Wednesday, September 21, 2016

Bersih 5: Ada lagi ke yang gatal nak pujuk PAS?

# Lagilah jual mahal dan naik tocang
Lagilah kuat melalak kononnya dia masih kuat dan semua orang perlukan dia
Jadinya bukan saja Amanah, Bersih pun melutut padanya!

Penganjur disaran pujuk Pas sertai perhimpunan Bersih 5
21 September 2016 | MALAYSIA DATELINE

Penganjur Bersih 5 disarankan memujuk barisan kepimpinan tertinggi Pas untuk sama-sama ikut serta dalam perhimpunan yang dirancang, November depan.
Penganjur Bersih di saran memujuk Pas agar menyertai himpunan Bersih 5 pada Novermber depan

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, tindakan itu penting untuk himpunan sepenting Bersih.‎

“Pas perlu ikut serta kerana himpunan lepas-lepas, sokongan ahli Pas itu serta penyertaan aktif Pas membuktikan ia memberi kesan besar setidak-tidaknya dari segi jumlah peserta himpunan.

“Perhimpunan sebelum ini tanpa Pas terbukti sedikit sebanyak ia terjejas. Maka, penting untuk mereka memujuk pemimpin tertinggi Pas untuk ikut serta bagi membuktikan perhimpunan ini mendapat sokongan semua pihak dan untuk memberi gambaran ada perpaduan serta kerjasama utuh dalam kalangan pihak terbabit demi agenda Bersih 5 ini,” katanya dipetik laporan Sinar Online hari ini.‎

Sebelum ini, DAP dilaporkan berkata Pas harus menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap matlamat untuk menumbangkan BN termasuk menyertai perhimpunan Bersih 5 bagi menuntut pengunduran Najib.

Setakat ini, Pas masih belum memutuskan penyertaannya dalam Bersih 5 selepas Bersih 2.0 mengumumkan tarikh perhimpunan itu.

Mengulas lanjut, Dr Jeniri berkata, jumlah penyertaan yang terjejas dalam perhimpunan itu akan dimanfaatkan kerajaan sedia ada.

"Sudah tentu ia akan dimanfaatkan kerajaan untuk menyatakan perhimpunan itu tidak mendapat sokongan rakyat. Jadi, sebelum kenyataan sedemikian keluar, maka amat perlu bagi mereka untuk berunding," katanya.

3 comments:

  1. Jeniri Amir itu mengarut, pelbagai teori diutarakan semua main serkap jarang jer...

    ReplyDelete
  2. Pas atau PiGs mana suka bersih2..
    Umno yg penuh taik dijilatnya

    ReplyDelete
  3. Orang kalau tak mahu bercampur langsong tak perhatin keadaan semasa Macam katak dibawah tempurong,.apa nak dihairankan sisihkan saja Pas tu,.lagi dipujok lagilah besar kepalanya Dari serban,.nanti hadi ah wang kata semua orang nak melutut kat dia,.memang jenis ni tak Sedar diri,.terlungkop lah Pas Dan Ularmak mereka pada PRU 14 nanti,.

    ReplyDelete