Saturday, August 20, 2016

Siapa yang terkebelakang, siapa belukang?

Ada ahli PAS yang mendakwa kononnya kenyataan terbaharu YB Rafizi adalah sama dgn kenyataan Haji Hadi yang mahu mengekalkan Najib..

Admin dah tak tahu nak komen apa dah tentang IQ dan EQ ahli PAS ni..
Bagi admin nampak sangat mereka tidak memahami serta tidak tahu membezakan struktur ayat di dalam dalam kenyataan Yb Rafizi berbanding kenyataan Haji Hadi..

Kenyataan Yb Rafizi senada dgn kenyataan Anwar Ibrahim, pimpinan PKR, DAP dan juga Amanah..

"Menjatuhkan Najib tidak akan mampu mengubah apa2 selagi sistem politik warisan UMNO Barisan Nasional terus kekal mencengkam rakyat.. Najib perlu diturunkan bagi mengekang kerosakan yg semakin membengkak.."

Apakah kenyataan YB Rafizi sama dgn kenyataan Haji Hadi yang mahu Najib kekal terus berkuasa hingga PRU 14 yang akan datang tanpa memikirkan kerosakan demi kerosakan yang menjahanamkan ekonomi negara terus berjalan..?

Di manakah persamaan struktur ayat yang digunakan oleh YB Rafizi dgn Haji Hadi..?

 - Teuku Zacharyah Iskandar
- gambar aku ciluk dari naimnikmat

No comments:

Post a Comment