalam memberi tekanan yang lebih kuat kepada Umno dan Najib ditambah dengan skandal mega 1MDB yang telah merosakkan imej negara.

“Sudah pasti (tertekan). Sokongan Najib dalam Umno-Baru pun tidak lagi terjamin di kalangan ahli biasa,” ujar beliau.

Kehadiran Tun Mahathir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang semalam adalah bagi menyatakan sokongannya terhadap permohonan Anwar bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pertemuan itu,Tun Mahathir dan Anwar dirakam bersalaman, mesra dan bertegur.

Anwar juga dilaporkan menggenggam tangan Tun Mahathir ketika berjabat tangan dan bekas Perdana Menteri itu pula dilaporkan menepuk bahu pemimpin de facto PKR itu. –  sumber

No comments:

Post a Comment